Resepi Kek Viral : Fruit Pastry Cake Yang Sedap!
Assalammualaikum w.b.t
Lately ramai yang berkongsi kek viral fruit pastry cake ini. Bila tengok resepi sebenarnya takder susah mana. Yang macam kena usaha sikit la beli bahan-bahan dia.
Masa 1st time buat aritu, ada few bahan yang tak ada. Hasilnya, kek agak kering sedikit dan faktor lain juga adalah masa timbang all the ingredients tuh rasa macam kurang tepat jer. Huhuhu..
Kek ini rasanya masam-masam manis dan moist juga. Tak der la muak ke ape..just nice masuk tekak. Cuma anak-anak ku ini kurang sikit makan buah-buahan atas tuh.Takkan nak letak durian naakkk oi?
Semua buah-buahan di atas merupakan yang segar. Kecuali buah peach dari dalam tin. |
Terima kasih Azlita kerana sudi berkongsi resepi ni yer.
Bahan-Bahan :
100 gram unsalted butter
135 gram gula kastor ( Resepi asal 200 gram ) Saya ambil sesudu dan gaul rata pada buah-buahan segar yang telah dipotong ( strawberry )
50 gram sour cream ( Saya campur dengan yogurt asli sebab nak habiskan stok yang tinggal sesudu tu jer)
3 biji telur gred A ( Tadi pun saya perasan campur 2 size gred A satu lagi size B kot )
1 tsp esen vanilla
1 biji zest orange yang diparut ( ambil yang warna oren sahaja yer )
210 gram tepung gandum ( saya guna tepung gandum halus )
1 tsp baking powder
Buah-buahan citrus . Saya guna strawberry, blueberry dan peach.
![]() |
Untuk yang nak tau brand apa saya beli buah peach. Saya beli di Giant Bandar Kinrara. Recommended sangat kalau beli brand ni sebab size dia just nice tau. |
Panaskan oven terlebih dahulu.
Sediakan loyang yang sudah dialas dengan kertas baking sheet.
Putar butter bersama dengan gula dan sour cream sehingga gula hancur / gebu.
Masukkan telur satu persatu. Diikuti dengan esen vanila dan parutan kulit oren.
Jangan panik kalau tengok adunan jadi berbintil-bintil. Memang normal begitu yer.
Dengan perlahan-lahan, masukkan tepung dan baking powder yang sudah diayak ke dalam bekas mixer tersebut. Kaup balik kan sahaja dan kacau rata. Make sure adunan digaul sebati yer.
![]() |
Loyang yang sudah dilapik dengan baking sheet. Size loyang ni adalah 8"x8"x3" |
![]() |
Masa ni dah masuk tepung dan stage kaup balik everything biar bersatu. |
![]() |
Tuang ke dalam loyang dan susun buah-buahan tersebut |
![]() |
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 200 degree celcius selama 45-50 minit ataupun sehingga masak |
![]() | |
Bila dah siap, keluarkan dari oven dan letak di atas derai kek untuk bagi kek ni cepat sejuk. |
Taraaaa~~~~ Ready untuk dibawa sebagai buah tangan ke rumah adik ipar. Maaf ler, nak senyum pun susah sebab braces punya pasal. HAHAH! |
4 comments
Ramai dh tgk org share kek viral ni ..lama juga xbaking.. Yummy nmpknya
ReplyDeleteada nampak jugak kat FB nak merap kawan suruh buat la
ReplyDeletekiteee suka kek2 ade buah ni.. lagi2 yang peach tu laju nak korek dulu hahaha.. viral pun CT jenis malas kak memang x jalan le baking2 ni hehe.. suka juga tengok orang baking tp cheqq surrender =D
ReplyDeleteSukaaa lah tengok orang buat kek ni sebab nampak colourful sangat!
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.