Resepi Kek Hummingbird Menggunakan Kacang Walnut
Assalammualaikum w.b.t
Dah lama nak kongsi cerita pasal kek yang satu ni. Tapi sekarang baru punya masa dan waktu.Kek ini saya buat khas untuk anak kawan di sini yang menyambut hari lahir nye yang ke-16. Namun begitu, si gadis remaja itu masih memanggil diri ini sebagai akak~~~....hahah! terima kasih la dik! terasa tidak begitu kertu di situ.
Okeyla..berbalik kepada cerita asal. Al- kisahnya, bila dok cari kacang "pecan" ni di merata tempat. Tetapi masih tidak ketemu. Ended up, ambil keputusan untuk menggantikan dengan kacang walnut sahaja. Malas nak pening-pening kepala. Rasa nya unik, seakan-akan kek pisang, tetapi ada rasa campuran manis-manis buah dari isi buah nenas dalam tin. Aroma kek ini juga wangi dan menyelerakan. Saya dah adjust kemanisan mengikut citarasa kami sekeluarga.
Bahan-bahan yang diperlukan :
100 gm kacang pecan ~ saya gantikan dengan 100 gm kacang walnut
390 gm tepung gandum
300 gm gula halus ~ resepi asal 400 gm - saya kurangkan lagi menjadi 200 gm sahaja
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk cinamon
3 biji telur ~ saiz A
180 ml minyak jagung - saya guna minyak masak rapeseed
1 1/2 sudu teh esen vanilla
227 gm nenas dalam tin ~ tak perlu toskan - saya guna kurang sket jer daripada ni sebab memang banyak tu jer dalam tin tu
400 gm pisang masak ranum
Cara-cara :
Bakar dahulu kacang walnut di dalam oven selama 10 minit pda suhu 180 degree celcius. Tunggu sejuk dan cincang kasar-kasar.
Pisang dilenyek halusdan isi nenas tadi saya kisar sebentar sahaja menggunakan blender. Tujuan nya utk mendapatkan tekstur yang tidak berapa halus dan kasar. Nak cincang pun boleh, tapi saya nak cepat.
Seterusnya, asingkan bahan-bahan kering dan basah. Bahan kering seperti tepung, gula, garam, soda dan serbuk cinamon. Tepung, serbuk cinamon, soda dan garam kita satukan dan ayak.
5 comments
krim dia betul betul menggoda
ReplyDeleteSedapnya tengok. Pandai sis buat kek :)
ReplyDeletehaaaaaaaaaaa kek ni laa kawan lieya kat fb dok buat...bace name kek dan tegeliat lidah...pastu dok pikir2 kek ape laa ni...awat namenye pelik bebeno heheheeheheh....
ReplyDeletepandai nany buat...bile dah di touch up dgn krim nampak sedapppp betul......kemas jek nany buat...pandai...lieya bab2 kek ni mmg surender....tak reti....takut bantat...buat kek senang mcm kek pisang tu mampu laa kakaakakakaka
sedapnya nampak.. seko pon cantik n simple..
ReplyDeletecntiknya deko kek..
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.