Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh Episod jalan-jalan cari makan kali ini adalah di Sekai Cafe, Asakusa. Cafe ni, terletak di luar Tokyo Skytree Tower. Senang sangat nak pergi. Let's say, lepas korang naik atas kat dalam Skytree tu, turun balik ke 1F. Then, keluar dari situ and lepas tuh akan jumpa kedai makan KFC. Jalan terus sampai jumpa small bridge. Keep walking, cross the road. Dalam 20 langkah macam tu, dah nampak Sekai Cafe ni sebelah kiri korang.
Ini bridge yang dimaksudkan
Masa ni dalam pukul 5:00++pm. Dah masuk Isyak pun. Gelap
Ini adalah polisi dan peraturan Sekai Cafe. Walaupun dinyatakan bahawa all meat and animal derived are halal meat. There is still non-halal menu in the cafe. Sebab nya, kami nak order kid set tapi waitress cakap "no hararu'. Bagusnya kat sini, orang Jepun ni jujur bagitahu siap-siap. Bukan kat sini jer, tempat lain pun. Contoh kalau ada orang jual kebab guna van tuh, better tanye dulu walaupun pekerja nya bukan nihonjin sebab yang jual kebab ni selalu orang-orang Pakistan, Bangladesh, Nepal and India. Tak semestinya halal.
Tengok air dalam buah tu nampak macam best jer. Tapi tak sure cane rasenya. Takut nanti dah rasa, langsung tak leh nak telan pulak....hahaha.. Anyways, although they claimed all their food and materials are halal, but they still served alcohol drinks.
Interior design Sekai Cafe. Aku suka sebab cafe ni agak luas, bersih, cantik, kemas ada multipurpose room untuk solat dan breastfeed baby di tingkat atas. Tandas lawo dan wangi serta menyegarkan...Jap lagi gambar toilet akan dikongsikan bersama.
Ada juga menjual spices, cili sos ABC, minyak-minyak masakan, salad dan sekaya dari MALAYSIA negara terchentaaa
While waiting for the food ...masa untuk jadi papparazi. :)
Hello Hai's Kaya!!! ..Jangan nak convert yer, kalau tak memang tak beli terus. Kaya jam ni made from Johor with love JAKIM halal logo. Tapi kami tak beli pun sebab sekaya ade lagi kat rumah. Hehehe...
The decoration was a Christmas theme since esok dah bulan December kan.
Tangga menuju kejayaantingkat atas.
More wall decorations.
Here is the sign of multipurpose room at 2nd level. Kat sini tade Ground Level (GL). Tingkat yang memula kami masuk tu panggil 1F. (1st floor)
Here, you can perform your solat. Ok la kan, boleh masuk 2 orang sekaligus. Alhamdulillah....
Ini dia toilet yang berbau wangi, bersih dan menyegarkan. Ambil lah wuduk setakat yang wajib dan ratakan di anggota -anggota yang berkenaan sepenuh hati dan perasaan. Jangan biarkan lantai tandas ni basah dan kotor. Tak 'cantik'la kan kalau kita as a muslim tunjuk contoh yang tak bagus kat derang. Celah mana lagi nak bagitau kat derang yg Islam is a way of my life?
***************************************************************************************************** And here are the food that we ordered that day :)
Ini seperti roti pita. Inti adalah minced chicken bersama sayur segar dari ladang. Sedap!!! habis kena paw papa punye menu ni dengan anak-anak
Menu ni kononnya menyihatkan la. Tapi tak laku langsung. Sudahnya, aku juga kena telan. Hahaha...Nasi tu guna brown japanese rice. Terung masak guna sos prego rasa die. Daging tu ala-ala nugget style.
Cappuccino kegemaran patik
Orange juice order satu jer. Ingat boleh la share budak-budak ni. Last2, si kecik ni punyalah layaaann..habis kat die jer. Kakak ngan abang nak pun die bagi ala kadar jer, belum habis sedutan ke-3 dan ke-4 , bising nak juice ..nak juice..isk..isk
Scone juga kegemaran kami suami isteri. Memula beli satu, tapi tak cukup kena paw juga ngan budak-budak ni. Ended up beli satu lagi and..voila!!! derang bagi free danish 3 ketul kat kami. Alhamdulillah...jyouzu da!! :)
Cafe ini juga adalah mesra kanak-kanak. Rendah jer, so kids pun senang nak basuh tangan
Ini pula tempat buang sisa makanan dan sampah sarap. Lepas makan, sila angkat tray dan buang sisa makanan (kalau ada) dan juga pembungkus atau pembalut roti , kotak , botol dan seperti di dalam gambar di atas.
