Kisah keselamatan di Jepun

By Friday, November 13, 2015 ,

Assalammualaikum w.b.t

Hari ni nak cerita tentang keselamatan di Jepun. Saya dan keluarga menginap di Tokyo. Kawasan perumahan kami ni ramai juga kanak-kanak. Saya perhatikan, setiap hari dari pukul 7:55 am - 8:00 am berduyun-duyun lah kanak-kanak di sini berjalan kaki dari rumah.

Selamat ke? Kat Jepun, bukan tade langsung jenayah yang berlaku. Ada, tetapi tidaklah se'meriah' di Malaysia. Hari-hari fobia nak bagi anak main kat luar rumah. Yang depan mata pun boleh hilang inikan pula yang kita tak nampak.


Kanak-kanak Jepun berjalan bersama-sama menuju ke sekolah. Gambar diambil 2 minggu lepas dari kawasan rumah saya
Sekolah-sekolah rendah di Jepun memang mewajibkan kanak-kanak berjalan kaki bersama kawan-kawan ke sekolah. Paling bagus, bila sumer berjalan kaki, maka tiada kesesakan jalan raya yang berlaku sebab tiada kereta yang  dok hantar anak ke sekolah. Yerla, Jepun ni kan antara negara ke-10 terpadat di dunia. Tak boleh nak imagine tahap kesesakannya kalau sumer parents hantar anak-anak mereka.




Memang setiap pagi ada orang yang jaga zebra crossing ni. Gilir2 kot. Selalu, kalau time gi kedai waktu petang masa derang balik dari sekolah, ada pakcik yg sgt peramah jaga sini. Tugas die memastikan kanak-kanak sekolah melintas dengan selamat. Tak payah tunggu polis pun..mungkin mereka ada persatuan di komuniti masing-masing macam PIBG.

Antara kebaikan lain, anak-anak sudah diajar untuk berdikari sejak dari kecil lagi. Saya sendiri pernah melihat seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan usia 7-8 tahun naik train di Shinjuku untuk ke sekolah. Dengan pakaian seragam yang lengkap. Memang comel jer tengok. Dalam hati, kalau kat Malaysia macam ni, memang cari nahas la kan.

Jauh di dalam hati saya terdetik...alangkah bagus kalau boleh juga dilaksanakan sistem sebegini di Malaysia. Tapi rasenye tak semudah itu. Banyak faktor lain yang harus diambil kira. Contohnya, jarak sekolah dari rumah, keselamatan dan cuaca. Paling penting pada saya adalah KESELAMATAN. Cuaca tu sebab out of control kan. Masyarakat Jepun memang teliti dalam sumer segi pekerjaan. Mungkin mereka dah planned sistem sebegini dari awal lagi.

Ini pula video mereka berjalan beramai-ramai ke sekolah. 





You Might Also Like

3 comments

  1. kat mesia ni zaman kita kecik dulu, 30 taon lepas boleh la..
    skarang memang pantang lepa..orang tua pon diculiknya..

    rindu ingat zaman sekolah dulu..balik jalan kaki kot kebun getah sengsorang..mak pak tak risau pon..selamat jer sampai umah..
    kalo zaman menengah plak, subuh tu dah tunggu teksi kat tepi jalan..pon okay jer..

    ReplyDelete
  2. seronok nany tinggal negara org kan..belajar banyak perkara di sana..

    saya suka Jepun..budaya kerja dan disiplin yg tinggi..

    i wish dpt jejak ke sana one day :)

    ReplyDelete
  3. kalau kat malaysia kasi anak2 pegi sekolah jalan kaki entahkan sampai ke tidakla anak2 kita tu ke sekolah..byk sgt lencongan dan mata yg memerhati...

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.