Meriahnya Kenduri Berbuka Puasa Di Kampung
Assalammualaikum w.b.t
Sabtu lepas, mak dan ayah buat majlis kenduri buka puasa di kampung. Sudah menjadi kebiasaan di kampung saya bila masyarakat di sini mengadakan kenduri menjamu penduduk kampung berbuka puasa di surau. Walaupun surau di kampung ni tidaklah besar mana, tetapi memang meriah apabila sama-sama meraikan majlis tersebut.
Hari pertama sampai di kampung, hari Jumaat. Saya dan anak-anak sampai di kampung dalam pukul 3:30 petang macam tuh. Sempat lelap sekejap. Lepas tuh, tolong mak kat dapur. Buat kuih ondeh-ondeh dan masak lauk pauk.
Tujuan lain saya balik kampung selain dari kenduri ni adalah kerana nak jumpa adik yang balik dari UK. Balik kejap ajer untuk data collection. Nanti bulan September kena gi sana balik. Dah la masa kami gi Jepun tuh tak sempat nak jumpa. Die and family dia pergi UK pun kami semua dah kat Jepun. Bertahun-tahun la kiranya kami tak jumpa. Bila balik, tengok anak-anak semua dah besar.
Yang tak pernah jumpa since lahir. Ni baru dapat jumpa.
Dah besar dah si abang.
Last jumpa Aqwa masa masih baby. Baru lepas pantang. Dah besar nampak handsome sangat haa.. :)
Cucu-cucu mak ade 9 orang semuanya. Lapan orang semuanya lelaki. Boleh bayang kanlah budak-budak besar ni kalau berjumpa. Ada ajer idea derang nak buat apa.
Sebenarnya, saya baru lepas pasang sarung sofa tuh. Lepas tuh tak sempat nak susun balik atas kerusi derang dah hijack and buat kubu sendiri. Mak malas nak layan dah. Sukati korang la nak buat apa. HAHAH!
Kereta sorong atuk jadi mangsa mama untuk budak-budak ni posing. Nasib baik berat, kalau tak rasanya selamat dah ni jadi mainan.
So far, Hannah ajer cucu perempuan mak & ayah saya. Kesian juga bila dia balik kampung tade kawan nak main. Dan sebenarnya, gambar ni tak complete. Adik kat Banting tak dapat balik sebab dalam pantang. Tu pun all three boys. 😂😅
Untuk juadah buka puasa hari tu, kami cuma masak rendang kambing ajer. Lauk lain, ayah upah katering orang kampung kat sini ajer masakkan.
Step awal sebelum merendang. Tumis bawang, putih and cili blend. Masak kat luar senang sebab open air gitu.
Step hujung-hujung. Tinggal kacau ajer kasi rata and biar sampai masak.
Kepala kambing pun ayah masukkan sekali. Nampak tak apa yang terjelir tuh? hahaha...
Dah siap and tunggu untuk dimakan ajer. Lidah tuh si Umair cakap lembut dan sedap. Si Uwais tak nak makan sebab katanya ada air liur. Geli. Takmo makan. HAHAH! macam-macam.
Seterusnya, mak nak melepat pisang. Guna pisang awak yer semua. Lepas tuh mak guna tepung ubi. Inti pulak macam inti nak buat kuih ketayap tuh.
Daun pisang paling senang kat kampung. Keluar ajer pintu belakang rumah,terus zasss...cantas amik.
Sebelum diletakkan inti, kena sapu minyak dulu atas daun pisang tuh yer kawan-kawan semua.
Inti tuh mak dah buat awal-awal lagi. Simpan dalam peti ais.
Siap pun lepat pisang awak. Sorry guys, gambar keratan rentas isi dalaman tak sempat nak ambik. Sedap sangat punya pasal sampai malas nak bawak keluar kamera. Layan lepat pisang penuh perasaan.
Kari dalca sayur, ayam goreng rempah,buah tembikai dan air asam asin.
Makan bersila ramai-ramai atas lantai ajer. Mengimbas kenangan saya masa kecik-kecik dulu.
Ini antara salah satu makanan signature jawa yang paling saya suka. Sayur goreng jawa style. Lagi best kalau letak petai, hati, pedal and kacang panjang. Hehehe...
Lepas buka puasa, kami bagi sapa-sapa nak tapau yang lebih tuh bawak balik rumah. Boleh la nanti masa sahur, panaskan balik yer dak?
Suasana berbuka puasa di kampung walaupun makanan nya tidak semewah di hotel , tapi kami tetap enjoy dan bersyukur dengan apa yang ada. Dapat lah jumpa jiran tetangga. Ada juga anak perantau yang pulang ke kampung hari tuh.
Masa ni juga, saya dapat jumpa kembali ustaz yang pernah mengajar saya ketika dahulu. Beliau masih ingat saya serta anak muridnya yang lain. Bila disapa begitu, terasa seperti beliau menganggap kami seperti anaknya sendiri.
Terima kasih mak dan ayah. Semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik selalu. InshaALLAH, jika panjang umur dan diizinkan ALLAH S.W.T. Kita berjumpa lagi 1 Syawal nanti.
That's All and Thank you for reading.
10 Ramadhan 1438H
7 comments
meriah...sedapnya lidah tu ,...saya suka
ReplyDeleteTak berkesempatan lagi nak berbuka ramai2 satu family...sebab sekarang musim finals
ReplyDeletehttp://tarotthefool.blogspot.my/2017/06/salam-ramadhan-dan-salam-finals-guys.html
Sesekali berkumpul..cucu cucu tu meriah...hehe...
ReplyDeleteMeriahnya suasana kampung tu kak. Teringin nak ada suasana mcm tu. Best sgt kan.
ReplyDeleteLepat pisang memang kuih fav ana. Bila buat sendiri confirm2 sedap. Terliur pulak pagi2 ni
Memang meriah kan berbuka puasa di kampung. Seronk dan feel dia tu lain sangat. Sedapnya kak Nany rendang kambing tu.
ReplyDeleteirda suka suasana ni..alhamdulilah irda masih berpeluang juga merasa suasana berbuka ramai2 ni kampung in law dan di rumah mak..syukur...sedapnya lepat tu.feveret sgt ni
ReplyDeletePatutlah start masak pukul 3 rupanya banyak yg ditempah hihi...
ReplyDeleteAduh Nanny... ngences ah hakak tengok makanan semua tu. Lepat pisang tu mmg faveret tu.
Air tangan mak mmg paling bestkan. Untung Nanny masih dpt rasa air tangan mak.
Kiranya sambil buat kenduri doa selamat sekalilah ni ek...
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.