Comelkan cafe ni. Tempat buang sampah macam ni pun die decorate jadi cute dan menarik. Memang tak der ghope tempat buang sampah pun. Huwawawawa...cuteness overload.
Kesimpulannya, makanan tak banyak pilihan sangat kat sini. Yerla, dah namanya kat CAFE kan. Despite everything, I am truly grateful because there is still a HALAL restaurant around Tokyo. If you 're happened to be in Asakusa during this freezing winter then go to Sekai Cafe and warm yourself with their cafe latte and cappuccino. InshaALLAH, you won't regret it! That's all and thank you for reading
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Entry kali ni, nak berkongsi salah satu tip kalau kawan-kawan semua nak berjalan di negara 4 musim semasa musim sejuk. Selain dari bab pakaian lengkap dari serkup kepala, baju berlapis-lapis dan sampai ke kasut ada satu benda menarik yang korang boleh cuba buat. Ni ha...mempersembahkan.......
Kairo ni ade 2 jenis ;
1) Haru (貼る (adhesive type) Jenis ni melekat kat baju. Lepas tu korang pakaila jacket. Ikut jer arahan kat situ and please follow the instructions termasuk do's and dont's juga. 2) Haranai (貼らない (non-adhesive, pocket type). Fungsi dia macam handwarmer - boleh letak dlm poket and buat pegang2
kat tangan. Ada 2 saiz, untuk dewasa dan kanak-kanak ribena.
So far ,baru try jenis haranai tu...terbaiklah. Sebab selalu jari jemari ni sejuk kejung..nak amik gambar pun susah. Kalau ade bende ni...lega sket la. Rase suam-suam jer. Nikmat oii kalau berjalan time musim sejuk tetiba ade bende panas pulak. Hahaha..
Kalau datang Jepan, boleh beli kat Daiso/ convenient store ataupun drugstore. Ada yang jual satu satu, and ade yang jual dalam peket. Lupa pulak harga die brapa. Nanti la update balik kat sini once tau harga.Kalau kat Malaysia, boleh cuba cari kat Daiso yer..sebab pernah terbaca blog sorang ni, die kata beli kat Daiso.
That's all
O yomi itadaki, arigatōgozaimashita ( Thank you for reading )
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh Nihon no aki : Musim luruh di Jepun Sekejap jer rasenye dah nak masuk bulan December. How time flies! Bulan ni merupakan bulan terakhir musim luruh di Jepun. Seronoknya masa ini bila dapat melihat keindahan daun-daun pokok bertukar warna dari hijau ke kekuning kuningan, oren dan merah. Semuanya bercampur dan hasilnya memang sangat cantik!!!. Alhamdulillah...diberi ALLAH SWT peluang utk kami sekeluarga merasai nikmat dunia yang sebentar ini. Kat sini, kalau nak tengok kat mane autumn spot yang cantik ada tempat tempat dia. Kalau di Tokyo, ada few dan kami pergi antara yang dekat dengan rumah. Nama tenpat tuialah Kokuei Shōwa Kinen Kōen (Showa Commemorative National Government Park) yang terletak di Tachikawa. Lebih kurang 40km dari selatan Tokyo. Koen di sini maksudnya adalah park dan tak semua park free entrance. Macam park yang kami pergi ini kena bayar dalam YEN410 untuk dewasa dan YEN80 untuk kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas. Ianya dibuka dari pukul 9:30am sehingga 4:30pm (bergantung pada musim ) Boleh click sini for further details yer : http://www.showakinen-koen.jp/html/english/info/index.htm
Kami pergi ke area pokok ginko di mana kiri kanan nya memang ditanam secara simetri. Memang cantik sangat. Subhanallah!..anak-anak macam biasa seronok dapat main daun banyak-banyak.
Ginko leaves ; characterized by it unique fan shape
Despite of cold weather and the effort to get here sebab kena tukar -tukar train few times we truly enjoyed the beautiful view of autumn. To see and witness the golden ginko leaves covered the place and become a bright and yellow carpet.
