SIRI 5 : Peperangan Ahzab ( Belajar Sirah Online Bersama Doktor Jefri Irwan Haris Anjuran PETRONITA & PETRONAS )

By Tuesday, October 27, 2020 ,

Ahzab – ha za ba. Hizb – bermaksud group / gang. Ahzab adalah jamak ( many groups ). Bermaksud peperangan ini disertai oleh ramai sangat musuh kerana mereka terdiri daripada 3 kumpulan yang besar:


1) Bani Quraisy yang diketuai oleh Abu Sufyan

2) Banu Ghatafan - orang-orang Badwi yang tinggal di kawasan 'tribe' dan mereka sebenarnya adalah askar upahan dan bukanlah beriya sangat untuk menang. Tetapi perjanjian adalah, jika peperangan ini menang maka Kota Madinah akan dibahagi sama rata.

3) Orang Yahudi Madinah - Bani Quraizah. Mereka ini sepatutnya di bawah perlindungan Nabi S.A.W, tetapi mereka merancang untuk belot Nabi dan orang Islam.

Peperangan Azhab ini berlaku pada tahun 5H. Sahabat-sahabat Nabi mengetahui bahawa tentera yang akan melawan mereka nanti adalah terlalu ramai. Mereka berasa sangat takut sehingga ALLAH S.W.T mengatakan hati/jantung mereka berada hingga ke kerongkong.

Berapa takutnya mereka dengan peperangan yang satu ini. Mereka juga sudah ada perasaan ragu-ragu terhadap ALLAH S.W.T.

Pengajarannya adalah - It's OK to be worried. Perkara ini jarang ditekankan dalam kehidupan kita. Kebiasaannya masyarakat kita merasakan hidup ini terlalu 'strict'. 

Soalan-soalan seperti, ALLAH tolong aku ke tidak hari ini?

Sepatutnya jawapan dari kita adalah,  InshaALLAH, ALLAH S.W.T akan tolong kamu.   

Ianya akan menaikkan buah-buah Iman. Ada masa kita ada doubt, marah, merajuk dan enggan bercakap dengan tuhan. It’s totally normal.

Orang-orang Islam tetap menggali parit dan tiba-tiba terjumpa batu besar yang susah sangat untuk dipecahkan. Lalu, Nabi S.A.W turun ke dalam parit tersebut .Dengan lafaz bismillah, Nabi S.A.W pukul batu tersebut dan batu itupun pecah sebahagian. Lalu Nabi S.A.W pun berkata "Allah melihatkan kepada ku kunci Yaman".

Kemudian dia pecahkan sebahagian lagi, Nabi S.A.W berkata " ALLAH beri kepada kita kunci Syam"

Kemudian dia pecahkan batu sekali lagi, Nabi S.A.W berkata " ALLAH berikan aku kunci kepada Iraq"

Dalam keadaan yang makanan, air tidak cukup dan hampir dengan peperangan.  Nabi beri semangat yg diwahyukan oleh ALLAH S.W.T. Negara-negara yang disebut oleh Nabi S.A.W adalah negara yang mempunyai tamadun yang hebat.

Namun ada juga orang yang munafik yang menyindir.

Apa la….makan , minum pun tak cukup berangan nak tawan negara lain. 

Tetapi orang-orang Islam sangat percayakan kata-kata Nabi S.A.W. Mereka terlalu gembira dan bersemangat dengan berita yang disampaikan. Ternyata apa yang dikatakan oleh Nabi S.A.W itu semuanya benar belaka. Pada pemerintahan Umar Al-Khattab , semua tempat yang disebutkan itu menjadi jajahan Khalifah Ar-Rasyidin.  

Dalam kerisauan, datang seorang lelaki bernama Nua’im dari Banu Ghatafan yang menyelinap masuk dan datang ke khemah Nabi S.A.W . Dia bagi salam kepada Nabi dan beritahu mahu masuk Islam. Ini bukti bahawa hidayah ALLAH tidak salah alamat.

Nu’aim mahu membantu orang Islam dan dia bertanya kepada Nabi,  bolehkah jika tolong dengan menipu? Nabi S.A.W pun menjawab boleh, kerana peperangan itu sendiri adalah adalah tipu daya.

Dalam peperangan it’s OK utk hitamkan rambut supaya nampak muda dan dapat menakutkan pihak musuh.

Keislaman Nu’aim hanya diketahui oleh Nabi S.A.W sahaja. Dia pergi terus kepada banu Quraizah ( Yahudi ) dan berbincang dengan mereka. Kata Nu'aim:

Peperangan kita ni  memang best kalau kita menang. Tapi aku risau kalau kita kalah sebab aku yakin, orang-orang aku takkan berperang dengan bersungguh.

Dan aku juga yakin bahawa Quraisy akan lari dahulu. You know what , kau akan kena paling teruk. Confirm kau semua akan dibunuh kerana kamu semua pembelot.

Lalu Nu’aim mencadangkan untuk menghantar surat kepada kedua-dua pihak. Minta 70 orang dari setiap kumpulan untuk disimpan dalam kem kau sebagai insurance. Jadi, nanti susah lah mereka nak lari dlm medan perang. Bapa, abang, adik ada dalam kem itu. Mereka pun bersetuju.

Selepas itu, dia pergi pula di sebelah pihak Quraisy pula,  dia cakap :

“Hei Quraisy, tadi aku dengar berita buruk. Orang Yahudi di Madinah takut kalah. Jadi dia dah belot pada kita. Mereka dah janji dengan Nabi, sebagai tanda menyesalnya yahudi ini , mereka berjanji untuk bunuh 70 orang Quraisy dan 70 orang Bani Ghatafan.”

