Review Kedai Halal Oshiage Cafe di Asakusa

By Monday, November 30, 2015 , ,



Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Episod jalan-jalan cari makan kali ini adalah di Sekai Cafe, Asakusa. Cafe ni, terletak di luar Tokyo Skytree Tower. Senang sangat nak pergi. Let's say, lepas korang naik atas kat dalam Skytree tu, turun balik ke 1F. Then, keluar dari situ and lepas tuh akan jumpa kedai makan KFC. Jalan terus sampai jumpa small bridge. Keep walking, cross the road. Dalam 20 langkah macam tu, dah nampak Sekai Cafe ni sebelah kiri korang.


Ini bridge yang dimaksudkan
Masa ni dalam pukul 5:00++pm. Dah masuk Isyak pun. Gelap

Ini adalah polisi dan peraturan Sekai Cafe. Walaupun dinyatakan bahawa all meat and animal derived  are halal meat. There is still non-halal menu in the cafe. Sebab nya, kami nak order kid set tapi waitress cakap "no hararu'. Bagusnya kat sini, orang Jepun ni jujur bagitahu siap-siap. Bukan kat sini jer, tempat lain pun. Contoh kalau ada orang jual kebab guna van tuh, better tanye dulu walaupun pekerja nya bukan nihonjin sebab yang jual kebab ni selalu orang-orang Pakistan, Bangladesh, Nepal and India. Tak semestinya halal.
Tengok air dalam buah tu nampak macam best jer. Tapi tak sure cane rasenya. Takut nanti dah rasa, langsung tak leh nak telan pulak....hahaha.. Anyways, although they claimed all their food and materials are halal, but they still served alcohol drinks.
Interior design Sekai Cafe. Aku suka sebab cafe ni agak luas, bersih, cantik, kemas ada multipurpose room untuk solat dan breastfeed baby di tingkat atas. Tandas lawo dan wangi serta menyegarkan...Jap lagi gambar toilet akan dikongsikan bersama.

Ada juga menjual spices, cili sos ABC, minyak-minyak masakan, salad dan sekaya dari MALAYSIA negara terchentaaa


While waiting for the food ...masa untuk jadi papparazi.  :)
Hello Hai's Kaya!!! ..Jangan nak convert yer, kalau tak memang tak beli terus. Kaya jam ni made from Johor with love JAKIM halal logo. Tapi kami tak beli pun sebab sekaya ade lagi kat rumah. Hehehe...
The decoration  was a Christmas theme since esok dah bulan December kan.
Tangga menuju ke jayaan tingkat atas. 

More wall decorations.
Here is the sign of multipurpose room at 2nd level. Kat sini tade Ground Level (GL). Tingkat yang memula kami masuk tu panggil 1F. (1st floor)
Here, you can perform your solat. Ok la kan, boleh masuk 2 orang sekaligus. Alhamdulillah....
Ini dia toilet yang berbau wangi, bersih dan menyegarkan. Ambil lah wuduk setakat yang wajib dan ratakan di anggota -anggota yang berkenaan sepenuh hati dan perasaan. Jangan biarkan lantai tandas ni basah dan kotor. Tak 'cantik'la kan kalau kita as a muslim tunjuk contoh yang tak bagus kat derang. Celah mana lagi nak bagitau kat derang yg Islam is a way of my life?

*****************************************************************************************************
And here are the food that we ordered that day :)
Ini seperti roti pita. Inti adalah minced chicken bersama sayur segar dari ladang. Sedap!!! habis kena paw papa  punye menu ni dengan anak-anak
Menu ni kononnya menyihatkan la. Tapi tak  laku langsung. Sudahnya, aku juga kena telan. Hahaha...Nasi tu guna brown japanese rice. Terung masak guna sos prego rasa die Daging tu ala-ala nugget style.
Cappuccino kegemaran patik
Orange juice order satu jer. Ingat boleh la share budak-budak ni. Last2, si kecik ni punyalah layaaann..habis kat die jer. Kakak ngan abang nak pun die bagi ala kadar jer, belum habis sedutan ke-3 dan ke-4 , bising nak juice ..nak juice..isk..isk
Scone juga kegemaran kami suami isteri. Memula beli satu, tapi tak cukup kena paw juga ngan budak-budak  ni. Ended up beli satu lagi and..voila!!! derang bagi free danish 3 ketul kat kami. Alhamdulillah...jyouzu da!! :)
Cafe ini juga adalah mesra kanak-kanak. Rendah jer, so kids pun senang nak basuh tangan
Ini pula tempat buang sisa makanan dan sampah sarap. Lepas makan, sila angkat tray  dan buang sisa makanan (kalau ada) dan juga pembungkus atau pembalut roti , kotak , botol dan seperti di dalam gambar di atas.


Comelkan cafe ni. Tempat buang sampah macam ni pun die decorate jadi cute dan menarik. Memang tak der ghope tempat buang sampah pun. Huwawawawa...cuteness overload.


Kesimpulannya, makanan tak banyak pilihan sangat kat sini. Yerla, dah namanya kat CAFE kan.  Despite everything, I am truly grateful because there is still a HALAL restaurant around Tokyo. If you 're happened to be in Asakusa during this freezing winter then go to Sekai Cafe and warm yourself with their cafe latte and cappuccino. InshaALLAH, you won't regret it!

That's all and thank you for reading

Please click here for the details about the cafe : http://sekai-cafe.com/


You Might Also Like

1 comments

  1. mmg menarik sgt..nmpk bersih n sgt2 selesa..
    6yuen tu..klo convert duit malaysia..brape rm agaknya tu?? huhu

    ooo..sana rmai jgklah bangla n pakistan bhijrah ye...

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.