Gembira bukan kepalang apabila mimpi menjadi kenyataan. Syukur, pembantu saya di dapur iaitu ChefBot jenama TOKIT Omni Cook Premium Bundle selamat sampai di rumah.
TOKIT ini sebenarnya baharu diperkenalkan pada tahun 2021. TOKIT bermaksud : "Go To Kitchen"
Sebab utama saya memilih TOKIT adalah kerana harga yang mampu milik dan fungsi nya yang pelbagai dalam penyediaan makanan. Beberapa kajian telah dilakukan termasuk membuat perbezaan dengan produk lain seperti Thermomix dan Xiaomi.
Kebetulan ada juga kawan yang dah pakai TOKIT. Jadi, boleh la menjadi tempat rujukan. Disamping itu, kemudahan untuk mendapatkan info dari Youtube dan facebook sangatlah membantu!
Saya membeli TOKIT OMNI Cook Premium Bundle melalui laman rasmi TOKIT pada harga RM3,039.45 dan kos penghantaran sudah pun termasuk di dalam harga tersebut. Bayaran secara ansurans hanya dibenarkan sebanyak tiga kali sahaja melalui aplikasi Atome.
Jadi apa yang saya dapat dari ChefBot TOKIT Omni Cook Premium Bundle ini? Selain diberikan alatan asas ,terdapat pelbagai aksesori tambahan lain termasuk tempat pengukus yang boleh jadi 1 atau 2 tingkat, plug khas untuk mod slow cook dan cover blade untuk mod Sous Vide.
|
Ini perlatan asas ( Sumber imej dari laman sesawang TOKIT )
|
|
Peralatan tambahan. - Steamer set, blade cover dan slow-cook plug ( Sumber imej dari laman sesawang TOKIT )
|
Lagi satu kena fikir juga tempat yang sesuai untuk meletakkan TOKIT Omni Cook ini. Mana nak simpan segala alatan / aksesori yang diberikan. Kalau tak, agak serabut juga mata memandang. Nak masak pun nanti hati tak tenang. Heheh...
Seterusnya, perkara yang saya rasa penting untuk dikongsikan adalah ChefBot Omni Premium Cook Bundle memerlukan Internet untuk berfungsi. Pada mulanya, saya meletakkan ianya di suatu sudut yang agak hujung di dapur. Jaraknya yang jauh dari sumber internet menyebabkan proses untuk muat turun kaedah memasak yang dipaparkan pada skrin menjadi sangatlah perlahan.
Pada saya, ianya menganggu proses untuk memasak dengan lancar. Yer la, kita beli ChefBot ini sebab nak masak dengan cepat dan mudah. Tapi kalau ada gangguan, memang mood pun hilang tenggelam ke laut dalam. 😝
Akhirnya saya meletakkan di meja makan bahagian hujung yang paling dekat dengan internet. Lepas tu, baru laju dan lebih lancar untuk memasak. Yippeee!!!
Perkara pertama sekali yang perlu dibuat selepas membeli barangan elektronik adalah membaca buku panduan yang diberikan. Penting sangat pada saya kerana di dalamnya terkandung pelbagai perkara yang dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.
The Do's and the Dont's.
Contohnya, ada larangan untuk tidak membuka bilah pisau dengan menterbalikkan mixing bowl ke bawah kerana ditakuti bilah pisau yang terjatuh ke atas permukaan keras akan rosak. Bilah pisau juga sangat tajam. Kena perhatikan betul-betul bahagian mana yang seperti pisau dan bahagian mana yang seperti belakang pisau.Supaya kita lebih berhati-hati ketika mencuci pilah pisau tersebut.
Tidak digalakkan untuk berkongsi plug dengan barang elektronik yang lain supaya ianya mampu berfungsi dengan se-optimum yang boleh.
