Pengalaman Memakai Braces Pada Usia 37 Tahun
Assalammualaikum w.b.t
First thing first to highlight. Kenapa tajuk di atas perlu diletakkan umur juga?
Sebab nak bagitahu, masih belum terlambat kalau nak pakai braces walaupun usia sudah menjangkau lewat 30 an. Dan saya juga nak berkongsi bagaimana reaksi gusi, gigi, mental dan fizikal ketika memakai braces ni.
Actually, dua hari lepas saya baru pasang braces ni. Tapi tak complete lagi atas dan bawah. Doktor cuma pasang yang bahagian atas dahulu. Which is make more sense and so lega juga. Takder la azab nanti nak makan and harus lah kena sesuaikan diri dengan pemakaian braces ni dulu kan?
Alhamdulillah..memula tu memang rasa seriau and ketakutan juga disebabkan membaca di blog dan rata-rata nya mengatakan bahawa pemakaian braces ini menyakitkan. Bukanlah masa dipakai tu sakit, tapi katanya lepas beberapa jam baru terasa sakit.
Semalam juga doktor cabut lagi satu gigi geraham kecil kat atas ni. Fuhh...rasanya cabut gigi lagi sakit dari kesan pakai braces ni. Tapi, saya masih mampu bertahan tanpa makan sebarang ubat sakit. Pelik juga di situ.
Total masa untuk pasang braces dan cabut gigi sebatang semalam adalah lebih kurang dalam 1 jam 15 minit kot. And masa on the way balik rumah tuh pun dah azan maghrib.
Dapat juga ajar anak-anak mengaji dan ulangkaji pelajaran. Walhal doktor dah pesan jangan cakap banyak-banyak sangat.
Walaupun saya tahu, cara dia cakap tuh pun sebenarnya imposibble to do. Weh! aku ni mak kot..ngan husband tader and ada 3 orang anak syurga. HAHA! takkan nak berbahasa isyarat. Memang tak lah kan! Sudahnya, saya cakap awal-awal pada anak-anak yang saya tak leh nak cakap banyak macam biasa. So, please listen to me yer.
Entry kali ini, kita cerita pasal step by step dulu lah yer apa proses yang terlibat untuk memakai braces.
Step 1 :
Buat Appointment
Sila cari klinik dental yang korang berkenan dan call untuk buat appointment. Memandangkan priority saya adalah untuk mencari klinik yang berhampiran dengan rumah dan kawan-kawan pun cakap klinik tu OK dari segi harga nya iaitu sebatang gigi kekal untuk dicabut berharga RM80. Maka, saya pun ke Klinik Gigi Dr Zakwan di Bandar Kinrara
Masa perjumpaan tu, doktor akan check keadaan gigi kita camana. Nanti dia akan buat keputusan nak cabut ke idak. Kalau kena cabut berapa batang gigi yang kena dikorbankan. Kalau ada yang perlu kena tampal, then kena tampal.
Lepas tuh, doktor akan buat acuan gigi kita guna macam clay tuh ha..rasa dia macam ubat gigi yang ada perasa mint tuh ok. Kena nganga dalam beberapa minit. Masa buat gigi kat bawah tuh okey lagi tapi yang kat atas tuh macam nak termuntah sket. Sebab clay tuh macam ke dalam nak masuk ke anak tekak. Pandai-pandai adjust keselesaan dengan membetulkan kedudukan lidah yer. Bhahaha!
Bila dah siap and keras, kita akan nampak jelas bentuk gigi kita sebab clay tuh dah keras. Kiranya macam acuan lah.
Then, doktor amik gambar gigi kita guna kamera canggih dia. Nanti doktor suruh bukak katup mulut sebab nak amik gambar gigi. Lastly, gambar kita ketawa pun kena ambil juga. Aaahh! terperasan macam model yang sambil ketawa tutup mulut tuh, then mata tengok kiri, kanan atas bawah. HAHAHAH!
Step 2 :
X-Ray Gigi
Memandangkan di klinik ni tiada mesin X-Ray, jadi kenalah gi x-ray di klinik gigi yang lain. Saya pergi ke klinik gigi yang berhampiran dengan klinik gigi Dr Zakwan ni iaitu My Teeth Dental Clinic. dia tuh. Lokasi klinik tersebut berhadapan dengan LRT BK5. Harga pula untuk X-Ray adalah RM200. Doktor dari Klinik Dr Zakwan akan buatkan surat dan nanti imej gigi tuh akan dihantar melalui email. Kebiasaannya, doktor nak kan 2 imej. Satu imej hadapan dan satu lagi imej dari tepi.