We truly cherish this moment and thankful to ALLAH S.W.T for all the blessings that HE shower to us.
Here I am sharing a photo that I randomly took while I am still in Japan :
Did you know that..while you're inside the train, you are not allowed to speak through the phone?. It was totally wrong and unacceptable . So, here what they are normally doing apart from sleeping and reading.
Assalammualaikum w.b.t Hari ni terjumpa good doodles from productive muslims website. It was really good advice and tips to share. And tetiba made me automatically miss my old times while I was a career mommy. Dress up in the morning, went to the office, had a breakfast and lunch with my girlfriends. Well sometimes, if it was a Friday, then we will have a cuci mata session at any outlets in KLCC. Those were the days... So, here is the doodle :
Yes..bukan senang kan nak buat. Kalau baca tips kat dalam doodle image tu, memang macam usrah style. But for me, one thing that I really need to crush our bad habit is bila makan-makan kat luar or just melepak beramai-ramai di pantry or masa tgh nak tunggu any meeting to start (unless kalau I yg kena present ), dalam train bersama bff, or tengah tunggu tok imam nak laungkan azan dalam surau : 1)Avoid negative energy Because we sometimes always loves to talk about gossiping, our family life - husband, kids, neighbors, colleagues, penjual ikan, driver bas sekolah anak, anak kawan, cikgu sekolah and the list keep going on. Obviously tak salah la nak cerita, tapi memang kena control lagi2 hal rumahtangga kan..kadang2 tak puas hati dengan husband kita dok ceta kat kawan..walhal menceritakan keburukan suami pun dah dikira berdosa. Nau'zubillah.. I am trying hard not to do all this..but still, sometimes it failed! why? just because our friends is not aware enough about this thing too. Clearly, we need to have a good circle and companions. Or, kalau rase nak cakap bende2 yang tau sebenarnya tak baik, then tersedar..maybe boleh tukar topic terus..contohnya, resepi best2 ke, current hobi ke, siapa favorite ustaz korang dan favourite books korang ke. So...if you guys have a tips to share on how to avoid negative energey..boleh tingglkan komen kat sini.
Assalammualaikum w.b.t Hari ni nak cerita tentang keselamatan di Jepun. Saya dan keluarga menginap di Tokyo. Kawasan perumahan kami ni ramai juga kanak-kanak. Saya perhatikan, setiap hari dari pukul 7:55 am - 8:00 am berduyun-duyun lah kanak-kanak di sini berjalan kaki dari rumah. Selamat ke? Kat Jepun, bukan tade langsung jenayah yang berlaku. Ada, tetapi tidaklah se'meriah' di Malaysia. Hari-hari fobia nak bagi anak main kat luar rumah. Yang depan mata pun boleh hilang inikan pula yang kita tak nampak.
Kanak-kanak Jepun berjalan bersama-sama menuju ke sekolah. Gambar diambil 2 minggu lepas dari kawasan rumah saya
Sekolah-sekolah rendah di Jepun memang mewajibkan kanak-kanak berjalan kaki bersama kawan-kawan ke sekolah. Paling bagus, bila sumer berjalan kaki, maka tiada kesesakan jalan raya yang berlaku sebab tiada kereta yang dok hantar anak ke sekolah. Yerla, Jepun ni kan antara negara ke-10 terpadat di dunia. Tak boleh nak imagine tahap kesesakannya kalau sumer parents hantar anak-anak mereka.
Memang setiap pagi ada orang yang jaga zebra crossing ni. Gilir2 kot. Selalu, kalau time gi kedai waktu petang masa derang balik dari sekolah, ada pakcik yg sgt peramah jaga sini. Tugas die memastikan kanak-kanak sekolah melintas dengan selamat. Tak payah tunggu polis pun..mungkin mereka ada persatuan di komuniti masing-masing macam PIBG.
Antara kebaikan lain, anak-anak sudah diajar untuk berdikari sejak dari
kecil lagi. Saya sendiri pernah melihat seorang kanak-kanak perempuan
dalam lingkungan usia 7-8 tahun naik train di Shinjuku untuk ke sekolah.
