SIRI 6 : Kisah Fitnah Ke Atas Sayyidatina Aisyah r.a ( Belajar Sirah Online Bersama Doktor Jefri Irwan Haris Anjuran PETRONITA & PETRONAS )

By Tuesday, November 03, 2020

Assalammualaikum w.b.t . 

Hari ini, Doktor Jefri menyampaikan cerita tentang kisah bagaimana Sayyidatina Aisyah r.a difitnah dan kisah tentang penurunan ayat tentang bertayamum dan hukuman tuduhan orang berzina.


Perkahwinan Nabi S.A.W dengan Sayyidatina Juwairiyah Binti Haris Bin Abi Dar :

-        Berlaku pada 6Hijrah di satu tempat bernama Muraisi’ di mana Nabi dan Umat Islam memerangi Bani  Mustaliq. Peperangan tidak sempat berlaku kerana mereka diserang dengan mengejut dan semua lelaki Bani Mustaliq melarikan diri. Yang tinggal hanya kaum perempuan dan kanak-kanak. Semua mereka dijadaikan hamba tawanan.

-        Seorang perempuan bernama Juwairiyah menjadi hamba tawanan . Juwairiyah merupakan anak ketua kabilah Bani Mustaliq. Sekiranya beliau mahu membebaskan diri, beliau perlu membayar sejumlah wang yang banyak. Beliau tidak mampu lalu pergi ke setiap khemah yang ada sehingga lah ke khemah Nabi S.A.W

-        Nabi S.A.W offer diri untuk berkahwin sahaja dengan beliau. Tawaran itu disambut dengan sangat baik oleh Juwairiyah.

Kisah kalung Sayyidatina Aisyah yang hilang dan penurunan ayat tentang bertayamum :

-        Kali pertama hilang sewaktu Nabi S.A.W dan rombongannya berangkat mahu pulang ke Madinah. Diceritakan bahawa Sayyidatina Aisyah r.a kehilangan kalungnya adalah ketika mahu mencari tandas. Ada Riwayat yang mengatakan bahawa kalung tersebut adalah hanya berharga 5 dirham. Mengadulah Aisyah kepada Nabi S.A.W tentang kehilangan kalungnya. Nabi terus mengarahkan semua orang mencari kalung tersebut. Setelah lama dan berjam mencari, masih tidak berjumpa dengan kalungnya. Nabi S.A.W berasa penat dan tidur di atas riba Aisyah.

-       (  Kalau isteri stress, suami stress, dan menyebabkan semua orang stress )

-        Bapa Aisyah, Saidina Abu Bakr r.hu berasa marah dengan Aisyah kerana memikirkan yang dia telah menyusahkan semua orang. Abu Bakar marah dan menunjal-nunjal rusuk Aisyah sehingga Aisyah menangis.

-        Waktu itu waktu asar hampir ke hujung. Mereka belum bersolat lagi. Ketika Nabi tidur itu, baginda bermimpi tentang ALLAH S.W.T menurunkan ayat tentang bertayamum. Gembiralah semua orang ketika itu kerana memang mereka tiada air untuk dijadikan wudu’

-        Selepas itu, semasa unta Aisyah mahu bangun, terjumpa lah kalung tersebut di bawah unta yang sedang duduk itu

Aisyah tertinggal rombongan :

-        Rombongan berhenti untuk kali ke-2 selepas berjalan beberapa jam. Mereka perlu berehat dan minum.

-        Sekali lagi, Aisyah turun dari ‘kotak’ di atas unta nya untuk mencari tandas. Kalungnya sekali lagi hilang buat kali ke-2. Tetapi kali ini, Aisyah tidak mahu menyusahkan Nabi S.A.W dan orang lain. Jadi beliau pergi mencari kalungnya sendiri.

Ai Aisyah tidak sedar bahawa masa yang diambil oleh beliau untuk mencari kalung tersebut terlalu lama.Sekembalinya baginda ke tempat unta tadi berada, sedarlah beliau bahawa beliau sudah ditinggalkan. Maka menangis lah beliau sehingga tertidur.

-        Rupa-rupanya Nabi S.A.W ada melantik seorang sweeper. Beliau adalah bernama Safwan. Beliau seorang pemuda yang sangat kacak, muda dan masih belum berkahwin.

-        Tugas Safwan adalah perlu duduk di belakang sekali dan berjalan dengan perlahan. Ini adalah kerana, sekiranya ada benda atau barang yang tercicir, maka boleh lah diletakkan di dalam bekas ‘ lost and found’.

-        Maka, terjumpalah Safwan dengan Sayyidatina Aisyah r.a. Lalu berkata Safwan “Innalillalliwainnailihirojiun”. Itu sahaja yang dikatakan oleh Safwan. Mesej ini mahu memberitahu kita bahawa Safwan adalah seorang pemuda yang baik.

