Siri - 7 : Perjanjian Hudaibiyah ( Belajar Sirah Online Bersama Doktor Jefri Irwan Haris Anjuran PETRONITA & PETRONAS )
Berlaku pada tahun 6H.
Nabi S.A.W mendapat mimpi dari ALLAH S.W.T supaya mengerjakan umrah. Lalu, Nabi S.A.W dan sahabat-sahabat serta seluruh umat Islam di Madinah pun bersiap. Hampir 1400 orang untuk pertama kalinya menuju ke Mekah selepas Nabi S.A.W pindah ke Madinah.
Mereka semua pergi pada bulan Zulkaedah iaitu salah satu dari 4 bulan yang dinamakan bulan-bulan Haram. Dalam 4 bulan ini mereka tidak berperang kerana salah satu sebab nya ada nya Haji. Nabi S.A.W pilih bulan Zulkaedah ini supaya orang Mekah faham bahawa mereka tidak mahu berperang.
Tetapi, apabila sampai sahaja di sana, orang Mekah tidah suka. Jadi mereka halang Nabi S.A.W dan orang-orang Islam.
Empat bulan tersebut adalah :
1) Rejab
2) Zulkaedah - 1 bulan sebelum Haji
3) Zulhijjah - bulan Haji dikerjakan
4) Muharram - 1 bulan selepas Haji
Abu Sufiyan dan kawan-kawannya yang lain bertegas tidak mahu
melepaskan Nabi S.A.W dan orang-orang Islam.Mereka semua tersangkut di sebuah tempat yang dikenali sebagai Hudaibiyah. Mereka menunggu
dengan agak lama. Orang Quraisy hantar wakil –beritahu Nabi S.A.W yang tidak boleh buat Umrah, kena balik dan tiada perbincangan. Noktah.
Nabi S.A.W cuba juga berbincang sebab dah nak sampai pun dan umrah hanya dilakukan dengan masa yang sekejap sahaja, iaitu dalam 3 -4 jam sahaja sebenarnya sudah siap. Tetapi, sebab mereka berdendam –
banyak peperangan yang mereka telah kalah - Badr, Uhud, Khandak dan lain-lain.
Akhirnya adalah beberapa orang musyrikin Quraisy yang dihantar dari Mekah :
Urwah Ibn Mas’ud r.u
Asalnya adalah orang Ta’if tetapi rapat dengan orang Mekah. Beliau pergi bincang cakap dengan Nabi S.A.W. Jangan bagi masuk. Antara yg dilakukan oleh Urwah adalah memegang janggut Nabi S.A.W. Pada waktu itu, Janggut adalah maruah lelaki dan sumber untuk memalukan / main-main untuk menunjukkan kasih sayang mereka.
Ketika Urwah pegang janggut Nabi S.A.W, ada sahabat yang jadi pengawal peribadi Nabi. Namanya – Al -Mughirah r.u. Beliau dahulunya seorang gangster dan pernah bunuh orang. Beliau kemudian berjumpa dengan NabiS.A.W dan masuk Islam. Beliau marah Urwah sebab pegang-pegang janggut Nabi S.A.wW. Tangan Urawh dipukul dengan belakang pedang dia.
Urwah kenal Al-Mughirah. Sebab Urwah ini pakcik Al-Mughirah. Tapi Nabi diam sahaja dengan apa yang berlaku. Walaupun sekarang, Urwah bermusuh dengan Nabi S.A.W, tetapi selepas dua tahun nanti, dia akhirnya masuk Islam.
Suatu ketika selepas Islam sudah menang, Urwah mahu balik ke Taif, beliau mahu sampaikan ajaran Islam kepada orang-orangnya. Nabi S.A.W cakap, jangan balik lah..bahaya. Tapi dia masih berdegil juga mahu pulang. Dia yakin, tiada siapa yang berani mahu mengganggunya.Semasa beliau solat di atas bumbung rumahnya, ada orang memanahnya dan orang itu pun lari. Dia sempat lihat siapa yang buat. Immediate family dia datang dekat dia. Mereka bertanya, siapa yang buat. Tetapi Urwah cakap.." tak payah la tahu nanti kalau aku cakap kamu semua akan berperang"
Nabi S.A.W juga pernah menceritakan, semasa Isra’ Mi’raj, Nabi S.A.W berjumpa Nabi Ibrahim A.S dan baginda cakap Nabi Ibrahim A.S looks like him. Nabi Isa A.S pula looks like Urwah. Rupa Nabi Isa sebenarnya, gelap-gelap sedikit, rambut Nabi Isa A.S beralun , pekat dan basah. Wallahu’alam how closed actually they were.