Dengan pakaian seragam yang lengkap. Memang comel jer tengok. Dalam
hati, kalau kat Malaysia macam ni, memang cari nahas la kan. Jauh di dalam hati saya terdetik...alangkah bagus kalau boleh juga dilaksanakan sistem sebegini di Malaysia. Tapi rasenye tak semudah itu. Banyak faktor lain yang harus diambil kira. Contohnya, jarak sekolah dari rumah, keselamatan dan cuaca. Paling penting pada saya adalah KESELAMATAN. Cuaca tu sebab out of control kan. Masyarakat Jepun memang teliti dalam sumer segi pekerjaan. Mungkin mereka dah planned sistem sebegini dari awal lagi. Ini pula video mereka berjalan beramai-ramai ke sekolah.
Assalammualikum wbt Konnichiwa Hi I was tagged by a dear blogger friend of mine . Hence, let's give her support since her purpose doing this is to expand her network,learn and inspire each other. So, you would stand a chance by winning the World Organic gift set worth RM50 by joining this giveaway.
Why? Simply because she was my ex-schoolmate at MRSM BP. She is a doctor and currently on unpaid leave staying in Canada following his husband. Have 3 adorable children and I think we share the same passion and hobby i.e : homeschooling, art and craft, cooking and baking with the kids and writings.
Why? she is a working at home mother and having 3 small children. She shares a lot of tips on parenting, breastfeed and health. Se also inspired me with her determination and hardworking. Pernah masuk TV Al-Hijrah lagi. Cara penulisan beliau juga sangat menarik dan mudah difahami. Artikel beliau pernah menjadi viral di the vocket. Ex Petronas juga..hehehe...
Why? Because she loves to write about her working life and small family. Her english is way much better than me. Hence, I learn it from her. Sometimes, the content in her blog can inspired me and boost up my spirit to keep istiqamah in updating my blog. We sometimes exchange information and shares ideas too since I think there is also similarity in our blog content.
Assalammualaikum w.b.t Aktiviti ini kami lakukan 2-3 bulan yang lepas. Baru sekarang nak tulis dan kongsikan bersama pembaca semua. Anak-anak sangat teruja dan seronok bila tengok belon ni mengembang hasil dari tindak balas yis, gula dan air suam. Dari saiz yang kecil hinggalah agak besar.
Bahan-bahan yang diperlukan : - 2 sudu besar serbuk yis atau boleh guna sepeket terus - 2-3 sudu besar gula - Air suam - Belon - Botol mineral kosong bersaiz kecil
Teknik : - Tiup belon berulang kali untuk memudahkan proses bagi melekapkan belon pada botol mineral - Bancuh serbuk yis bersama gula dan larutkan di dalam air suam - Tuangkan bancuhan yis ke dalam botol mineral - Akhir sekali, lekapkan belon pada muncung botol mineral - Dalam beberapa minit, belon tersebut akan mula mengembang dan tegak
Apa yang boleh anak-anak lakukan : - Minta anak anda lukis eksperimen di atas kertas kosong :
Dengan menggunakan pita pengukur, ambil bacaan ukur lilit belon setiap 30minit. Catitkan bacaan di atas kertas lukisan tersebut :
Dengan belajar mengukur, mereka akan belajar untuk menulis angka dan mendapati bahawa nombor akan menjadi lebih besar setiap kali bacaan diambil. Apa yang boleh anda ceritakan : Beritahu mereka tentang gas karbon dioksida yang dilepaskan apabila yis dan gula tadi berkawan. Mereka gabungan yang hebat sehingga dapat menghasilkan 'kuasa' yang dapat membuatkan belon tersebut mengembang. Buih buih yang ada juga adalah seperti apabila kita bermain dengan sabun di dalam 'bath tub' dan hanya dihasilkan apabila mereka bermain bersama-sama.
Jadi,
Kalau nak dapatkan yang baik dan power kenalah sentiasa menjadi abang dan adik yang baik. Takmo la gaduh-gaduh . Ok, itu mak tambah sendrik..hahaha!
Apapun, eksperimen tidak la susah mana. Cuma perlukan masa dan kerajinan selain dari bahan-bahan yang disenaraikan di atas.
I found corporate & housewife job in my life. I ‘craved’ the latter. Alhamdulillah, I am happy for what I am now. Because I know, ALLAH SWT has a plan for me. And it will always be THE BEST.
My intention of writing is to share anything good about anything in my life.I hope you guys will benefit something from my blog. This is our temporary journey. May It begin and last in a good one InshaALLAH.