Jom Masuk Peraduan Sinar Harian di Hatiku 'Malaysia Indah'
Assalammualaikum w.b.t
Akhbar Sinar Harian sedang menganjurkan peraduan 'Malaysia Indah' dan apa yang menarik perhatian saya adalah hadiah-hadiah yang ditawarkan agak lumayan.
Pada saya, dengan adanya peraduan seperti ini sekurang-kurangnya dapat mengubat hati yang lara dan hari-hari yang 'murung' akibat wabak pendemik yang sedang melanda negara kita.
Peraduan ini baharu sahaja bermula pada 5 Oktober yang lalu dan akan berakhir pada 14 Disember 2020. Caranya, perlu bulatkan gambar yang betul dan tuliskan slogan yang paling kreatif untuk setiap borang penyertaan.
Sebanyak empat siri peraduan yang akan diterbitkan oleh pihak akhbar Sinar Harian. Orang ramai yang ingin menyertai peraduan ini perlulah sekurang-kurangnya menghantar 5 penyertaan. Tetapi, boleh juga jika kita mahu menghantar lima penyertaan untuk setiap siri. Menjadikan jumlah penyertaan sebanyak 20 siri.
Pada saya, untuk meneka gambar tempat menarik yang dipaparkan adalah tidak sukar kerana sekarang kita ada google yang dapat membantu.
Paling mencabar adalah bahagian untuk melengkapkan slogan. Slogan perlulah tidak melebihi dapripada 15 patah perkataan. Kita boleh sahaja menggunakan slogan yang sama untuk setiap borang. Jika mahu mencipta lebih dari satu slogan pun boleh. Ini kerana, pihak penganjur akan memilih slogan yang paling kreatif.
Pada mulanya, saya menulis di atas kertas dahulu. Tetapi, baru terfikir kenapa tidak taip sahaja di microsoft word. Lebih lestari begitu. |
Jadi tunggu apa lagi, jom lah kita beramai-ramai mencuba nasib. Mana tahu, ada rezeki dan terpijak tuah. Dapat first prize!
Saya memang suka berangan. Sebab kadang angan-angan itu menyebakan kita ada 'langkah' dan tujuan untuk mencapai sesuatu.
Akhir sekali, saya ucapkan selamat berjaya memburu impian kepada semua.
5 comments
uish mcm best je ni
ReplyDeleteMenarik! Slogan yang kreatif adalah benda yang agak susah nak dibuat!
ReplyDeleteBelum pernah join lagi heheh
ReplyDeleteJom2 join contez. Tido lewat pikir idea slogan
ReplyDeleteNak buat slogan kreatif tu yang pening..😣
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.