Sakura Hunting (Episode 4) - Kameido Central Park dan Inokashira Koen

By Tuesday, April 12, 2016 , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Episod seterusnya saya bawakan kisah pengembaraan mencari sakura di :

1) Kameido Central Park
2) Inokashira Park

Hari Jumaat saya , Nana dan anak-anak ke Kameido Central Park. Tempatnya tidaklah terkenal seperti park lain di Tokyo. Tetapi pada saya ada tarikan tersendiri yang mampu membuatkan kami berasa puas hati ke sini. Faktor lain mungkin disebabkan jaraknya hanya memakan masa selama 30minit dari rumah dengan menaiki keretapi JR.

Park ini agak luas. Mula-mula sampai, anak-anak terus teruja bermain di taman permainan yang disediakan.

Di sini juga terdapat pokok-pokok sakura walaupun tidaklah banyak tetapi cukup selesa untuk kami mengambil gambar
Kemudian, kami jalan sedikit ke sebelah kawasan yang bertentangan dengan tenpat taman permainan ini. Lagi cantik ditambah dengan cuaca yang nyaman pada hari itu.
 Konnichiwa Tokyo SkyTree!!!
 Terima kasih En Tripod :p
 Berlatar belakangkan taman seakan-akan mirip seperti  "Japanese Garden"
Sambung jalan sikit lagi...kami ke tempat yang berhampiran dengan sungai. Subhanallah...cantik sangat pemandangan.Kami spent masa dalam 2 jam lebih juga di sini sebelum bergegas pulang ke rumah sebab masing-masing kena tunggu kepulangan anak pulang dari sekolah.

=========================================================================

Keesokan harinya, saya dan keluarga pergi melawat Sakura di Inokashira Park di Mushashino. Dari rumah (Shinkoiwa) kami mengambil masa selama 1 jam untuk sampai ke sini. Mudah sahaja kerana tidak perlu bergigih tukar-tukar keretapi turun naik tangga. Hehehe

Sampai-sampai sahaja memang ramai juga manusia. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk menghayati keindahan bunga sakura yang tunggu masa untuk berguguran dan digantikan dengan daun-daun hijau







Banyak spot-spot cantik kalau nak bergambar. Korang layan kan ajer gambar-gambar kat sini ;
Di Inokashira Park juga terdapatnya sebuah Zoo yang tidaklah sebesar di Euno tapi OK dah  kalau nak bagi anak-anak extra happy datang sini.
Kami juga sempat naik swan boat di tasik Inokashira Park. Nampak macam luas tasik ni , tapi bila dah banyak boat, swan boat so it become congested. Kena la pandai handle stereng. Nak break tak boleh..hahaha! sempat la terlanggar boat pakcik nihonjin ni. Nasib baik die sengeh2 ajer..gomennasai ne!!!
Masa yang diberikan adalah setengah jam dan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 700YEN untuk sebuah swan boat.

Lepas naik swan boat ni, kami pun pulang ke rumah. Puas hati dapat jejak kaki ke sini sebab tahun lepas tak sempat nak pergi.

That's all and thank you for reading!


You Might Also Like

2 comments

  1. ya allah. kejelesan melanda. sy pergi jepun masatu sempat ke EUNO PARK je kak. gambar semua awesome ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.