Penting ke pakai sunscreen?

By Saturday, June 17, 2023

Kesedaran saya tentang pemakaian sunscreen agak lambat. Kalau tidak silap, ianya selepas saya mempunyai dua ke tiga orang anak rasanya. Waktu itu, memang dah banyak pigmentasi pada kulit saya. Diakui ketika itu memang tiada kesedaran bahawa pentingnya pemakaian sunscreen.

Sekarang ini memang saya pun dah pesan pada anak-anak yang masih di bangku sekolah untuk memakai sunscreen jika mahu keluar rumah. Lagilah sekarang, cuaca memang tersangat panas. Saya juga sebagai ibu yang memang setiap hari keluar masuk rumah dari pagi, tengah hari sehingga ke petang kerana menghantar anak ke sekolah dan mengambil mereka pulang ke rumah.

Banyak kepentingan dan faedah jika kita menggunakan sunscreen. Antaranya adalah sebagai pelindung cahaya UV (Ultra violet) matahari terhadap kulit, mencegah penuaan kulit, mengelakkan dari kesan terbakar, kusam, pigmentasi dan melasma.

Di sini, saya ingin kongsikan beberapa sunscreen yang pernah saya pakai dan ada jenama yang sudah menjadi kegemaran saya dan Hannah.

1) Supergoop - Glow Screen

Beli ini masa tahun lepas di Sephora dan ini adalah sunscreen yang termahal pernah saya beli. Harganya kalau semak di Sephora sekarang adalah RM185.00. Mahal kan?

Bila pakai ini, memang muka ada kesan 'glowing' sebab warna dan tekstur nya seperti foundation liquid. Kulit muka akan kelihatan lebih berseri dan tidak kusam.

Sebelah bawah  itu adalah dari Supergoop. Disebabkan harganya yang mahal, jadi saya memang pakai dengan berjimat cermat. Ada kalanya, saya menggunakan jenama lain juga berselang seli dengan Supergoop.

2) Biore UV Aqua Rich ( light up Essence )

Jenama seterusnya adalah BIORE. Selalu saya beli di mana-mana farmasi yang terdekat termasuk Guardian ataupun Watson. Harganya pula lebih kurang dalam RM34 di Watson.

Antara kelebihannya adalah, teksturnya yang tidak berminyak ataupun melekit pada kulit. Sejurus pemakaiannya pula kulit akan kelihatan sedikit cerah iaitu berwarna putih. Sebab itu ada tulis "Light Up Essence" . Hannah paling suka sunscreen yang ini. Tapi kalau Umair dan Uwais , memang mereka tak suka lah sebab kesan putih pada kulit tu, nampak pelik pula kalau lelaki yang pakai.

3)Biore UV Aqua Rich

Ini pun Biore juga cuma tiada kesan "light up essence ". Harganya lebih murah dalam RM24-RM25 sahaja dan boleh juga dibeli di Watson.

Walaupun ditulis "watery based" tetapi pada saya, teksturnya agak melekit dan sedikit berminyak jika dibandingkan dengan Biore UV light up essence. Saya pakai juga kalau di rumah ataupun mahu memasak.

Sebelah atas yang  berwarna putih itu adalah Biore UV.

4) Skintific Sunscreen Mist

Antara kelebihan Skintific sunscreen adalah ianya dalam bentuk botol dan saiz nya kecil. Maka, sangat lah praktikal untuk saya bawa ke mana-mana. Kita kan kena pakai sunscreen 4 - 5 jam dalam sehari. Jadi, ianya begitu membantu jika saya berada di luar.

Cara menggunakannya hanya spray sahaja rata-rata ke arah muka. Dalam kereta pun boleh!

Tekstur nya tidak melekit, berbau wangi dan dek kerana namanya 'mist' , rasa sejuk jer apabila disembur ke muka. Apatah lagi ketika musim El-Nino ini. 

Saya beli melalui Shopee dan harganya dalam RM24 sahaja. 
 

Kesimpulannya, pakailah apa sahaja jenama sunscreen yang kita selesa dari segi harga dan tekstur. Jangan jadi seperti saya, dah terlewat baru nak pakai. Sekarang umur dah 40 an . Ini lah kulit muka saya sekarang:

Bintik-bintik tersebut adalah kesan pigmentasi akibat daripada tidak memakai sunscreen ketika usia muda dahulu.


 



You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.