Apa yang boleh kita buat dengan 10 dinar ?
Mari kita berkenalan dengan 10 dinar. Maksud dinar adalah merujuk kepada mata wang emas. Kalau ianya diperbuat daripada perak pula dipanggil dirham. Pernah tengok cerita P. Ramlee? Ada satu cerita yang bertajuk Ali Baba Bujang Lapok di mana babak nya melelong seorang anak gadis. Harganya menggunakan dirham. Ketika saya menonton cerita tersebut , saya tidak dapat meneka apakah sebenarnya dirham dan berapa pula nilainya.
10 dinar ini mempunyai berat sebanyak 42.5 gram. Ada juga yang salah faham menganggap bahawa beratnya bersamaan dengan 10 gram. Ketika saya meulis artikel ini, harganya adalah RM13,097.00. Lagi 10 tahun kemungkinan harga nya akan meningkat naik.
Mungkin ada yang bertanya, apa yang kita boleh buat dengan 10 dinar ? Dengan harga nya sekarang sudah tentu ada beberapa perkara yang mampu dicapai. Contohnya, dapat dijadikan sebagai kos untuk menunaikan ibadah umrah. Kalau nak buat haji pula, kena ada dua keping 10 dinar. Selain itu, ianya juga sesuai dijadikan sebagai kos untuk melancong ataupun dana pendidikan anak-anak.
Terpulang kepada masing-masing. Paling penting adalah mindset apabila kita mahu menyimpan emas, kita perlu ada matlamat supaya sentiasa terarah. Matlamat juga akan menyebabkan kita ada motivasi untuk konsisten menyimpan emas.
Simpanan emas adalah simpanan jangka masa sederhana dan panjang. Mulakan sekarang kerana kita tidak perlu kan kesempurnaan dalam semua hal.
Klik link di bawah untuk pendaftaran secara percuma :
Atau nak berbual dahulu pun boleh. Klik link yang ini ya :
0 comments
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.