Tips ke Yomiuriland untuk melihat winter illumination

By Sunday, January 17, 2016 ,

Assalammualaikum w.b.t

Semalam kami pegi jalan-jalan ke Yomiuriland untuk melihat jewellumination. Thank you blogger Ayu sebab share pengalaman  ke sini.


Cara yang kami guna untuk ke sana dari rumah kami :

Shinkoiwa Station ( JR Line ) -------- Shinjuku Station ( 40minit)

Shinjuku Station ( Odakyu Line ) ----------Yomiuriland Mae Station (30-40minit)

Dari Yomiuriland Mae Station ambil bus num 1 untuk terus sampai di  Yomiuriland (5minit)

Tips :

Pastikan anda TIDAK  mengambil Express Train dari Shinjuku untuk sampai ke Youmiuriland kerana Express train tidak berhenti di Station Youmiuriland Mae. Sebaliknya, local dan semi express train yang hanya berhenti di station tersebut.

Tambang shuttle bus Yomiuriland Mae ialah 100Yen untuk seorang dewasa bagi perjalanan 1 hala

Jadual kekerapan bus #1 di Station Yomiuriland Mae. Sebelah kiri bermaksud hari bekerja dan sebelah kanan yang berwarna merah itu bermaksud weekends dan public holidays.
Ambil South exit di Station Yomiuriland Mae dan anda akan nampak tangga di sebelah kiri. Naik tangga tersebut untuk mengambil bus #1 di seberang jalan. Turun tangga, sila cross jalan ( nanti ada pakcik nihonjin akan guide anda untuk menggunakan jalan yang betul).

Ini shuttle bus yang ambil penumpang dari Station Yomiuriland Mae.
Kami rasa shuttle bus memang banyak disediakan. Ramai sangat orang sampai kena berdiri tapi nasib baik, 5 minit jer..so tade la terasa lama sangat. Hehehehe.
Ini pula, jadual bus #1 dari Yomuiriland untuk balik ke station.
Bila dah sampai, terus pegi beli tiket. Kami beli tiket "night pass" yang berharga 1800YEN untuk dewasa dan 1300YEN untuk kanak-kanak. Tapi kami guna coupon , jadi dapat lah less jadi 1600YEN untuk dewasa dan 1200YEN untuk kanak-kanak.
Tips :

Dalam Park ni, ada few activities yang anak-anak kita boleh main. Kalau nak bagi derang main, kena bayar juga untuk derang. Macam kami, the boys tak dapat nak main sebab tak beli tiket untuk derang. Last-last kakak jer la yang lepas.

My 1st impression when I saw the colorful lights was like....kireiida!!cantikkkkk nyaaaa!!! and the park was quite big too
Dalam ni, ada 25 night attractions yang korang boleh tengok.
One of my favorite spot kat dalam ni. Music fountain show


Nak naik ferry wheels pun boleh tapi kena bayar lain. Tak sure berapa YEN sebab kami tak naik pun
Siapa jiwa kental dan berani, boleh la naik roller coaster ni..weeeee!!!

Teringat dulu masa kecik-kecik, if nak tengok lampu lip lap ni kena tunggu raya sebab ade orang kat kampung akan pasang lampu kelap kelip depan rumah derang. Takpun, ajak ayah gi tengok fun fair kat Pekan Bagan Datoh naik motor. Rasa best sangat dah masa tu...huhuhuhu



    Makin lama kat sini, makin sejuk rasanya. Dah la lupa bawak gloves..huhuhu...



 Tengok tu...both hands masuk dalam poket jer ....






Amacam?? berpinar tak mata tengok...hahaha! memang lip lap sungguh kan.So far, puas hati la dapat juga tengok winter illumination ni. Last year tak pergi tak tau sebab apa. Kurang awareness kot masa tu..hehehe..


Bulan January ni , Yomiuriland dibuka sehingga pukul 8:30pm. Jadual dan details boleh semak di website Yomiuriland.

Sekian laporan

Thank you for reading!

You Might Also Like

3 comments

  1. Samuii yo pi waktu ni
    Gagagaga if x windy ok lagi
    If windy mmg blh beku lol.
    If u suka illunimation blh try pi kt German village plak
    Jatuh sket from Tokyo but kireii desu...
    Nice pics uols❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. haii..totemo samuii nee...cukupla ber illimunation..takmo dah..haha!

      Delete
  2. Nice pics..😍thn ni kami illimunation kt tokyo dome je..

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.