Teknik Mengambil Gambar 'Starburst' Matahari

By Wednesday, September 05, 2018 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Pagi ini terasa nak berkongsi cara mengambil gambar matahari untuk menghasilkan 'starburst'. Beberapa percubaan telah dilakukan pada pagi kelmarin dan pagi ini. Alhamdulillah, saya rasa hasilnya memuaskan untuk diri saya yang beginner ini. Seronok tengok ciptaan ALLAH S.W.T. Buat kita rasa lebih menghargai ciptaanNYA dan rasa lebih kehambaan.

Tips yang saya kongsikan ini adalah untuk mereka yang mempunyai kamera mirrorless ataupun DSLR/SLR. Boleh la nanti korang semua cuba follow try and error kekdahnya.

Tip 1 :

Kena ada matahari dan cuaca pagi tuh kena cerah. Kalau mendung nampak berawan dan matahari tak munculkan diri , saya nasihatkan supaya tunggu dulu hari yang ada matahari keluar.

Tip 2 :

Sentiasa ingat untuk bawa kamera anda. Memandangkan saya memang menyupir anak-anak ke sekolah. Jadi, saya akan make sure untuk bawa kamera sekali. Jangan lupa charge battery yer kawan-kawan. Takut nanti frust bila nak shoot gambar banyak-banyak sekali battery flat. Aduiii..potong mood sungguh kan!

Tip 3 :

Lokasi yang tepat sangat memainkan peranan. Kebetulan, tempat saya ambil gambar starburst tuh betul-betul di kawasan tempat letak kereta sekolah anak saya. Memang mudah sangat kerja saya untuk ambil gambar tadi.

Tip :

Seting pada kamera - Ini korang kena play around dengan aperture pada kamera tuh. Lagi kecik aperture (f16) , lagi jelas effect starburst tuh. Sebab bila kecik bukaan lubang untuk cahaya tu masuk, maka halangan yang ada pada blades's lense tu akan menghasilkan bentuk starburst tuh.

Kalau besarkan aperture (f1.2) maksudnya lagi banyak cahaya masuk sebab bukaan lubang lense tuh lebih luas. Jadi, tiada sebarang halangan iaitu dari blades yang datang. Imej pun nanti terang jerla, tak nampak pun bentuk matahari tuh..cahaya semata.


f-4 ( aperture )
f-7.1 (aperture)
f-11 (aperture)
f-16 ( aperture )
So,

Boleh nampakkan beza kalau kita guna aperture lain-lain? Untuk gambar-gambar di atas saya guna setting semua sama kecuali aperture jer ubah-ubah sebab nak tengok dia beza camane.

And kalau nak cerah sket..ubah pula ISO nyer. Yang ni ISO nya adalah 800.Yang kat atas tadi low ISO dalam 200 gitu.

Ini pula ISO nya dalam 1600. Cerah kan? jadinya, korang pilihlah mana yang korang suka and berkenan di hati.

Tip lain :

Kena cari spot yang boleh menghasilkan starburst gitu. Selalunya celahan pokok dan dedaunan lah. Tapi if nak guna jari pun boleh. Guna dua jari buat macam peace sign tuh. Then, cari lah sudut cakah ataupun sudut tirus.. HAHAH!

Selamat mencuba semua!


You Might Also Like

4 comments

  1. Cantik hasilnya kak Nanny. Kak memang berbakat!

    ReplyDelete
  2. Saya paling suka gambar akak yang keempat tuuu~ :D

    ReplyDelete
  3. Cantiknyaaa gambar kak Nany ambil. Wahh boleh guna tips ni nanti. Heheh

    ReplyDelete
  4. cantik kak.... yg nampak mcm bintang tuh....
    dana dh lama sgt tak guna dslr, pakai nya adalah setahun 2 pastu mls dh nk bwk ke sana sini... last2 jual kt adik hehehhe

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.