Resepi Nasi Arab Tanpa TOKIT Omni cook pun boleh buat.

By Tuesday, July 04, 2023 , ,

 

Hidangan makan tengahari
Sebenarnya, kalau tak ada ChefBot ini pun, masih boleh juga memasak Nasi Arab menggunakan apa yang ada.

Kelebihannya adalah, tak perlu dikacau selalu apabila rempah ratus disangai. Ini kerana  ChefBot Toki mempunyai bilah yang akan tolong kacau untuk kita.

Kekurangannya pula adalah kita tidak dapat masak dalam kuantiti yang banyak. Mangkuk masakan ChefBot Tokit ini hanya mampu untuk masuk 2 bahagian chicken legs sahaja ( yang bentuk L tu ). Kalau nak makan sekali sahaja untuk 3 - 4 orang InshaALLAH cukup. Itupun kalau semua orang makan seadanya. 

Jadi apa yang saya buat adalah. Saya akan merebus ayam di dalam periuk tekanan tinggi NOXXA yang mampu memasak sehingga 1 ekor ayam. Jadinya boleh la dijadikan santapan untuk makan tengahari dan malam. Nasi dan ayam yang perlu dikukus sahaja saya gunakan TOKIT.

Resepi rempah nasi arab :

3 sudu besar biji ketumbar

3 sudu besar rempah jintan putih

3 sudu besar lada hitam

6 batang cengkih

7 buah pelaga

1 kayu manis

2 sudu besar serbuk kunyit

Goreng semua bahan di atas tanpa minyak selama 5 - 10 minit dan api kena kecil . Gaul-gaul selalu supaya tidak hangit. Biarkan semua nya sejuk dan kemudian boleh guna pengisar kering untuk kisar semua bahan tersebut menjadi halus. Simpan rempah dalam bekas kedap udara supaya boleh digunakan lagi bila perlu nanti.

Langkah seterusnya, panaskan 1 - 2 sudu besar minyak sapi ( bergantung kepada kuantiti ayam ) . Masukkan setengah biji bawang holland yang dipotong kasar bersama 2 - 3 ulas bawang putih yang sudah dihiris. Masukkan juga dua helai daun bay kering. Kalau tak ada, boleh skip.

Kacau sehingga naik bau dan masukkan 2 sudu besar rempah nasi arab. Kacau sebentar. Kemudian, masukkan 1 liter - 1.5liter air dan diikuti dengan ayam yang dah dipotong 4 ataupun ayam yang dipotong lebih kecil. 

Perisakan dengan garam. Tak perlu tunggu ayam betul-betul masak dengan sempurna sebab nanti kita nak kukus pula.

Okay, dah siap yang ini. Ambil semangkuk kuah rebusan untuk dijadikan sebagai sup. Kemudian, air rebusan ayam tadi kita gunakan juga untuk tanak nasi pula. Beras yang paling sesuai untuk memasak nasi arab adalah beras basmathi. Sukatan air pula, kalau 2 cawan beras sama dengan 3 cawan air. Tanak nasi seperti biasa.


Nasi yang ditanak menggunakan simmering basket TOKIT OMNI Cook
Sementara tunggu nasi masak, kita boleh buat sos harra pula. Inipun senang juga. Kisar jer cili padi, bawang putih, daun ketumbar ( jangan buang akar ), buah tomato, perahan air lemon, gula dan garam bersama di dalam pengisar kering. 

Kepedasan mengikut citarasa masing-masing. Kalau nak pedas, lebihkan. Kalau tak suka pedas, kurangkan.

Saya kisar guna TOKIT Omni Cook. Kalau nak lebih halus, tambah masa mengisar.

Ayam yang dimasak tadi, kita lumurkan dengan rempah kering nasi arab bersama 2 - 3 sudu besar minyak masak / zaitun dan pewarna oren. Lumur rata-rata dan kukus lah dalam 20 - 30 minit macam tu.


Pengukus TOKIT ini besar dan ada dua tingkat. Sesuai untuk kukus ayam dalam kuantiti yang banyak.
 

Kalau guna TOKIT, bawah kita tanak nasi dan atas kita kukus ayam. Dalam 30 minit, semua pun siap serentak. 

Senang jer kan?  Tak kira dengan cara apa pun kita memasak, sebab matlamat kita sama, akhirnya kita semua nak makan. Nak bagi ahli keluarga yang tersayang makanan yang sedap dan berkhasiat.

TOKIT sekarang ada buat Mid-Year sale dan semua produk ada potongan harga sebanyak 30%. Sila hubungi saya dengan menekan link WhatsApp ini ya. Nanti saya akan bagi link referral beserta dengan kod khas sebelum check out. 

TOKIT Omni Cook Premium ini berharga RM3083.50 dengan kos penghantaran ke rumah secara percuma. Guarantee juga ada selama 2 tahun.

Selamat mencuba memasak nasi arab ya! 



 

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.