5 Fakta Menarik Tentang Nutri Brown Rice Yang Perlu Diketahui
Assalammualaikum w.b.t
Hai semua!
Walaupun sebenarnya saya tak pernah beli brown rice untuk dijadikan makanan ruji di dalam rumah ni, tetapi saya pernah juga makan suatu ketika dahulu. Rasanya memang kurang sedap dan berselera sampai nak tambah bersenduk-senduk ke dalam pinggan. Logik la kan...namapun makanan yang menyihatkan. Selalu yang sihat tuh memang 'azab' sket nak telan.
Berita baik untuk mereka yang nak sangat makan brown rice ni tapi tekak tak mampu nak hadam. Saya memperkenalkan : NUTRI BROWN RICE
1) Penyediaan yang mudah dan pantas
Masa akan menjadi lebih jimat dengan adanya brown rice dari Nutri Brown Rice ini. Mana taknya, apa yang perlu korang lakukan hanyalah tuang air panas sebanyak 200-220ml dalam bekas yang bersesuaian , lepas tuh masukkan sebungkus Nutri Brown Rice kegemaran korang dan kacau-kacau sehingga sebati.
Ni la rupa brown rice perisa chocolate dari Nutri Brown Rice. Tekstur nya lagi halus dari nestum |
Ready to drink :) |
Ada 6 jenis perisa yang berlainan dibawakan khas oleh Nutri Brown Rice. Untuk series "No Sugar Added" terdiri daripada : Original, Original with Inulin & Honey. Kalau yang ada sugar tapi sangat sedikit " Low Sugar" : Original, Oat ( with soy lecithin) & chocolate. Jadi, korang boleh la pilih nak minum yang mana satu kan. For me, memang bagus sangat sebab dapat mengelakkan kita dari kebosanan.
3) Sesuai untuk dijadikan sebagai sarapan, makan tengah hari, snack ataupun makan malam
Kalau yang rushing pagi-pagi tuh kadang tak sempat nak makan satu apa pun sebab sampai-sampai office ajer dah kena ready buat presentation ataupun attend meeting. Sadis betul! walhal, makan sarapan adalah BIG NO untuk dikecualikan.
Pernah dengar "eat breakfast like a king?" Bila ada pepatah macam ni, selalu orang kita salah faham. Apa pun, kita kena aware dan tahu berapa kalori yang kita perlu ambil setiap hari dan berapa kalori makanan yang kita nak hadam tuh.
Dengan adanya minuman brown rice ni, dapatlah juga alas perut tuh kan. Kalau tak segan pulak tetiba perut berkeroncong. Jangan cakap akak tak payung~
4) Tiada / rendah gula
Gula jika diambil dengan kadar yang berlebihan adalah boleh memudaratkan. Kalau korang nak kurus or diet yang sihat, cubalah elakkan gula dalam makanan/minuman seharian. Tak tahu nak minum apa? jadi, cubalah Nutri Brown Rice.
Nak bagitau awal-awal dan sejujurnya walaupun ditulis ada sedikit kandungan gulanya dalam setiap pek. Tapi bila bancuh, memang tawar habis. Ikutkan dalam rumah ni, saya, suami dan Hannah saja yang boleh minum dengan jayanya. The boys, macam susah sket nak telan sebab tekak derang ni suka manis.
Kalau tengok pada Nutrition fact tuh kandungan gula per serving hanyalah 5gram sahaja! dan kalorinya pula hanya sebanyak 155kcal. |
Katalah korang semua nak outstation gi mana-mana kan. Lepas tuh dalam hotel tetiba lapar and malas nak turun. Memang jadi penyelamat sangat Nutibrown rice ni. Apa kata kalau selama ni bawak maggie mee segera tu, kita cuba ubah habit dengan bawa makanan yang lebih menyihatkan.
Untuk anak-anak yang dok kat hostel pun boleh juga kita bekalkan pada mereka. Saya faham sangat perasaan budak-budak yang dok hostel ni. 24 jam kelaparan. Maklumlah..dulu pun duduk hostel juga. Makanan dari pihak asrama pulak ikut timing. Sudahnya, gigil kepala lutut sebab tahan lapar. Tu cerita masa form 1-3 lah. Masuk MRSM, tak sempat nak lapo pulak. Terus badan bagai dipam-pam! HAHAH!
Sebab packaging style is like that. So, memang senang nak sumbat dalam luggage atau handbag. |
Dengan brown rice, masalah kesihatan di atas InshaALLAH boleh diatasi. ( Picture from Nutri Brown Rice Page ) |
Perisa pilihan saya?
Saya dah rasa 4 dari jumlah kesemua perisa yang ada. Favourite saya tentulah .......
Bukan honey yer kengkawan! Walaupun honey, tapi still tawar jugak. Tak rasa pun manis honey tuh kat mana.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Yes!!! this is my favorite of flavor so far :) Maybe sebab ada oat dalam tu . Sedap dan rasa segar ajer bila minum. I really enjoy every sip of it! . Anyways, dalam setiap kotak tu ada 8 sachets. Boleh pelbagaikan perisa if nak bawak gi travelling mana-mana.
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang minuman kesihatan Nutri Brown Rice ini, sila klik di sini :
That's All And Thank You for reading!
18 comments
kene try jgk nih kot2 dpt kenyang sampai ke tgri... jimat lah skit beli mkn time pagi ngn tgri kan
ReplyDeleteBoleh..boleh. Kena ready buah buahan atau snack sihat jugak in between kalau lapar kan. Hehehe
DeleteByk juga kebaikan dia ye lea. Bagus buat sarapan ni.
ReplyDeleteBrown Rice memang banyak sangat khasiat nya. Tinggal sanggup ke tidak ajer nak telan.
DeleteWah ada banyak flavour. Macam best jugak ni :)
ReplyDeleteKalau satu flavour jer kang..boring pulak :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteada macam2 flavour, bolehlah try nanti
ReplyDeletePelbagai perisa supaya orang tak boring nanti. Nany pun kadang2 ajer minum ni. Bukan setiap ari pun. Hehehe...Ok sangat sebab boleh kenyang gak. Walaupun tak lama.
DeleteAduhhhh Nanny... siksanya tengok. Ni kalau terpaksa rasanya baru hakak makan hihi....
ReplyDeleteKah Kah Kah!!! I feel you bebeh....hilang nikmat makanan malaysia yang complete rasenye. Manis, masin, masam, pedas. Bersatu bergabung meletop!
DeleteOhh, I'm so going to try this. Looks delicious!
ReplyDeletehttp://panphila.blogspot.my
Hi panphila. Thanks fro dropping a comment. Not so sure if everyone can enjoy the taste or not since our tongue get used with sweet foods/ drinks already. :)
Deletealahai dappnyaa.. mengecurkan liur sungguh pepagi ni
ReplyDeleteSedap lagi nasi lemak sambal paru! Opsss!!!!
Deletebrown rice aritu lieya try beli n guna....sudahnye suku kampit lagi tak abis nany heheheeh..budak2 tak suke...dah biase nasi berkanji wangi2 kot kan....tapi tu laa beras ni le bagus utk kesihatan kite kan....
ReplyDeleteHaaaa..tulah dia. nany rasa, kat rumah ni pun macam tak jalan jerk. HAHAH! berangan jugak nak masak brown rice. Maybe beli 1 kilo punye dulu kot. Nak try.
Deleteboleh try untuk bersahur di bulan ramadhan nanti
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.