Pengalaman Membuat "Health Screening" di Hospital Beacon, Petaling Jaya
Assalammualaikum w.b.t
Begini lah apabila usia menginjak ke umur 40-an. Penjagaan kesihatan dalaman dan luaran diberi penekanan. Saya membuat keputusan untuk membuat "Health Screening" setelah begitu lama tidak mengulanginya. Antara pemeriksaan yang saya buat setiap tahun adalah ujian pemeriksaan darah, air kencing dan juga tekanan darah. Itupun ada masa saya terlupa atau saya sendiri menangguhnya tanpa sebarang sebab yang saya juga tidak pasti. Bagi ujian pap smear pula, perlu dilakukan setiap dua tahun sekali.
Hospital Beacon di Petaling Jaya menjadi pilihan saya kerana pencapaian di Google Review nya agak tinggi. Juga, sebelum ini pihak Beacon Hospital sendiri pernah menghubungi saya untuk membuat pemeriksaan kesihatan bersama suami secara percuma. Namun begitu, keadaan tidak mengizinkan kerana suami saya bertugas di luar negeri. Kemungkinan ianya pada tahun 2017 - 2018.
Sehingga lah saya sendiri bertekad untuk mengambil salah satu pakej pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan. Boleh klik di sini untuk melihat pakej-pakej yang ada. Setelah meneliti dan melihat kepada bajet yang ada, akhirnya saya memilih pakej seperti di bawah :
Harga selepas diskaun adalah sebanyak RM1499. Saya tidak pasti sehingga bila promosi ini berlanjutan tetapi boleh lah menghubungi pihak Beacon sendiri untuk mengetahui lebih lanjut.
Antara pemeriksaan kesihatan yang akan dilakukan, |
Sehari sebelum saya ke hospital, pihak mereka telah menghantar SMS sebagai peringatan. Perlu memakai kasut sukan memandangkan pakej saya termasuk 'stress test'. Saya perlu berlari di atas 'treadmill" untuk mengetahui tahap kesihatan jantung saya.
Jika dilihat pada jenis-jenis pemeriksaan di atas, ada tiga jenis pemeriksaan yang belum pernah saya lakukan seumur hidup - Breast ultrasound, Abdomen & Pelvic ultrasound dan juga Stress Test. Selain dari itu, saya pernah melakukannya tetapi kemungkinan 15 tahun yang lalu.
Jika diikutkan dari temujanji yang telah dilakukan, saya perlu berada di Hospital sebelum pukul 9.30am. Alhamdulillah, walaupun keadaan jalan raya pagi itu sememangnya sibuk, tetapi saya berjaya sampai dalam pukul 9.15am. Saya ambil Grab sahaja untuk ke sana. Setibanya di Hospital, jangan lupa ambil suhu badan dahulu dan daftar menggunakan applikasi yang pihak hospital sediakan.
Terus masuk dan naik ke tingkat 1. Keluar dari lif, boleh lah masuk terus ke Health Screening Department yang berada di sebelah kiri.
Setibanya saya di sana memang sudah ramai yang menunggu. Tetapi pendaftaran memang berjalan lancar. Laju sahaja pekerja mereka menyambut saya yang kemungkinan kelihatan 'apa nak dibuat sekarang?'Oh ye! mereka juga menyediakan sarapan dan makan tengahari secara percuma kepada sesiapa yang membuat ujian kesihatan dengan mereka. Namun malangnya, saya tidak sempat langsung menjamah makanan ataupun minuman di sini disebabkan beberapa faktor. Antaranya, nombor giliran saya sudah ke-52, bermakna ada ramai sangat orang yang menjalani pemeriksaan sebelum saya. Keduanya, ujian yang perlu saya buat agak banyak. Perlu menunggu giliran dengan sabar.
Menu sarapan adalah - roti ,biskut, telur separuh masak, air kopi, air teh , air milo ( bancuh sendiri ) |
Sementara menunggu giliran, sekiranya kita datang buat pemeriksaan di bawah inisiatif dan tanggugan sendiri, maka perlulah kita mengisi borang seperti di dalam gambar ini yer. Selepas 20 minit menunggu, no. giliran saya dipanggil dan disuruh untuk duduk sebentar. Jururawat akan menyediakan fail khas untuk setiap orang.
Senarai list yang diberikan kepada kita. Sebaik selesai setiap urusan pemeriksaan, jururawat perlu menandakan di atas kertas ini. Kalau mereka terlupa, kita kena beritahu ya.Perlu dibawa ke setiap station yang terlibat. |
Loker tempat penyimpanan barang peribadi |
Baju khas perlu dipakai sepanjang pemeriksaan dilakukan ya. Ini sememangnya prosedur mereka di hospital. Tetapi mungkin juga tidak perlu jika kita mengambil pakej yang paling asas.
Hampir 45 minit juga menunggu di hadaan bilik doktor. Tempoh masa untuk membuat pap smear ini sebenarnya tidak lah lama seperti menunggu. Dalam lima - sepuluh minit sahaja sudah siap. Oh ye, lagi satu kan. Jururawat ada bertanya sudah berkahwin ataupun belum. Juga, bila waktu akhir bersama dengan suami. Pada saya, sepatutnya isu ini diberitahu pada hari pertama janjitemu dibuat. Hal ini kerana jururawat memberitahu yang keptusan pap smear mungkin tidak akan berapa tepat.
Ujian pap smear tidak perlu dilakukan setiap tahun jika keputusannya baik-baik sahaja. Hanya perlu dilakukan dalam dua tahun sekali sahaja.
