Cerita Aidilfitri 1438H
By NanyFadhly Thursday, June 29, 2017 Aidilfitri 2017, Balik Kampung, Families
Assalammualaikum w.b.t
Hai Semua!
Seronoknya kami beraya di kampung Bagan Datuk, Perak. Kali ini semua dapat berkumpul adik beradik walaupun bukan pada hari raya pertama.
Paling enjoy sure la budak-budak ni. Seronok sangat bila tengok derang main sama-sama dengan cousin derang. Yerla, bukan senang tau nak jumpa semua serentak. Memang riuh rendah rumah mak dibuatnya.
Kami pulang dua hari sebelum hari raya dan traffic sangat lah lancar. Bertolak pukul 3 petang dan sampai dalam pukul 6 lebih sket. Dapat berbuka sama-sama dengan mak ayah ramai-ramai memang sangat seronok. Budak-budak pun berselera makan.
Malam raya paling meriah bila budak-budak semua dapat main bunga api dan mercun pop-pop. Kalau ikutkan, budak-budak ni memang nak main sampai habis licin. Tapi kitaorg control, kalau habiskan semua nanti esok malam nak buek apo. Melopong ajer ke? HAHAHA..sebenarnya nak bagi budak-budak happy sambut raya macam mak pak derang masa kecik jugak la.
Rendang mak saya buat tuh sangat sedap rasanya. Yang tinggal serdak tuh lagi lah nikmat bila masuk ke mulut.
Selepas sarapan, kami beramai-ramai solat sunat Aildilfitri di surau kampung. Kalau tak silap saya, ini pertama kali Hannah join sekali solat sunat Aidilfitri. Cuaca pagi tu pun just nice. Mendung dan berawan. Syahdu rasanya bila diberi peluang dapat mengalunkan takbir hari raya beramai-ramai di tanah kelahiran dan tempat saya dibesarkan.
Balik ke rumah, sambung acara seterusnya. Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Ini cucu mak yang ke-9. Tak silap dah 53 hari usianya.
Mak dan Ayah yang semakin dimamah usia.Semoga ALLAH S.W.T mengasihani dan mengampuni dosa-dosa mereka.
Sebak dan sayu rasa di hati. Semoga terus diberi peluang sebegini walaupun tidak tahu sampai bila. Tapi didoakan agar kedua orang tua ku sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang ALLAH S.W.T
Abang sulong dan kakak iparku.
Adik ku yang bongsu. Dulu kecik ajer sekarang panjang macam galah. HAHAH!
Kena ajar apa dialog / skrip yang kena cakap :)
Lakonan ajer tuh sebab nak amik gambar. Bhahaha! Acara berikutnya adalah photoshoot beramai-ramai. Lokasi favourite kami macam biasalah. Apalagi kalau bukan di tangga rumah mak ayah ni.
Bersama sepupu sepapat yang kesemuanya lelaki
Adik bersama suami dan anak-anak.
The only girl in the family
Abang, Kak Yana dan anak-anak buah mereka.
Kami sekeluarga. Btw, baju saya dan suami beli last minute di Jakel, Shah Alam. Dalam masa sejam lebih jer memilih. Malas nak fikir lama-lama. Janji ada saiz dan warna yang bertemakan pastel.
Sebelum beraya ke rumah Pak / Mak sedara, kami singgah dahulu di pusara arwah opah dan atuk. Lepas tuh barulah beraya. Kampung mak tak jauh mana pun. Dalam 15 minit dah sampai.
Di rumah Mak Andak. Jumpa pulak air sirap kat situ. Maka, si Uwais pun minumlah sampai dekat 4 gelas. Haishhh...
Dengan wife cousin. Dulu kami pernah tinggal di rumah sewa yang sama. Masa tulah, saya jadi match maker kat derang ni. Hehehe..tak sangka, berjodoh pulak .
Sibuk papa melayan anak-anak.
Ni bukan bihun goreng yer tapi su'un. Patutnya kena makan dengan ketupat nasi. Menu ni memang wajib kat rumah Mak Anjang kitaorg. Ayam masak kicap bersama su'un diberi nama.
