Cerita Tahun Baru 1440H
Assalammualaikum w.b.t
Sebelum terlambat, ingin saya ucapkan Selamat Tahun Baru 1440H buat semua kawan-kawan yang setia membaca di blog saya ni.
Tak kiralah, tahun baru Masihi atau Hijrah pun tetap saya nak wish juga. Selalu nya kita dah terbiasa dengan sambutan tahun baru Masihi. Maksud saya, cara sambutan itu diadakan sangat obvious. Dengan percikan bunga api mostly di serata dunia. Malaysia juga tidak ketinggalan.
Setiap kali tahun baru menjelma..umur kita secara signikasinya juga akan berganjak dari setahun lebih tua. Walaupun sebenarnya setiap saat yang berdetik itu menandakan masa telah berlalu pergi. Takkan dapat diundur dan dihentikan.
Saya juga ada ambil kesempatan untuk bercerita tentang tahun baru Hijrah kepada anak-anak. Yang terkesan adalah si Umair. Mama kena cerita apa beza tahun baru Hijrah dan Masihi. Haribulan dalam bulan Hijrah juga senang nak estimate bila dapat tengok bentuk bulan pada waktu malam.
Kalau bulan masa tu bentuk dia bulat dan penuh maknanya kita berada di pertengahan bulan. Contohnya 14-16 Zulhijjah.
Lepas tuh, move on ke topik azam pula. Azam tu apa mama? perlu ke ditulis atas kertas? kalau tak tulis ape jadi? Macamana ALLAH SWT nak pahalakan kita dengan azam? haa..lebih kurang macam tuhlah soalan-soalannya.
Kadang dia tanya tuh time kita tengah busy buat kerja,tengah driving la. Tu yang kadang terlupa juga nak menjawab and kalau kujawab pun tak proper. Ampun ya anak-anak. Kalau teringat tanyalah soalan tuh lagi.
Jadi, selepas maghrib semalam..si Umair pun tulis lah beberapa azam yang dia nak buat. Mama share kat sini yer nak. Mana tau, bila dah besar nanti and dah beranak pinak and lepas tuh macam lupa daratan sket. Rasa-rasa nak cucuk langit tuh, silalah bukak blog mama ko nih. Kot-kot lah terjumpa jalan pulang. Cerah masa depan kita sama-sama nanti kat akhirat sana.
Dia tulis ni atas kertas kosong dalam Al-Quran dia. Elok juga ditulis atas tuh kan. Senang nak tengok sebab Al-Quran tu memang digunakan dan dibaca almost every night.
Sebenarnya, mama tak sangka dia nak tulis macam ni. Especially point yang ke-4 tuh ha. Bukan apa, sebab antara tiga orang anak-anak . Dialah yang agak mencabar untuk solat di masjid. Tak tahulah kenapa, kalau kuajak ke masjid untuk solat especially maghrib. Mesti dia tak nak and bagi 1001 alasan. Dia lebih sanggup kena tinggai sesorang kat rumah dari follow kami ke masjid.
Selalu alasannya, dia nak ada papa dia sekali. Yerla, husband ku bukan keje kat sini. Memang confirm kena tunggu dia balik dulu kalau nak bawak the boys gi solat di masjid nuh.
Sebenarnya, sebelum ni pernah juga bawa sebab Hannah tuh beriya suka solat di masjid. Maybe dia sejenis suka yang jalan-jalan amik angin kot. HAHAHAH~
And memang nak tak nak the boys kena lah solat di bahagian jemaah lelaki. Tapi, bukan jauh pun..sebab from langsir yang memisahkan jemaah perempuan dan lelaki tuh saya masih boleh nampak kelibat mereka berdua. Nak ajak solat sekali di bahagian jemaah perempuan, dia pun taknak sebab segan dan besar kot agaknya tuh.
Tak apa lah bang~ doa mama sentiasa mengiringi abang , adik dan kakak.
Anyway, cuti panjang baru-baru ni kami tak pi jalan-jalan sangat pun. Hanya ke Banting dan tidur 2 malam di rumah adik di sana. Dapatlah anak-anak bermain sepuas-puasnya dengan cousin mereka. Yer! Mereka sangat kuat bermain...non stop. Stop masa solat, makan dan tidur ajer. Tupun agaknya kalau boleh main, derang main gak. HAHAH!
Petang hari Isnin tuh kami jalan-jalan di Kolej Matrikulasi Selangor sebab situ ada trek lari and padang yang agak luas. Boleh lah budak-budak tuh melepaskan tenaga derang yang semestinya macam batery tahan lama Duracell tuh. AHAKS!
Baby Ammar yang comel sangat~~~
Sekejap jer sebenarnya cuti 4 hari tuh. Hehehe...Selasa pagi dah balik rumah dan sambung bawak anak-anak menonton movie di Paradigm Mall bertajuk "ALPHA". Recommended sangat ceta tuh untuk bawa anak-anak pergi. Sebab belajar pasal hubungan baik dan ihsan antara manusia dan haiwan. Belajar tentang survivol skill juga.
Thanks for reading!
2 comments
salam maal hijrah...wah umar tulis azam..smoga dipermudahkan azam tu
ReplyDeleteSekejap aje kan dah masuk tahun baru Islam. Wahh bagusnya azam Umair, inshaAllah bila didikan dari awal elok sempurna, sampai bila bila pun boleh kekal macam tu kak Nany :) Nani pun tak ke mana mana cuti empat hari ni, duduk aje lah dekat rumah sampai naik bosan tak tahu nak buat apa lagi dah. Hahaha! Cuti lama sangat pun tak boleh jugak rupanya
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.