Tips and review Yakiniku-Panga Restaurant (updated!!)
By NanyFadhly Thursday, January 28, 2016 Halal Restaurant, Japan, Travel & Trips
Assalammualaikum w.b.t
Sabtu lepas, kami dinner di Yakiniku-Panga Restaurant yang terletak berdekatan dengan Station JR Okachimachi.
Cara untuk ke sana dari Station Shinkoiwa :
Shinkoiwa --------- Akihabara (JR Chuo Sobu Line / yellow line)
Akihabara ----------Okachimachi (Yamanote Line / green line)
Info berkaitan Yakiniku-Panga Halal Restaurant :
Sabtu lepas, kami dinner di Yakiniku-Panga Restaurant yang terletak berdekatan dengan Station JR Okachimachi.
Cara untuk ke sana dari Station Shinkoiwa :
Shinkoiwa --------- Akihabara (JR Chuo Sobu Line / yellow line)
Akihabara ----------Okachimachi (Yamanote Line / green line)
Setibanya di Okachimachi Station, anda akan lihat Uniqlo di sebelah kiri |
Di hadapan pula adalah Ameyoko |
Sila ambil kanan dan jalan terus ke hadapan. Terdapat beberapa simpang , jalan sehingga jumpa bangunan TAKEYA Mall berwarna ungu |
Pemandangan di sebelah kanan jalan |
Tungu lampu isyarat bertukar warna hijau sebelum melintas. TAKEYA Mall di hadapan. |
Bila berada di hadapan TAKEYA Mall. Amik kanan dan jalan beberapa langkah. Pusing kiri pada simpang pertama. Landmark nya adalah apabila terjumpa Bank SMBC. |
Teruskan berjalan |
Nanti akan lalu kedai sayur and buah buahan ni. Terus lagi berjalan |
Jumpa 1st simpang then amik kanan |
Jalan jer terus |
Sampai jumpa playground ni. Jalan lagi |
Sampai jumpa As-Salam Mosque di sebelah kiri. |
Lepas tu, jalan jer lagi sket sampai jumpa simpang. Then, amik kiri |
Jalan straight sampai jumpa another playground |
Jalan dan jalan lagi..sampai jumpa ni kat sebelah kiri |
Sebelah kanan pula ada KUMON centre |
Jalan terus dan bila jumpa Kedai Indian ini, maksudnya dah nak sampai la tu |
Okey dah sampai. Penat tak berjalan? hahaha! senang jer actually, wlupun kelihatan complicated kannn |
Info berkaitan Yakiniku-Panga Halal Restaurant :
- Opening hours : Open Daily (無休)
- Mon-Sat(月-土) 11:30 - 23:00
Sun,Holiday(日,祝) 17:00 - 23:00 - Address : 3-27-9, Taitou, Taitou-ku, Tokyo 110-0016
- Phone : 03-3839-8929 (+81-3-3839-8929)
- p/s : Jangan lupa telefon dulu yer untuk membuat reservation.
- Menu-menu kat sini ada unsur K-POP. Semua side dish adalah makanan Korean. Sesiapa peminat kimchi, bimbibap tu boleh la nak try .
- Total harga makan dinner kami untuk malam itu tak silap aku dalam YEN8,000 kot. Murah la sket dari Yakiniku Wagyu yang kat Yoyogi tu. Tapi still, tak leh beat kesedapan kat sana tu. Hehehe..padan la dengan harga. Seterusnya , kita tengok interior dalam restaurant ni macam mana. Restaurant ni 2 tingkat, which is aku rase besar la jugak untuk kedai di Jepun ni. Mungkin sebab konsep yakiniku kot..jadi kena complies with all safety and regulations. Termasuk la space kedai ini. Unlike, ramen yang very simple dish tu sebab macam makan megi jer kan, jadi mmg style restaurant pun lain lah.
Kami try menu ini juga. Num 37 ( Seafood Buchimgae) Owhh!! rase die macam makan cucur udang, boleh kenyang tau kalau makan ini jer |
Main dish. Kalau nak tau, yang kat tengah tuh was innards ( macam perut lembu kot) Liat..so, kalau korang nak tukar dengan ayam pun boleh juga. Takut budak-budak tak makan |
Real looks of seafood buchimgae. Oishikatta!!! |
Sayur yang macam daun sireh ni, kena makan dengan daging yang dah dibakar tu. Caranya mudah, balut jer daging dalam tu, lipat-lipat terus masuk mulut. Sedap juga! |
Maka, proses pembakaran pun bermula |
Sos perapan die tu sangat sedap. Ada masin and manis, cukup rasa la pada pendapat aku. |
Contoh bapa penyayang dan mithali :P . Daging kena hiris dulu kecik-kecik, sebab mulut derang kan comel ajer..kang takut tercekik lak. :) |
Selesai dah. Alhamdulillah |
- Thank you for reading!