DIY: Cara Membuat Topi Chef Untuk Kanak-kanak

By Sunday, April 17, 2016 , , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Sebetulnya
Jahit menjahit ini bukanlah bidang saya. Nak guna mesin jahit pun tak confident. Kalau setakat jahit butang baju yang tercabut ataupun koyak sikit-sikit kat baju tu boleh la jahit tangan. Itupun tade la kemas mana.

Tapi sekarang, atas berkat kesabaran dan kesungguhan akhirnya,nampaklah kemajuan di situ. Jika diberi senduk dan jarum, saya akan memilih senduk kerana saya lagi sukakan aktiviti memasak :))

Untuk projek jahitan pertama saya semenjak bergelar homemaker ni ialah topi chef untuk kanak-kanak. Saya hanya menggunakan jahitan tangan kerana saya tiada mesin jahit. Untuk rujukan dan cara membuatnya, saya gunakan video di Youtube dan beberapa website yang berkaitan. Mudah sahaja! Kalau betul-betul fokus, dalam beberapa jam pun dah boleh siap.

Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan serta kaedah cara pembuatan :

Bahan-bahan:

1) Dua helai kain cotton yang berlainan corak / warna
2) Benang
3) Jarum
4) Gunting
5) Pita ukuran

Cara-cara membuat :


Ambil ukuran ukur lilit kepala anak. Untuk anak saya yang berusia 4 tahun ukurannya adalah 50cm. Saya lebihkan 2cm untuk dijahit bagi mencantumkannya
Untuk ukuran ketinggian pula ialah dalam 17cm. Kemudian lipatkan dibahagian tengah dan jahit untuk mencantumkan keduanya. Lipat lagi dari hujung kiri ke kanan untuk menjadikan bentuk seperti di bawah. Jahit supaya ianya bertemu.
Seterusnya, ambil kain yang lain dan ukur diameter sebanyak 34cm. Potong seperti menjadi bentuk di atas.
Sebelum mencantumkan bentuk bulat ini dengan badan topi tadi, dengan menggunakan jarum peniti buat kedutan di sekeliling bulatan kain tadi.Kemudian jahit sehingga ianya siap. Pastikan bentuk kedutan kekal seperti asal. Setelah siap, bolehlah jahit dan cantumkan keduanya agar membentuk hasil akhir topi chef. Untuk hiasan lain, boleh gunakan kreativiti masing-masing. Saya menggunakan felt yang siap ada gam untuk cover jahitan tangan saya tadi. :)
Itu sahaja dari saya kali ini. Selamat mencuba semua!





You Might Also Like

4 comments

  1. hehe..ua pun sama, menjahit kurang skit..slalu pakai tangan jer sbb xde mesin..nanti boleh lah cuba buat topi chef ni..anak2 ua suka bab masak2 ni..afrina kte nak jdi chef plk tu..kalau buatkan topi ni msti dua2 pun seronok..

    ReplyDelete
  2. kretip sgt.. caranya pom sgt2 mudah.. klo rajin leh buat utk fasya jgk

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sis,..tq tutorial yg di kongsikan..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih utk ilmunya. Saya dah buat utk anak smlm

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.