Guru Berniqab Cantik Dalaman Tarik Perhatian Pelajar
By NanyFadhly Wednesday, May 31, 2017 Integrated Islamic School Puncak Jalil, Kids, My Joy, Schools, Teachers
Assalammualaikum w.b.t
Hai semua!
Dahulu saya pernah terbaca kisah yang diviralkan tentang 'guru yang cantik / handsome' mampu menarik perhatian pelajar.
Baru-baru ini saya menyaksikan sesuatu yang menjadi 'eye opener' kepada saya bahawa kenyataan di atas dapat juga diubah menjadi sebaliknya. Asal hati bersih dan punyai karakter yang baik itu lah resepi PALING penting untuk memenangi hati seseorang murid.
Di sekolah anak-anak saya, terdapat 2-3 orang mua'llimah (panggilan guru perempuan dalam bahasa arab) yang memakai niqab. Kalau nak tau, guru-guru ini adalah antara favourite list pelajar-pelajar di situ.
Sorakan dan teriakan yang kuat memang jelas kedengaran ketika nama-nama mu'allimah ini disebut ketika menang cabutan bertuah dan memenangi anugerah guru yang telah dipilih oleh pelajar sendiri.
Bukan saya tidak melihat mu'allimah lain yang tidak memakai niqab tidak mendapat sorakan sebegitu rupa. Ada juga yang tidak memakai niqab, masih digemari anak murid mereka.
Tetapi
Point utamanya adalah tidak semestinya kita perlu cantik luaran. Cantik itu anugerah dari ALLAH SWT. ALLAH AL-Mushawwir telah membentuk manusia sebaik-baik kejadian.
Tidak perlulah berhabis beribu wang bagi menjalani pembedahan plastik, bermekap tebal hingga hilang 'seri'di muka hanya untuk membuat orang lain sukakan kita.
ALLAH SWT itu Maha Adil. Segala ciptaannya, ada kelebihan dan kekurangan. Jangan risau kalau tiada wang untuk mencantikkan wajah tapi risaulah jika tiada ikhtiar untuk mencantikkan akhlak dan jati diri.
Pelajar sekolah seeloknya sejak kecil lagi dipasak kan dalam kepala mereka bahawa, kecantikan paling utama ialah akhlak dan pakaian yang terbaik adalah TAQWA. Bukan melihat guru pendidik mereka sebagai suatu simbol kecantikan sahaja. Bimbang, jika niat utama ke sekolah tersasar pula.
Saya tanya anak saya "kenapa suka mu'allimah Siti (bukan nama sebenar) ?"
"Ohhhhhhh..sebab dia best mama, baik. Suka main dengan kitaorang. Tak garang".
Alhamdulillah..didoakan semua guru dan kita sebagai ibu-bapa sama-sama berusaha untuk menunjukkan AKHLAK yang TERBAIK kepada anak-anak. Semoga mereka dapat melihat 'cantik' itu bukan sahaja dari luaran. Tetapi, segalanya lahir dari dalaman.
5 Ramadhan 1438H
31 Mei 2017