Kenapa doktor perlukan imej X-Ray ni? Sebabnya doktor nak tengok dengan lebih details lagi keadaan gigi dan akar gigi kita tuh. Then, doktor akan decide gigi mana yang kena cabut. Kalau takde yang kena cabut tuh..syukur banyak-banyak yer.
Cabut gigi
Yang menjadi ketakutan dan igauan semua orang adalah part cabut gigi yer dak? Pengalaman mencabut gigi untuk semua orang memang tak sama kan? treshold kesakitan kita juga masing-masing berlainan.
Personally, untuk saya masa paling sakit adalah ketika ubat bius dicucuk ke dalam gusi. Mungkin kawasan yang dicucuk itu juga banyak urat saraf nya. First cabut gigi tak sakit sangat masa injection tuh. But yang second one tu agak sakit sedikit. Sampai terpejam mata tahan sakit. HAHAH!
Masa cabut tuh, tak sakit lah kan sebab ada ubat bius. Cuma kepala kita ke atas ke bawah dek kerana usaha doktor tuh nak mencabut gigi kita tuh. Maklumlah, sebab gigi kekal yang masih elok. Memang usaha la doktor tuh. Pulas , pusing dan cabut! Ngeri tak? hahaha~~
Doktor bagi ubat panadol untuk tahan sakit. Alhamdulillah..yang second ni tak makan pun ubat. Means, saya berjaya tahan sakit. Huwaa..tak sangka juga yang ni sebab saya bukannya tahan sakit sangat.Mungkin juga sebab dah prepare mental awal-awal kan.
Step 4:
Pasang bracket
Memula doktor pasang bracket pada setiap gigi bahagian atas dulu. Memula bahagian hadapan then lepas tuh pasang di bahagian belakang pula.
Itu lah rupa bracket yang dimaksudkan. |
Sebab kalau tersenget ke ape ke, doktor akan cabut dan pasangkan semula. Jangan tanya camane doktor buat sebab saya pun tak tahu. HAHAH!
Step 5 :
Pasang Wayar
Next step doktor akan pasang wayar khas untuk connect kan bracket tu antara satu sama lain. Kalau ikut kes gigi saya ni, wayar tersebut tidak dipasang pada kesemua gigi. Doktor ada target nak susunkan gigi kita semula. Sebagai patient , saya follow jer la apa yang dia suggest kan. Bagus juga, sebab early stage ni doktor nak kita rasa dan sesuaikan diri dengan benda baru dalam mulut ni kan.
Pasang wayar also tak sakit. Walaupun kengerian sedikit apabila melihat setiap kali doktor nak ikat, simpul dan matikan wayar tuh menggunakan alat khas yang seakan-akan ragum. Hehehe...yang paling kurisau kalau lebihan wayar yang sudah dipotong itu terjojol menikam gusi atau pun bibir. Hadoii...seram dibuatnya.
Tapi, igauan ngeri tersebut tidak bertukar menjadi kenyataan. Alhamdulillah..semuanya smooth dan doktor tuh pun teliti buat. Kemas segala nya.
Nampak tak yang sebelah kanan tuh? Itulah yang doktor pasang kali terakhir sekali. |
1) Jangan cakap banyak. Ku senyum ajerla kan.
2) Makan benda yang soft-soft. Bubur nasi dan pisang.
3) Jangan kumur kuat-kuat. Baik tuan doktor.
Hari ini dah hari ke-2 braces kat dalam mulut. Belum berani lagi makan nasi sebab nak kunyah tuh rasa macam tak selesa sikit. Nanti lagi 2 minggu akan jumpa doktor semula untuk pasang yang bahagian bawah pula.
InshaALLAH..semoga ada konsistensi untuk saya terus update kisah pemakaian braces ni dari masa ke semasa.
That's All and Thank you for reading!
74 comments
adik pakai juga tp dh buka dh skarang...nany br lg ni...tq share experience dh masuk 2 hari pakai braces
ReplyDeleteadik sya umur 32 pun baru pakai braces ni kak, sebelum pose aritu dia tunjuk gg dia siap braces... ternganga kami sbb selama ni tgk gg dia elok je....
ReplyDeletetp kami biar jelah sbb dia dh keje, dia ada duit, biarla dia bt apa yg dia nak buat kn...
mmg kurus dia skrg, sbb banyak makanan kene skip, kene mkn yg lembut2... last2 dia mls nk mkn sgt...
apa pun kak... berapa tahun agak2nya kene pakai ni kak
Nak buat tapi ntah bila.. :(
ReplyDeletetak beeeeraaaaaaani !! jumpa doc gigi berani sebab selalu pi scaling tapi nak pakai braces tak berani T.T
ReplyDeleteBerapa kos pasang braces
ReplyDeleteRM5500
DeleteHarga tu sekali dngn check tiap tiap bulan ke tak?