Asalnya, orang Quraisy tidak percaya. Lantas Nu’aim pun berkata, “kau tunggu la apa yang aku cakap, semuanya betul nanti”

Setelah beberapa jam

Datanglah Bani Quraizah meminta 70 orang Quraisy untuk insurance. The same goes to Bani Ghatafan. Akhirnya all groups bersangka-sangka. Mereka tidak percaya antara satu sama lain.

Dalam kelam kabut tu, Abu Sufyan cakap. “Lantaklah apa yg terjadi, esok kita perang sahaja walau apa pun yang terjadi”

TIba-tiba datang surat balas dari Yahudi.  Dalam surat tersebut meminta untuk peperangan ditangguhkan pada hari lusa. Terus Abu Sufyan tidak  percaya. Apa yang tidak diketahui oleh Abu Sufyan adalah – Hari Sabtu adalah hari untuk agama sahaja buat orang Yahudi. Mereka tidak akan buat apa pun kecuali hal-hal agama sahaja.Mereka juga percaya bahawa, hari Sabtu adalah hari tuhan mereka berehat.

Akhirnya dalam kekalutan, Abu Sufyan pun bercadang untuk bermesyuarat malam sebelum peperangan berlaku.  Tetapi sebelum mesyuarat itu bermula, ALLAH S.W.T turunkan angin dan hujan yang sangat lebat. Semua makanan dalam mangkuk tumpah, khemah tercabut. Menyebabkan semua orang hilang motivasinya.

Nabi berada di Madinah mendapat perkhabaran tentang mesyuarat yang akan dilakukan oleh Abu Sufyan ini.

Waktu Nabi SA.W dengar yg Abu Sufyan nak meeting pasal plan perang esok. Nabi cakap, aku perlukan 1 volunteer utk pergi ke tempat musuh utk dengar apa yang Abu Sufyan nak cakap. Nanti dia akan bersamaku di  JANNAH. 

Semua sahabat ketika itu sedang  duduk , berkelubung dan tiada sorang pun cakap "aku ya rasulullah!" Sebab semua orang dah terlalu penat, lapar dan sejuk.

Nabi S.A.W ulang semula tawarannya kali ke-2

Hingga kali-3, Juga tiada siapa pun yang bangun,

Ini menunjukkan mereka juga manusia. Tetapi tiada siapa yang volunteer. Lalu, Nabi S.A.W pun sebut nama Huzaifah. Huzaifah berasa takut sangat. Huzaifah menceritakan, Nabi S.A.W meletakkan tangannya kepada dadaku. Lalu, badanku terasa hangat. Jadi aku rasa terus berani.

Lalu dia pun berjalan berkelebung ke arah musuh. Aku berada sangat dekat dengan Abu Sufyan dan kalau lah aku lompat sedikit, aku boleh jer bunuh dia.

Tapi Nabi S.A.W  pesan, dengar dan  bawa balik berita sahaja.

Sebelum bermulanya mesyuarat itu, Abu Sufyan berkata 'sebelum kita mula, aku nak semua orang periksa orang di sebelah who’s who. Tiba-tiba Huzaifah jadi takut sangat. Sebelum orang tanya aku, aku tanya org lain dulu. Lantas, dengan pantas dan yakin dia pegang orang sebelah kanan bertanyakan nama dan asal usulnya. Selepas itu, dia bertanyakan pula orang di sebelah kirinya pula. Oleh kerana dia kelihatan sangat yakin dan berani, maka tiada sesiapa pun yang bertanyakan asal usulnya. Terselamat lah dia.

Akhirnya, Abu Sufyan memutuskan yang kesemua mereka akan pulang  malam itu juga. Tiggalkan semua dan tidak jadi berperang.

Ketika Huzaifah mahu pulang ke Madinah. Dia jumpa 20  tentera berkuda yang pelik dan kacak-kacak belaka. Kata salah seroang darinya "

Cakap pada ketua kamu, kami sudah buat kerja kami"

Nabi S.A.W memberitahu bahawa itulah sekumpulan Malaikat yang ALLAH turunkan untuk bantu kita. Malaikat datang untuk takut-takut kan mereka.

Sebab itulah Abu Sufyan putus asa. Jadi, perang Azhab pun selesai. Nothing really happen walaupun perang itu dirancang dengan begitu teliti. 

Marilah kita memahami lafaz takbir hari raya yang mengigatkan kita dengan peperangan Ahzab ini :


    لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ
    Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa
     
    صَدَقَ وَعْدَهُ
    yang benar janji-Nya

    وَنَصَرَ عَبْدَهُ
    dan yang menolong hamba-Nya

    وَأَعَزَّ جُنْدَهُ
    dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin)

    وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ
    dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya

    لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
    Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar

    اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ
    Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian

Bukti yang ALLAH mampu buat apa sahaja. Kerja kita hanya berusaha, berdoa dan bertawakkal.

You Might Also Like

3 comments

  1. Terima kasih atas perkongsian, dapat ilmu jugak ni... lama dah tak baca

    Kak, dana nk mintak alamat akak... nnti hantar kt email dana ye
    norhidana@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok Dana...akak dah emailed :) Syukran Dana...

      Delete
  2. Suka dengan perkongsian begini. Sesekali dapatlah tambah ilmu sambil blogwalking. Tqq sharing kak Nany

    ReplyDelete