Kisah Khabbab seorang tukang pembuat besi, sahabat Nabi S.A.W

By Sunday, June 11, 2023

 

Sumber gambar : carian di Google
Nama penuh Khabbab ialah Khabbab Ibn al-Aratt. Dahulu, saya hanya mengetahui bahawa antara sahabat Nabi yang berstatus hamba yang diseksa dengan teruk adalah Bilal Bin Rabah , keluarga Yassir dan Sumayya.  

Khabbab juga antara hamba yang diseksa dengan amat teruk. Sehingga kan Umar pun tak sanggup mahu melihat kesan luka akibat besi panas yang disiut ke atas belakang badannya oleh  Ummu Anmar iaitu tuannya suatu ketika dahulu. 

Ingat lagi tak bagaimana peristiwa Khalifah Saidina Umar Al-Khattab memeluk Islam? Khabbab ketika itu menyemak bacaan ayat Al-quran adik Umar iaitu Fatimah dan suaminya Said Bin Zaid. Ianya berlaku di rumah pasangan suami isteri itu sendiri.

Khabbab merupakan seorang pembuat besi. Khabbab tidak tahu bilakah tuannya sedar bahawa Khabbab telah memeluk agama Islam.

Dia telah diseksa setiap hari sedikit demi sedikit oleh tuannya. Nabi S.A.W pernah lalu ketika dia diseksa dengan besi panas, Apabila Nabi S.A.W mendengar jeritan Khabbab menjerit kesakitan, Nabi S.A.W berdoa "Semoga nanti, Ummu Anmar akan mendapat balasan yang setimpal"

Dipendekkan cerita, Khabbab pun bebas. Tetapi apa yang terjadi kepada tuannya?

Diceritakan bahawa tuannya mengalami sakit kepala yang melampau. Pergi berubat sana sini, tapi tak baik-baik juga. Akhirnya, dia mengikuti perubatan lama orang Arab. Mengikut tok bomoh yang mengubatinya, dia perlu menggunakan besi panas untuk diletakkan ke atas kepalanya.

Lalu, Ummu Anmar pun mengikut sahaja apa yang disarankan oleh tok bomoh tersebut. Lama-kelamaan, kepala nya banyak luka dan dijangkiti kuman. Akhirnya, Ummu Ranman pun mati akibat besi panas yang kononnya dipercayai sebagai ubat sakit kepala.

Makbul lah doa Nabi S.A.W ketika baginda pernah mendegar jeritan Khabbab diseksa dahulu.

Khabbab hidup agak lama sehingga ke zaman Umar Al-Khattab, Dia sempat merasai buah kemanisan hasil dakwah Nabi , para sahabat dan perjuangan orang Islam yang lain. 

Suatu hari, dia berkata kepada anaknya untuk diebelikan kain kapan kerana waktu itu Khabbab sedang sakit dan ianya adalah persediaan untuk kematian.

Khabbab menangis teresak-esak apabila anaknya menyerahkan kain kapan yang berkualti kepada Khabbab. Lantas anaknya pun bertanya kenapa ayahnya menangis.

Khabab berkata bahawa dia teringat ketika Hamzah dan Mus'ab mati, mereka tidak cukup kain untuk menutupi seluruh tubuh. Hal ini kerana mereka pada peringkat awal penyebaran agama Islam dahulu berada dalam keadaan yang sangat susah dan perit.

Berbanding, zaman ketika Khabbab masih hidup waktu itu. Dia rasa sedih kerana ramai sahabat-sahabat yang menderita sama sepertinya tidak dapat merasai kesenangan yang sedang dilaluinya.

Khabbab rupanya menjadi usahawan yang berjaya. Ketika zaman khalifah Saidina Abu Bakr, Khabbab menerima sejumlah wang yang banyak kerana dia merupakan veteran askar.

Setelah kewafatan Abu Bakr, Saidina Umar Al-Khattab pula mengambil alih. Ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, Khabbab menerima wang daripada kerajaan mengikut senioriti. In fact, Khabbab lebih lama memeluk Islam daripada Khalifah Umar sendiri.

Dengan duit yang diperolehinya itu, Khabbab berjaya mengembangkan perniaagannya sehingga menjadi seorang yang kaya raya.

Benarlah hadis tentang kisah Nabi S.A.W menjawab   apabila Khabbab bertanya " Ya Rasulullah...sampai bila keadaan ini akan berterusan?" 

Nabi menjawab, "Kamu ini kaum yang tidak sabar menunggu. Umat dahulu ada yang digergaji badannya, ada yang disikat kulitnya dengan sikat besi. Besabarlah sehingga suatu hari nanti ada perempuan yang boleh membawa barang ternakan dari San'a ke Hadramawt".

Orang Quraisy tahu bahawa tempat yang dimaksudkan oleh Nabi S.A.W itu adalah tempay 'black area'. Tidak mungkin seorang lelaki pun dapat melalui kawasan tersebut dengan selamat. Inikan pula seorang perempuan.

Apakah yang ingin disampaikan oleh Nabi S.A.W tentang hadis ini?

Nabi S.A.W bukan tidak bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas sahabat-sahabatnya yang diseksa. Tetapi, itu adalah janji Nabi S.A.W bahawa suatu hari nanti agama Islam akan berkembang dengan hebat dan kawasan yang ramai penganut agama Islam akan menjadi sangat maju dan kuat sampaikan orang lain pun tak mampu nak buat apa-apa.

Kisah tersebut menjadi sumber kekuatan dan bertambah teguh lah keimanan umat Islam setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh Nabi S.A.W. 

Waktu itu, Khabbab barulah faham apa yang Nabi S.A.W maksudkan ketika itu.



You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.