DeleteSama sis sy pun br taun lps start pkai braces time umur 36taun..xpe sis kte berhak utk nmpk cntik..age is just a number✌✌
ReplyDeletebrpe eh harga dkt klinik zakwan? brpe lama buat appoitment first. dan tunggu semula utk proceed braces?
ReplyDeleteThanks sharing! Saya pun baru dpt keberanian dan inspirasi nk pakai braces. Umur mmg dh mencecah 30-an huhu. Looking forward to read more about this
ReplyDeleteSy pn nak bt braces... Tapi gigi ada masalh skit.... Doktor klinik swasta bg surat refer pakar.... So boleh ke sy bawa surat refer klinik swasta pergi jumpa pakar hospital kerajaan... Agak2 doktor kerajaan layan x.... Ada sapa2 tau x....
ReplyDeleteBraces klinik kerajaan untuk 13tahun ke bawah shj tak silap
DeleteBoleh saya tahu harga tak?
ReplyDeleteRM5500
DeleteHarga tu sekali yg check tiap² bulan or not
DeleteNak share pengalaman, Smalam done check untuk buat braces, alang2 cuci sekali gigi, masa check dktor ckp xde yg perlu cabut, fuhh lega hehe, just nak kene susun je gigi depan atas dan bawah, then sabtu ni buat acuan, ‘ rabu depan terus pasang braces. Sy pilih yang damon braces. Sbb ramai kata lebih cepat gigi tersusun. Tp mahal sikit kos dalam RM7k
ReplyDeleteThanks for sharing. Memang itulah kan range harganya pun..huhuhu
Deletelps cek trus xray ke.?
ReplyDeleteHaah..kalau dah setuju. Dok suruh kita scan gigi.
DeleteBayaran secara ansuran ke macam mana?
ReplyDelete1st payment arituh dia ambil RM1200. Lepas tuh balance tuh bayo RM100 setiap kali rawatan. If nak bayo lebih pun boleh..hehehe..
DeleteSis , mcm mn skrg ? Gigi dah ok ke?
ReplyDeleteNampak macam dah kembali ke pangkal jalan. HAHAH! tapi lambat lagi nak bukak braces ni. Hehe
Deletesis bila boleh buka ye, tempoh tu ikut gigi kita ke macam mana
ReplyDeleteHari tuh ..doc cakap within 2 years.
DeleteSaya baru buat, sakit jugak la time tidur ni berdenyut knapa ea.? First time pakai, agak agak sakit dia bape lama?
ReplyDeleteMemang macam tuh..sebab maybe ade sel2 yang rosak and dlm proses untuk kembali normal. Hasil terikan dan regangan disebabkan oleh wayar tuh..InshALLAH..nanti lama2 hilang. Kalu tak tahan sangat makan paracetemol ok? Take care...
DeleteKalau bayar check bulan2 tu berapa ya?
ReplyDeleteRM100 :)
DeleteKak..memmg harga pling murah rm5500 ka..x de yg murah lgi ke..hmm
ReplyDeleteSy baru nak buat..kt klinik yg sy buat ni rm4599.. depo rm399 bulanan rm200 (21bulan)
Deletehai putri. rm 4599 tu buat kat mana. gigi saya jongang sikit.kalau tgk dr depan ok. dari tepi mmg nampak. nak buat braces takut dan blm ckp bajet. huhu
DeletePutri..blh tay x buat kt klinik mana?
DeletePutri zara awak buat di klinik mana.Sy pon rasa mcm nk buat juga braces..
DeleteHi.. Ada cadangan tak dekat mana servis braces yg trbaik dia area cheras, kl? Tq :)
ReplyDeleteHi Myra, sorry...tak tahu la pulak kat mana area Cheras / KL.
DeleteNak buat tapi takut2 hritu pi klinik gigi klau nk buat braces brpe btng gigi kne cabut anggaran dlm 3 4 btang tpi tk psti kne cbu ke tak pape kne scan buat aduan dlu bru dpt kputusan tetap kite seram😌😌
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletegigi saya terabur sampaikan nak communicate dgn orang pon segan. nak pasang braces tapi bajet takcukup hm.. kalau hospital kerajaan brape kos nye ye ?