-        Safwan menyuruh untanya untuk duduk dan fahamlah Aisyah bahawa Safwan menyuruh Aisyah naik ke atas unta tersebut.

-        Safwan berjalan membawa unta yang ditunggagi Aisyah sehingga lah ke Madinah.

Abdullah Ibn Ubay seorang Munafik :

-        Ada seorang lelaki dari kaum Ansar ( Khazraj ) yang bernama Abdullah Ibn Ubay. Beliau tidak sangat berpuas hati kerana pada peperangan ini dia tidak mendapat apa-apa keuntungan. Kerana, setelah Juwairiyah berkahwin dengan Nabi S.A.W. Semua Bani Mustaliq yang ditawan telah dibebaskan dan mereka juga menerima Islam. 

LaLagipun, Abdullah Ibn Ubay ini dahulu sebelum Nabi S.A.W datang ke Madinah. Beliau merupakan calon yang tertinggi untuk dilantik sebagai ketua ( Menteri ) di Madinah. Beliau adalah dari Bani Khazraj. Sebelum kedatangan Nabi S.A.W ke Madinah. Bani Khazraj dan Bani A'us ini selalu bergaduh sesam sendiri.

-        Abdullah Ibn Ubay ini sejak dari rombongan tidak berpuas hati dengan kaum Muhajirin. Hatinya sangat sakit.

-        Pernah juga dia menjadi batu api kepada kaum Ansar dan Muhajirin Ketika mereka berada di suatu tempat mereka berhenti untuk berehat. Apabila Nabi mendegar hal ini, Nabi meminta untuk semua orang mengemaskan barang dan bersiap sedia untuk bertolak pulang ke Madinah.

-        Dengan cara ini, mereka disibukkan dengan hal lain. Jadi, mereka semua tiada masa untuk berfikir tentang hal ini.

-        Kisah ini memberikan pengajaran kepada kita bahawa perasaan rasa bagus lebih dari satu bangsa ( racism ) memang telah berlaku sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Hal ini juga memang diakui oleh Nabi S.A.W dan ianya akan terus berlaku sehingga hari kiamat. Hanya Iman sahaja yang meampu mengawal racism ini.

-        Setibanya di pintu Kota Madinah, anaknya sendiri iaitu Abdullah Bin  Abdullah Bin Ubay menjadi guard dengan sukarelanya di hadapan pintu masuk Kota Madinah. Sambil memegang pedang, beliau berkata “masuk lah…masuk…masuk” Tetapi apabila ayahnya tiba, dia menahan ayahnya dan berkata “Ayah, nanti dahulu kita tunggu Nabi, samada Nabi akan bagi atau tidak kamu masuk ke dalam Madinah”

-        Bertambahlah sakit hati beliau kerana anaknya sendiri memperlakukan beliau sebegitu rupa.

-        Nabi pun sampai, lalu Nabi berkata “tak apa…bagi sahaja dia masuk”

-        Abdullah Bin Ubay rasa bertambah geram kerana dia menganggap anaknya yang sudah Islam itu bertukar menjadi kasar layananannya terhadap dia seorang ayah.

Bermulanya Aisyah difitnah :

-        Setelah beberapa jam, maka sampailah Asiyah dan Safwan di Madinah. Semua orang rasa bersyukur dan gembira dengan ketibaan Aisyah.

-        Tetapi, ada seorang yang tidak gembira iaitu si munafik itu tadi. Maka, bermula lah episod di mana Abdullah B. Ubay membawa cerita yang tidak elok didengar.

-        Tugasnya hanya buka mulut yang mampu menyebabkan orang lain yg mendengarnya akan berfikir buruk tentang Aisyah. Contohnya “ Lama juga kan Aisyah dengan Safwan berdua-duaan itu di padang pasir” “ handsome juga si Safwan itu, muda pula tu”.

-        Abdullah Ibn Ubay kemudian terus menerus menjaja cerita. Sehingga hamnpir sebulan cerita atentang Aisyah berlangsung. Dari satu mulut ke mulut yang lain.Akhirnya ada mulut-mulut yang mengatakan yang Aisyah telah berzina.

-        Aisyah yang selepas pulang dari Muraisi' telah jatuh sakit ( demam ) . Tidak tahu menahu hal ini kerana dia tidak keluar rumah. Akhirnya sampailah cerita fitnah  itu kepada Nabi S.A.W

-        Nabi S.A.W sangat down dan stress kerana waktu itu tiada lagi wahyu berkenaan pertuduhan berzina. Nabi bingung dan bertanya pendapat kepada beberapa orang termasuklah 

1)  Saidina Ali Bin Abi Talib  r.hu – Kata Ali, kenapa lah nak fokus sangat pada si Aisyah ini sampai terabai politik dan pemerintahan negara. Kan ada isteri-isteri lain. Maksudnya adalah, bukan Ali mahu Nabi menceraikan Aisyah. Tetapi bertanya kenapa mahu fokus kepada seseorang sampai rosakkan kepimpinan. 

