Proses pertukaran sekolah swasta ( rendah ) ke sekolah menengah kebangsaan

By Thursday, February 02, 2023 , ,

 

Pernah dahulu saya kongsikan proses pertukaran dari sekolah rendah swasta ke sekolah kebangsaan. Hari ini saya nak berkongsikan pula proses pertukaran dari sekolah rendah swasta ke sekolah menengah kebangsaan. 

Bulan Mac tahun 2023, InshaALLAH anak kami Khaleef Umair akan melangkah masuk ke sekolah menengah. Jadi perlulah membuat persiapan dari sekarang.

Ada juga memohon ke MRSM dan SBP. Tetapi bergantung juga kepada rezeki dia nanti. Saya lebih suka buat persiapan seawal yang boleh supaya nanti dah boleh bertenang dan fikir kan perkara yang lain pula.

Tambahan pula hari pembukaan sekolah cuma dua - tiga hari sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadan. 

Hampir sama sahaja kaedahnya cuma kali ini salinan yang diperlukan hanyalah dua sahaja. Walaupun di dalam borang ditulis tiga salinan. 

Seperti biasa, saya ambil borang pertukaran sekolah di Pejabat Pendidikan Daerah, Shah Alam Seksyen 19. 

Kemudian, isi sahaja borang dan serahkan segala maklumat yang diperlukan. Tak perlu pun untuk semua salinan itu disahkan.

Cuma penting untuk ibu-bapa tahu di mana kawasan sekolah menengah anak sebab nya jika sekolah tersebut terletak di Kuala Lumpur, maka perlu pergi ke Pejabat Pendidikan cawangan Kuala Lumpur. 

Berapa kali kena pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah ?

Jumlah kena pergi adalah sebanyak tiga kali. Kalau ada kawan nak pergi ambil borang boleh kirim sahaja pada kawan ya. Dah jimat waktu untuk tak perlu ulang alik sehingga tiga kali.

1- Ambil borang kosong - Januari 2023

2- Isi borang dan kepilkan bersama maklumat lain yang diperlukan - 2 Februari 2023

3- Ambil surat penempatan untuk mengesahkan sekolah anak yang dipohon - Boleh datang pada atau selepas 16 Mac 2023. 

Jangan datang sebelum 16 Mac sebab surat belum siap lagi waktu itu. 

Tips lain untuk datang ke Pejabat Pendidikan Daerah di Shah Alam adalah, kereta tidak dibenarkan parkir di dalam kawasan bangunan pejabat. Ambil nombor giliran dan tunggu nombor giliran dipanggil. 

Saya sampai dalam pukul 11.00 pagi dan Alhamdulillah, memang tak ramai orang pun. Pegawai yang layan pun baik-baik dan tiada sebarang masalah.

Tak pasti nanti bulan Mac pula bagaimana. Kemungkinan ramai masa tu sebab dah nak masuk sekolah kan?

Harap perkongsian ini dapat membantu ibu-bapa di luar sana.


You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.