Aktiviti riadah di waktu petang untuk kanak-kanak ni adalah bermain di luar rumah sepuas-puasnya. Halaman rumah mak memang luas. Ada macam-macam pokok dan serangga. Seronok lah derang bereksperimen. Antaranya hisap madu bunga jenjarum ni ha...Masing-masing nak tunjuk kepakaran.
Selain menghisap madu dan sepah dibuang. Mereka juga suka bermain di dalam semak. Antara mainan mereka adalah daun pisang!
Dan paling best bila opah turun sama ke padang untuk melayan cucu-cucu nya. Disebabkan daun pisang sangat lembut dan mudah berkecai. Maka, opah pun pergi la cari plastik yang agak besar saiz muat budak2 ni nak duduk. Tapi ended up, tak leh la lama2 kan..sebab tarik atas batu. Sakit kot bontot..hahah!
Apa lagi? Owhhh...ade lagi mainan derang ni.
Main tuju guli kot namanya.
Lepas tuh budak-budak ni nak minum air kelapa. Jadi, opah pun layankan ajerla. Beratur semua nak minum.
Ayat pertama yang keluar dari mulut Umair.."sedapnya, rasa air zam-zam". Tergelak kitaorg dengar!
Empat kepala nak minum satu kelapa.
Sebab berebut, jadi opah suruh guna straw!
Cari and korek isi kelapa pulak.
Inilah kesemua cucu-cucu mak. Ada lagi tiga orang tapi takde dalam gambar. Sorang baru 53 hari, sorang lagi tengah tidur kot baru setahun lebih sket and sorang lagi Hannah.
Sengaja jahitkan budak2 ni seluar yang sama. Kain tuh beli di Jepun kecuali bentuk misai tuh beli kat Spotlight, The Mines. Kes tak cukup kain namanya.
Kebetulan adik yang tengah study kat UK tuh balik sekejap sampai hujung bulan September ni sebab nak collect data katanya. Anak die yang paling kiri and num 3 dari kanan.
Petang raya ke-2 barulah kami dapat bergambar satu family. Punyalah mencabar nak bagi budak-budak ni duduk setempat. Tak leh lepa sket. Ada yang keluar dari zon larangan. HAHAH!
Esok nya, raya ke-3 ada baraan di kampung. Saya dan adik join lah sekejap. Dapatlah cover beberapa buah rumah. Itu kita cerita di lain masa pulak yer.
Alhamdulillah..memang seronok sangat bila dapat beraya dengan orang-orang yang tersayang. Ada rezeki dan panjang umur kita jumpa lagi yer semua!
That's All and Thank you for reading!
Hai Semua!
Seronoknya kami beraya di kampung Bagan Datuk, Perak. Kali ini semua dapat berkumpul adik beradik walaupun bukan pada hari raya pertama.
Paling enjoy sure la budak-budak ni. Seronok sangat bila tengok derang main sama-sama dengan cousin derang. Yerla, bukan senang tau nak jumpa semua serentak. Memang riuh rendah rumah mak dibuatnya.
Kami pulang dua hari sebelum hari raya dan traffic sangat lah lancar. Bertolak pukul 3 petang dan sampai dalam pukul 6 lebih sket. Dapat berbuka sama-sama dengan mak ayah ramai-ramai memang sangat seronok. Budak-budak pun berselera makan.
Malam raya paling meriah bila budak-budak semua dapat main bunga api dan mercun pop-pop. Kalau ikutkan, budak-budak ni memang nak main sampai habis licin. Tapi kitaorg control, kalau habiskan semua nanti esok malam nak buek apo. Melopong ajer ke? HAHAHA..sebenarnya nak bagi budak-budak happy sambut raya macam mak pak derang masa kecik jugak la.
Pagi esoknya, kami breakfast sama-sama. Budak-budak ni macam tak percaya dah tak puasa. "Betul ke boleh makan ni mama?"
Macam ni lah kalau dah ramai berkumpul adik beradik. Makan pun semua atas lantai ajer and lapik surat khabar. Air pulak ade pelbagai jenis. Ohh!! sungguh bahagia la budak-budak ni dapat minum air manis. Kalau kat rumah sendirik mak nya control boleh minum sekali sehari ajer. Rendang mak saya buat tuh sangat sedap rasanya. Yang tinggal serdak tuh lagi lah nikmat bila masuk ke mulut.