Ai  Aisyah yang dengar ini berasa sangat marah. Kisah ini juga menyebabkan tidak puas hatinya pada kes pembunuhan Uthman B. Affan. ( tak puas hati dah lama )

2) Barirah – pembantu Aisyah. Barirah rasa nervous sangat apabila Nabi S.A.W bertanya berkenaan Aisyah tentangnya. Nabi S.A.W cuma mahukan keburukan Aisyah bukannya kebaikan. Barirah tidak tahu ingin berkata apa. Kecuali dia berkata, hanya ada satu sahaja kelemahan Aisyah iaitu, ketika dia membantu aku menguli tepung di dapur, dia selalu terlelap. Ini menyebabkan pintu terbuka dan kambing-kambing datang makan tepung-tepung itu.

Aisyah berasa hati dan merajuk dengan Nabi lalu pergi ke rumah ibunya yang bernama Ummu Ruman. Aiyah menangis dengan teruk sehingga katanya rasa seperti nak pecah perut. Betapa sedihnya Aisyah ketika itu.

Setelah beberapa waktu , Nabi pun datang melawat Aisyah dan berkatalah Nabi kepada Aisyah “ Aisyah, bertaubat sahaja jika kamu buat dan jika tidak buat sabar dan pasti ALLAH S.W.T akan membantu mu”

Aisyah rasa kecil hati dengan ayat-ayat Nabi ini. Walaupun benar apa yang dikatakan oleh Nabi itu. Ini adalah kerana di mata Aisyah, Nabi itu adalah seorang suami kepadanya.

Nabi pula berkata demikian kerana dia adalah Nabi, seorang juri / hakim dan ketua negara.

-        Apabila mendengar sahaja ayat tersebut keluar dari mulut Nabi, Asiyah berasa terlalu marah dan dia berhenti menangis. Kering air matanya.

-        Lalu dia pun  dengan penuh emosi memarahi Nabi Kembali. Aisyah meminta ayah dan ibunya memihak kepada dia, tetapi mereka berdua tidak mampu berbuat apa-apa kerana yang berkata itu adalah Nabi,.

-        Pengajarannya di sini, sama sahaja. Wala u bagaimana tinggi nya jawatan seseorang itu, apabila dia berada di rumah. Dia tetap seroang ayah dan seorang suami.

 

Turunnya surah An-Nur berkenaan orang menuduh perempuan baik berzina :

﴿وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَداً وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ. إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِن بَعْدِ ذَلِكَ وَأَصْلَحُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Ertinya: "Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik (berzina)  dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq". "Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Surah an-Nur: 4, 5)

-        Aisyah berasa sangat gembira dan bangga kerana ALLAH S.W.T menurunkan ayat ini khas untuknya.

-        Lalu ibu-bapa Aisyah menolak Aisyah ke arah nabi S.A,W dan menyuruhnya berkata sesuatu / mohom maaf.

-     Namun Aisyah enggan melakukannya dan dia berkata “ aku hanya akan meminta maaf terhadap ALLAH S.W.T

Ada tiga orang yang dijatuhkan hukuman sebatan sebanyak 80 kali kerana menuduh Aisyah berzina. Mereka adalah :

Apa yang jadi pada Abdullah B.Ubay – tidak keluar pun dari mulutnya perkataan zina.Yang bercakap "zina" adalah orang yang baik-baik. Bukan orang kafir atau munafik.

1)    1)  Adik ipar nabi : Hamnah Binti Jahsy why? Sebab dia benci dengan Aisyah. Cousin dia Zainab isteri nabi. Diam ahu mengalihkan kasih saying Nabi kepada sepupunya Zainab.

2)     2) Hassan Bin Tsabit - Jawatannya hampir seperti Menteri Penyair rasmi . Syair boleh menaikkan semangat. Tidak puas hati dengan Safwan.

3)     3) Mistah Ibn Musasah – ahli Badr ( 2H )

Tiada apa-apa yg berlaku pada Abdullah B.Ubay kerana dia tidak cakap langsung perkataan ‘zina’ tersebut.

PENGAJARAN – PENGAJARAN :

1)     Jaga lidah dari berkata apa-apa yang tidak baik. Berkata benar atau diam itu lebih baik.

2)     Elakkan mendengar perkara-perkara yang negatif supaya tidak berlaku fitnah.

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.