Selepas habis ujian pap semar ini, perut sudah mula berkeroncong. Tetapi saya masih tidak boleh makan lagi. Hanya boleh minum air kosong sahaja sebab ada ujian abdomen ultrasound. Ujian berikutnya adalah mengambil tekanan darah, berat, BMI dan penglihatan. Kemudian, saya perlu tunggu lagi untuk ujian ultrasound - breasts , abdomen , pelvic. Setelah 15 - 20 minit menunggu, saya perlu ke tingkat bawah kerana doktor yang ada di situ adalah doktor lelaki. Turun ke bawah, kena tunggu lagi. Masa ini, kena mula minum banyak air. Perlu penuhkan pundi kencing.
Dalam lebih kurang 5 minit menuggu, jururawat memanggil untuk melakukan ujian chest x-ray. Masa ini, baju dalam kena buka dan kalau pakai rantai, juga kena tanggalkan. Sekejap sahaja sudah siap.
Habis yang ini, saya perlu tunggu untuk ultrasound pula. Dalam dekat dua jam juga lah yer menunggu dan siap. Masa buat ultrasound di abdomen ini memang saya tidak berapa selesa disebabkan doktor kena tekan-tekan alat dia tu di atas perut saya. Terutama di bahagian tempat saya jahit pembedahan melahirkan anak. Sakit dan ngilu. Ditambah lagi dengan perasaan mahu terkencing tu kan. Huuuuuu~~~~
Selesai bab yang ini, saya terus ke tandas. Kemudian naik ke tingkat atas semula. Sedih betul apabila melihat hdangan makan tengahari sudah habis. Saya pun dalam keadaan lapar dan keletihan menunggu, terus mencari kafe hospital. Mujur lah di tingkat yang sama juga. Saya ambil nasi, ikan goreng masak taucu dan sayur kangkung goreng.
Ketika saya menikmati makanan tengahari itu, pihak hospital menelefon dan bertanya saya di mana kerana saya perlu menghabiskan ujian stress test saya. Katanya doktor mahu pulang kerana ada hal kecemasan. Masa tu , saya dah tak dapat nak fikir dengan rasional. Logiknya, saya sudah berlapar dari petang semalam dan kalau mahu saya menjalani ujian stress test tersebut, perlukan tenaga yang cukup.
Dipendekkan cerita, saya tangguhkan ujian stress test tersebut pada hari yang lain, iaitu hari Rabu minggu hadapannya. Pihak jururawat juga beberapa kali memohon maaf kepada saya. Tidak mengapalah, hal sudah berlaku. Kita lupakan dan teruskan kehidupan seperti biasa. Malas nak gaduh-gaduh panjang.
Minggu hadapannya , saya datang semula untuk buat stress test. Kena buka baju dalam dan mesti pakai pakaian yang mereka sediakan. Kemudian, jururawat akan letak alat yang disambungkan kepada wayar-wayar di bahagian dada kita. Sama seperti gambar di bawah :
Setiap dua minit jururawat akan ambil bacaan tekanan darah kita. Tiga minit pertama, kita hanya perlu berjalan perlahan sahaja, tiga minit kedua, kelajuan ditingkatkan. Masa ini dah berpeluh-peuh dah. Akhirnya untuk tiga minit terakhir memang sesak nafas dibuatnya. Hahahah~ memang kena lari terus atas treadmill tu. Saya berjaya buat sehingga habis. Jururawat memang sentiasa tanya keadaan saya. OK atau tidak. Setelah habis berlari, doktor pun datang lihat keputusan graf pada kertas yang siap dicetak dari mesin yang ada. Alhamdulillah...keputusan bagus.Saya pun terus tukar baju, makan sarapan ( saya minum kopi-O sahaja ). Tiga puluh kemudian, saya berjumpa dengan doktor untuk mengambil keputusan hasil pemeriksaan kesihatan.
Kesemuanya baik belaka kecuali tahap kolestrol saya yang agak tinggi iaitu 6.3, lebih dari tahap yang ditetapkan iaitu 5.8. Sebenarnya, kolestrol saya memang tinggi semenjak azali lagi. Kemudian, pada tahun 2017 saya aktif bersenam dan menjaga makan. Hasilnya, kadar kolestrol saya memang menurun.
Selepas itu, saya hilang fokus dan momentum. Sekarang, baru saya mahu kembali ke pangkal jalan. Doktor menyarankan supaya saya banyak minum air (2 -3 liter sehari ), banyakkan bersenam dan makan makanan yang tinggi serat. Kurangkan makanan manis dan bergaram. InshaALLAH ...sekarang, saya lebih berhati-hati dan memilih makanan apa yang akan masuk ke dalam perut. Lagi enam bulan sepatutnya ulang semula ujian lipid ini. Bagi mengetahui tahap kolestrol dalam darah selepas mengamalkan cara hidup yang sihat.
Kesimpulannya, Hospital Beacon memang menawarkan harga yang berpatutan kerana pakejnya menyediakan sarapan dan makanan tengahari. Layanannya juga saya kira bagus cuma mungkin saya datang pun sudah lewat dan ramai orang lain juga masing-masing menunggu giliran.
Nasihat saya, sila lah buat temujanji seawal pukul 7 pagi. Oh lagi satu! tempat untuk meletakkan kereta juga disediakan. Cuma saya tidak pasti samada berbayar atau pun percuma.
Jadi untuk yang belum pernah atau sudah lama tidak buat ujian saringan kesihatan, sila lah pergi ke mana-mana hospital yang menjadi pilihan. Kalau tidak mampu, usahakan untukbuat ujian lipid sahaja dahulu.
Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa lagi di lain waktu. InshaALLAH!
0 comments
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.