ReplyDeleteif gov kena sampai umur 18 je
Deletenampak mcm best je tapi nak tampal gigi pun takut sbb ngilu, apa lagi pasang braces. Gigi terabur sampai jadi pendiam sbb tak nak ckp dgn org. harap kekuatan tu sampai :'(
ReplyDeleteNak share jugak . Saya baru nak buat . setakat ni klinik tu la paling murah bagi saya . Medissa dental senawang. 4500 kira murah . Pendahuluan 999 . Doktor peramah sangat
ReplyDeleteKlinik ni area mane.. ok x dia buat..xray gigi dia buat atau buat sendiri
DeleteSaya pon sdg berkira2 nk pasang braces jugak...skg umur 37 thn...hihii...area jb... klinik sini pon blh tahan harga nya... 5k keatas..😢
ReplyDeleteI'm wearing braces now & I'm 37! 😊 Baru pasang bulan Mac 2019...I was so lucky tak perlu cabut gigi langsung, I think because gigi saya ni memang jarang-jarang kot 😂 Org kata once pakai braces, susah nak makan mcm2 so will definitely lose weight. Well...that doesn't work for me coz I still eat everything!! Hahah Semua makanan yg crunchy2 & crispy2 tu pun mmg makan jugak. Tpi slow n steady lah...hati2 mengunyah 😄 And of course I don't bite using my front teeth lah...makan burger or sandwich pun terpaksa cubit2 into small pieces then masukkan dlm mulut. But...memang tak lose weight langsung pun, masih makan dgn selera nya...hehehe
ReplyDeleteThe only experience yg saya rasa menyakitkan is during monthly appointment utk tightening. Ini to the point saya pernah tergigit jari doktor waktu dia tigthen the braces! Tak sengaja nak gigit coz sdg menahan sakit tu! 😂😂😂
Well anyways, good luck to all the braces sistas! We can do this! Go Go #TeamBraces #TeamGigiBesi #BracesSisters 😂😂😂
HAHAHAH! kan? same here. Tak turun pun berat badan tuh sebab still enjoying eating. Yang smpi tergigit jari doktor tuh kelakar. Tapi mmg after ketatkan..ada rasa sengal and tak selesa for me amik masa 2-3 hari juga.
DeleteKte pakai braces tahun ni jugak..umo 35 tahun..😅.
ReplyDeleteBulan ni bulan ke8 berbraces..so far so good laa.. 😁
Setiap kali buat rawatan ada kena caj tak?
ReplyDeleteAda..RM100 minimum payment. Nak bayar lebih pun OK jer
DeleteSaya baru je pasang braces. Dan di usia 40s. Pasang atas bawah dengan kos keseluruhan RM5k. Deposit RM1k. Tiap bulan bayar RM200. Saya buat di Klinik Pergigian Kajang Prima - Dr Rosidah. Ini no telefon klinik: 03 8739 1411
ReplyDeleteHaha lega ada geng 3series pakai braces.. Coz mine nextyear.. 16th nov ni lak birthday ke38.helokk sgtlaa umo 39 pakai braces.. Terasa la mudo tahun 2020 ni.. Ahhahahahaa #3seriesbesi yeay! Hihi❤️
ReplyDeleteKlau korang nk free of charge,korang msti brumur 18taun kebawah sbb krjaan yg sponsor SEMUA. Mcm aku bru abis appointment so kena tnggu bulan 2/2020,pergh proses appointment mmg lama sebulan skali alu start hari tu bulan 7/6 abis bulan 12/2019 owh btwy unir aq 17taun hehe smpat lgi sbb aku sndiri tau pergi ke klinik krajaan,aku ckp la aku nk pkai braces so die bgi 3 pluang mksudnya 3kali appointment untk mmstikan gigi aku bersih bru la dapat surat! 🐣.klau xbrsih hmm xdpat la nk mnta psng braces.
ReplyDeleteAku jmpa blog ni sbb aku nk tau ckit dri org yg berpgalamn pkai braces, hmm bole diktakn excited la memula pastu aku baca blog ni trus ade takut2 ckit hehe but aku yakin aku mmpu mnghadapi ksakitan yg tramat tu.. Mungkin!? 😂.
Eh sama la kita..saya pun ada appoinment jugak ..sye appoinment check gigi untuk kali yg ketiga pada 3/3/2020 ni plk..nk memastikan gigi bersih katenye baru blh refer ke doc pakar huhu...so mcm mana dgn awk?? Lepas dpt surat tu dh boleh buat braces ke?
