Braces Story Updated! Part 2
Assalammualaikum w.b.t
Cukup hari ini sudah dua minggu saya memakai braces di bahagian atas. So far, kalau nak ditanya sakit atau tidak. Saya bagi 2/10 jer rasa sakit. Itupun bukan slamanya sakit. Rasa kurang selesa apabila gigi atas ni berlaga dengan gigi bawah apabila hendak menguyah makanan.
Tapi, takder masalah sebab kalau rasa sakit masa mengunyah tu saya terus alihkan makanan tuh kepada gigi geraham pula. So far, tiada titisan air mata dan pengambilan ubat tahan sakit. Alhamdulillah.. segala kekuatan itu datangnya dari ALLAH Al-Aziz.
Hari pertama sehingga ketiga, saya banyak makan bubur nasi dan minum air pun dari straw sebab aritu ada gigi yang dicabut. Selepas tu dah makan macam orang normal cuma saya avoid dulu segala mak nenek kerepek / keropok / benda-benda yang keras. Seminggu lepas tuh, baru saya berani makan semua benda tuh.
After 10 days macam tuh kan, rasa gigi yang kat atas ni macam bergerak-gerak. Especially bila ditolak dengan bibir or gigi bawah. Tak sakit pun, cuma ntah..rasa macam syok pulak bila rasa dia gerak-gerak berjemaah. HAHAHAH!
So, tadi gi jumpa doktor untuk pasang dulu braces kat gigi bawah pulak. Harini tiada sebarang gigi dicabut.
Sebelum ni, saya berus gigi macam biasa dan lepas tuh kumur dengan ubat kumur beli kat farmasi. Part leceh nya bila ada makanan terselit celah gigi and dawai. Berusahalah nak mengeluarkannya.
Jadi, pagi tadi selepas semua selesai. Saya pun tanya doktor mana nak cari berus kecil khas untuk si pemakai braces. Gitu.
Doktor pun bagilah yang kecik comel macam ni. Khas untuk bersihkan di celah-celah gigi dan dawai braces tuh.
Tapi, saya tetap berus gigi macam biasa dulu. Then, diikuti dengan pembersihan kali ke-2 dengan menggunakan berus khas yang diberikan oleh doktor gigi tadi.
Rupa kejadian bila braces bahagian bawah siap dipasang. |
That's All and Thank you for reading!
4 comments
ngeri pula dengar cabut2 gigi ni hehehe
ReplyDeletemoga dipermudahkan urusan
Beauty is pain..hihi..moga dipermudahkn nany..teringin gak nk pakai, tunggu pindah blk kl
ReplyDeleteNani pun ada jugak pasang niat nak pakai braces ni tapi belum sempat lagi nak jumpa dengan doktor. Itu lah baca pengalaman orang lain, ada yang cakap okay aje ada yang cakap kena cabut certain gigi lah. Seram pulak jadinya. Hahah!
ReplyDeleteTanyalah puan, puan dh pasang braces tapi bole cabut gigi lagi? Kenapa doc x cabut sblm pakai braces? Lama tak appoinment sblm pkai braces? Sebab sy mcm delay baru leh pkai braces.
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.