Setakat hari ini, saya sudah menggunakan resepi di dalam ChefBot TOKIT lebih kurang 23 daripada beribu resepi yang ada. Termasuk air minuman, kek, pasta, nasi, sayur, inti kacang merah dan lauk pauk. Jujurnya, semua resepi yang saya ikut menjadi sedap.
Kalau tak nak ikut resepi yang diberikan pun tiada masalah. Kena rajin dan jangan takut-takut untuk cuba kaedah manual. Dengan kaedah secara manual, kita boleh tetapkan suhu, kelajuan bilah dan tempoh masa yang kita mahukan.
Hanya ada satu / dua resepi yang tak menjadi dengan baik iaitu, Bubble Tea. Tak tahu kenapa bancuhan menjadi keras dah tak dapat dibentuk dengan baik. Kemudian, saya juga mencuba masak bihun siam. Bihun agak keras dan kuahnya terlalu banyak. Kedua-dua resepi ini saya akan cuba buat semula tetapi perlukan olahan. Mungkin, bihun perlu direndam dengan lebih lama ataupun dikerat supaya nanti lebih mudah untuk digaul. Bahan kuah juga perlu dikurangkan supaya menjadi seimbang dengan kuantiti bihun.
|
Kuah Bihun Siam yang dimasak berasingan dengan bihun yang telah digoreng sekejap
|
|
Hasil akhir bihun goreng Siam.
|
Perkara paling menggembirakan saya apabila tiada kesan percikan menumis cili, bawang dan minyak yang terkena pada dinding dapur dan lantai. Memang lega sangat yang itu. Kalau tak, ambil masa lagi untuk mencuci dan menyental.
Bab nak membasuh mixing bowl pula sangat mudah. Hanya perlu isi air sebanyak 1 liter dan tuang beberapa titis cecair sabun basuh pinggan mangkuk. Kemudian, pilihlah mode pra-membasuh yang diiginkan dan tekan sahaja butang untuk mula. Tunggu dalam 1 - 2 minit dah siap!
Ada masa juga tak bersih dan terdapat kesan hangit di bahagian bawah. Kalau terjadi begini, saya akan buka blade dan gunakan cecair pencuci jenama CIF untuk sental sedikit. Ataupun, gunakan sabun serbuk jenama CEMPAKA dan rendam dalam 30 minit - 1 jam. InshaALLAH kedua-dua teknik ini berkesan sebab saya dah pun mencuba.
|
Kesan menumis ayam masak kapitan. Walaupun dah guna mode pra-membersih tetapi masih tak hilang kesan menumis. Jadi saya sental dengan sabun Cif.
|
Antara air minuman yang dah saya cuba adalah air teh tarik, chai masala, lemonade dan jus oren. Rasa air teh tarik memang sedikit berkrim kerana gandingan susu segar dan susu sejat. Kuantiti susu pekat manis pula boleh diubah suai mengikut citarasa masing-masing.
|
Teh tarik kurang manis tetapi agak lama untuk siap. Kenapa lama? nanti kita cerita pada episod yang lain.
|
Kalau nak tahu, sekarang ini TOKIT sedang membuat promosi jualan pertengahan tahun (Mid-Year Sale). Dengan promosi sebanyak potongan harga 30% , saya rasa sangatlah berbaloi untuk sesiapa yang berminat memiliki TOKIT Omni cook premium bundle.
Pembelian boleh dibuat di link referral saya di sini : TOKIT dan masukkan kod TKMID sebelum check out untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 30%.
Kawan-kawan juga boleh buat pilihan di antara TOKIT Omni Premium Cook Bundle ataupun TOKIT Omni Cook Basic Bundle.
|
Harga sebelum memasukkan kod.
|
https://www.tokitglobal.com/?ref=nany114https://www.tokitglobal.com/?ref=nany114https://www.tokitglobal.com/?ref=nany114
|
Ini pula merupakan harga selepas kod dimasukkan : RM3083.50
|
Selamat berfikir dan membuat pilihan yang tepat dan bijak! 😁