Eksperimen yis dan belon
Assalammualaikum w.b.t
Aktiviti ini kami lakukan 2-3 bulan yang lepas. Baru sekarang nak tulis dan kongsikan bersama pembaca semua. Anak-anak sangat teruja dan seronok bila tengok belon ni mengembang hasil dari tindak balas yis, gula dan air suam. Dari saiz yang kecil hinggalah agak besar.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 2 sudu besar serbuk yis atau boleh guna sepeket terus
- 2-3 sudu besar gula
- Air suam
- Belon
- Botol mineral kosong bersaiz kecil
Teknik :
- Tiup belon berulang kali untuk memudahkan proses bagi melekapkan belon
pada botol mineral
- Bancuh serbuk yis bersama gula dan larutkan di dalam air suam
- Tuangkan bancuhan yis ke dalam botol mineral
- Akhir sekali, lekapkan belon pada muncung botol mineral
- Dalam beberapa minit, belon tersebut akan mula mengembang dan tegak
Apa yang boleh anak-anak lakukan :
- Minta anak anda lukis eksperimen di atas kertas kosong :
Dengan belajar mengukur, mereka akan belajar untuk menulis angka dan mendapati bahawa nombor akan menjadi lebih besar setiap kali bacaan diambil.
Apa yang boleh anda ceritakan :
Beritahu mereka tentang gas karbon dioksida yang dilepaskan apabila yis dan gula tadi berkawan. Mereka gabungan yang hebat sehingga dapat menghasilkan 'kuasa' yang dapat membuatkan belon tersebut mengembang. Buih buih yang ada juga adalah seperti apabila kita bermain dengan sabun di dalam 'bath tub' dan hanya dihasilkan apabila mereka bermain bersama-sama.
Jadi,
Kalau nak dapatkan yang baik dan power kenalah sentiasa menjadi abang dan adik yang baik. Takmo la gaduh-gaduh . Ok, itu mak tambah sendrik..hahaha!
Apapun, eksperimen tidak la susah mana. Cuma perlukan masa dan kerajinan selain dari bahan-bahan yang disenaraikan di atas.
Selamat mencuba!
7 comments
menariknya...
ReplyDeletennti nk buat jgk dgn asya...
bgus sgt xtvt ni
Hurmmm....nk buat utk apek qarl....
ReplyDeleteHurmmm....nk buat utk apek qarl....
ReplyDeleteOh best experiment ni nany, nak try buat dengan the kids soon. Thank you for sharing.
ReplyDeleteApa fungsi letak gula ya?
ReplyDeleteSupaya cepat bertindak balas dengan Yis. Heheh..Agen terbaik apabila bergabung dengan yis.
DeleteApa fungsi letak yis ya? Saya nak buat kerja sekolah
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.