Siapa sebenarnya Abu Jahal

By Thursday, June 22, 2023

 


Adakah Abu Jahal dan Abu Lahb orang yang sama? Jawapannya : Tidak sama sekali. Kedua mereka adalah orang yang berlainan. Perkara yang sama adalah sifat ego mereka yang tidak mahu menerima ajaran agama Islam yang benar.

Abu Jahal adalah penggilan yang bermaksud "bapa bodoh". Abu adalah gelaran ataupun kuniyah yang biasa digunapakai oleh orang arab pada ketika itu. Nama sebenar Abu Jahal adalah Amr Ibn' Hisham. Gelaran Abu Jahal bukan digunakan oleh semua orang Quraisy pada ketika itu. Ianya adalah gelaran yang hanya diberikan oleh Nabi S.A.W dan para sahabatnya.

Kenapa?

Gelaran 'besar' Abu Jahal yang sebenarnya adalah Abu Al- Hakam yang bermaksud " Bapa Bijaksana". Dia sangat lah terkenal dengan kepandaiaannya sehingga kan Abu Jahal menjadi tempat rujukan ramai orang untuk mendapatkan nasihat ataupun pendapat. Dia juga merupakan seorang ketua dari bani Makhzum. Makanya, dia dipandang hormat oleh kebanyakan kaum Quraisy ketika itu.

Tetapi, apabila sudah bertahun-tahun Nabi S.A.W menyampaikan dakwah kepada mereka. Masih lagi tidak mahu menerima ajaran Islam. Walaupun Abu Jahal tahu apa yang kebanyakan Nabi S.A.W cuba sampaikan adalah benda yang benar terutama, berhala yang tidak mampu berbuat apapun. Egonya terlalu tinggi sehinggakan Nabi S.A.W berkata " Sekiranya dia Abu Al- Hakam, sudah pasti dia boleh menerima kita. Maka dia bukan Abu Al- Hakam. Tetapi Abu Jahal"

Pun begitu, gelaran 'kecil' iaitu Abu Jahal ini hanya digunapakai oleh Nabi S.A.W dan orang-orang Islam sahaja. Mereka tidak memanggilnya secara terbuka.

Kisah gelaran "Abu Jahal" ini terhenti pada tahun 8H ketika pembukaan Kota Mekah. Ketika itu Abu Jahal sudah pun mati. Nabi S.A.W melihat anak Abu Jahal iaitu, Ikrimah datang ke arahnya. Apabila melihat hal yang demikian, Nabi S.A.W  dapat merasakan bahawa Ikrimah akan memeluk agama Islam.

Dan memang benar, Ikrimah akhirnya bersama Nabi S.A.W dan sahabat-sahabat yang lain. Selepas itu, Nabi S.A.W menegur para sahabat agar tidak lagi menyebut-nyebut nama Abu Jahl kerana ingin menjaga hati Ikrimah. Walau jahat mana sekalipun, Abu Jahl tetap bapa kandung Ikrimah.

Let bygones, be bygones

Dalam surah Al-Alaq  bermula dari ayat ke- 9 hingga ke-11 diceritakan tentang perancangan jahat Abu Jahal yang ingin memijak tengkuk Nabi S.A.W ketika dia sedang bersujud di hadapan Ka'abah. 

Pun begitu niat jahat Abu Jahl tidak kesampaian kerana apabila dia mahu menghampiri Nabi S.A.W,  kelihatan api yang menyala-nyala dan sangat panas di antara dia dan Nabi S.A.W. Lalu Abu Jahl berundur ke belakang lantas menyebabkan kawan-kawan yang melihat peristiwa itu tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku.

Nabi S.A.W juga menjelaskan kepada para sahabat bahawa "Demi Allah, jika Abu Jahl buat juga malaikat akan hancurkan dia ke dalam api yang panas itu". 

Pengakhiran hidup Abu Jahl adalah mati ketika Perang Badar. Kepalanya dipancung oleh Abdullah Ibnu Mas'ud dan kedua belah kakinya dipotong oleh dua budak ( kalau zaman sekarang mungkin sesuai digelar remaja ) oleh kaum Ansar.


You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.