DeleteSaya teringin nk pakai braces. Tpi bila bgithu ayah..dia buat tk layan je.dia ckap dah okayy..buat apa nk ubah ciptaan tuhan. Gigi Saya jarang depan..apa patut Saya buat..
ReplyDeletetakpe.. tunggu dah besar kerja kumpul duit sdri.. dah tua pun boleh buat braces...
Deletebaik pergi dikk klinik krajaan..murah sgt,ratus je..pengalamn akak msa sempat lg dlu form 4, mama akak kata tangguh dlu sbb nnti trganggu nk spm..akak xtahu ada had umur..lps tu akak sambung bljar dan dh lbih 18 tahun bru tnya doc smula nk buat braces..doc xbg sbb lebih umur.. smpai skrg 26tahun dh, konfiden kurg nk brkomunikasi sbb rndah diri gigi xcntik,nk buat swasta xmmpu.. buat lar smntara ada pluang,kalo doc kata kena tggu giliran lama pun xpe je..sbb mmg rmai dftar..so tggu jela smpai dipanggil,janji dh daftar...klinik krjaan dpt subsidi tu murah
ReplyDeleteassalamualaikum kk.sakit tak pakai braces?.gigi saya jongang kuat
ReplyDeleteTrbaik ❤
ReplyDeleteThanks Nany Fadhly for sharing info on braces 👍👍.. Teringin nak pakai jugak so mmg tgh cari info pasal braces..
ReplyDeleteSaya pkai masa umur 39. Alhamdulillah dpt menyelesaikn masalah gusi yg selalu bengkak akibat infection sbb mknn terselit di celah gigi yg berlapis. . Gigi pun tersusun & mudah dibersihkn.
ReplyDeleteSaya gigi berlapis..dah lama niat nk pakai braces,tp bila pk umur pon dah masuk 37 thn ni,rasa segan..tmbh2 gigi bermasalah jgk..byk yg dh buat tampalan...agk2 boleh lg ke pkai braces nk betulkan gg
DeleteWahh..thanks sharing pengalaman pasang braches di umur 30series! Terasa nak pasang sbb gigi x rata. Saya kumpul duit dulu. haha
ReplyDeletesis buat kt mne? blnn tu mmg harga tu ke? ada kena charges tambhn x? mksd sy.. charges cuci ke atau polishing
ReplyDeleteSaya buat di Klinik Dr Zakwan. Actually, monthly depends pada kita nak bayar berapa. Tapi RM100 tuh minimum kot...but you can always discuss with your dentist ya. Charges lain-lain takda. Once in a while, doktor akan buat scaling...tapi jarang la sebab teh process tu lebih lama jika memakai braces. Nak buka and pasang semula. Hehhe...
DeleteAda yang kongsi pasal braces dalam 30an, yes.. inspired. Ingatkan dah tak boleh tua-tua ni..hihihi..
ReplyDeleteWow..ramai rupanya yang seangkatan dengan saya....ingatkan saya je yg dah nak masuk 4series thn depan..sibuk berbraces...my reason is saya sayang semua gigi saya.baru je pasang braces semalam utk gigi atas dan harini utk gigi bawah...rasa gatalkat gusi.
ReplyDeleteSapa ada taring tinggi.kene cabut ke kalau nak buat braces
ReplyDeleteTak pasti la. Kena jumpa dentist.
DeleteSy ada gigi taring tinggi kn cabut gigi sebelah taring untuk doc tarik nanti samakan gigi.. just share sbb sy bru buat jer ..☺️
DeleteSaya umur 18 skrg dan saya ingin pasang braces sbb muka saya nih kira hodoh sbb effect selalu buka mulut semasa tidur ttpi saya xmampu nk bayar bill pasang braces tiap bulan ....
ReplyDeleteSy umo 37.. baru keberanian nk buat.sbb ada kwn 1 opis dh siap buat.tp x buat lg hehehe.baru nk amik temujanji.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, braces ni x payah pakai separator ka
ReplyDeleteAssalamualaikum..saya pon dlm proses nk pasang braces..cost 7500..mahal ke???sebelom pasang.dr minta tampal dulu gigi yg berlubang(dalam 4 tampal 1 scaling..rm410)
ReplyDeletePastu pasang separator rm35 baru² ni...byk jgak laa nk kena habiskan duit dlu sblom pasang braces hehehe..ingatkan cost 7500 tu utk semua dah...nak cantikkan gigi punya pasal..terpksa berkorban dlu..harap berbaloi laa
Hurm..lebih mahal lah dari saya punya. Tapi , kalau ikutkan harga tu macam standard jer. HUhuhu..
DeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.