Ada sesuatu yang membuatkan Abu Bakar r.u marah – Kisahnya adalah apabila Urwah pandang di belakang Nabi S.A.W. Ketika itu ada pelbagai bangsa termasuklah - Bilal, Suhaib Ar-Rumi, Bani Khazraj, Bani Aus dan sebagainya. Lalu Urwah pun tercakap:
“Muhammad, are sure orang-orang di belakang kau ini akan bantu kau? “ Kalau aku serang kau skrang, aku yakin mereka semua ini akan lari”
Abu Bakar A.S was trigged. Mana mungkin kami akan lari dahulu. Dia marah sangat, lalu balas dengan carutan. Lebih kurang ayatnya :
You go to your Al-Latta ( tuhan perempuan mereka ) dan do something bad to your god’s private part dan buat something.
Babak Urwah Bin Mas'ud dan Abu Bakr bertengkar di hadapan Nabi S.A.W
Urwah sangat terkejut. Dia tanya siapa yang cakap tadi? Abu Bakr mengaku. Kata Urwah, Nasib baik kau yang cakap. Kalau orang lain, aku akan balik ke Mekah dan bagitahu orang-oran aku dan confirm mereka akan serang kamu semua.
Rupa-rupanya Urwah ini terhutang budi dngan Abu Bakr. Sebab
dulu, ada orang minta hutang dengan kasar pada Urwah. Abu Bakr cakap..Hei jangan
kacau dia ni
Pengajaran :
Manusia tetap manusia, sesiapa sahaja boleh hilang sabar apabila sudah smpi threshold. Tapi jangan lah berbangga dengan perkara buruk yang kita lakukan.
Bagaimana Nabi berurusan dengan outburst ni :
Nabi S.A.W diam sahaja. Sebab nya orang pun dah tahu tak elok cakap benda yang tak baik. We need to change our style and be creative in dakwah.
Dalam keadaan yang kelam kabut ini, org Islam makin lama makin marah. Akhirnya, Nabi S.A.W ambil keputusan untuk hantar wakil ke Mekah. First choice adalah Umar Al-Khattab. Tapi dia tidak mahu, sebab dia kata , kalau dia pergi..confirm dia akan mati sebab dia bukan orang kesayangan.
Umar bagi cadangan , apa kata hantar Uthman B.Affan sebab dia disayangi oleh semua org di Mekah. Memang betul pun. Uthman ini sangat pleasant, sampai dijadikan menantu Nabi S.A.W sebanyak dua kali.
Ada cerita yang Nabi S.A.W pernah duduk-duduk dan peha Nabi S.A.W terdedah sedikit mungkin kerana jubah yang dipakainya agak singkat. Datanglah Abu Bakr As-Siddiq mahu bertanya soalan. Kemudian, Umar Al-Khattab pula keluar bertanya soalan. Nabi relaks sahaja waktu itu.
Tetapi apabila Uthman pula datang..dia cepat-cepat datang tutup dan cover. Aisyah r.a bertanya kenapa buat begitu hanya ketika Uthman r.u yang datang.
Jawapan Nabi S.A.W , bukan aku sahaja segan dengan dia tetapi Malaikat pun segan. Uthman ini baik sangat dan nanti akan ada ahli keluarganya yang ambil alih tugas Uthman. Cop mohor nya pun disimpan. Dia bersangka baik dengan semua orang. Ada surat yang keluar yang ada cop mohor Uthman, tapi bukan beliau yang hantar untuk bunuh seseorang.
Lalu, Uthman pergi ke Mekah untuk cuba bincang. Tapi orang Quraisy tetap degil. Uthman tertahan di Mekah kerana beliau adalah orang yang disayangi. Jadi beliau pun menjenguk orang-orang Islam lain. Jadi beliau berada lama sedikit di sana.
Uthman sudah 3 -4 jam di Mekah. Ada khabar angin mengatakan yang beliau sudah dibunuh. Orang Islam sangat tertekan. Semasa tu, Malaikat Jibrail bagitahu Nabi S.A.W, ALLAH suruh kamu semua berbaiah untuk mati.
Bersedia for what ever happened. Bai’ah sangat mahal – di bawah pokok bersama 1400 orang. Untuk steadfast, tunggu berita jika betul Uthman mati, kita kena semua ke sana.
Tiba-tiba Uthman balik, dan bai'ah pun terhenti. Menariknya – penulis buku akan tulis mengikut hirarki para sahabat yang dijamin syurga: setelah 4 org khalifah, ada 6 org , 300 ahli badar dan juga orang-orang yang hadir dalam bai'ah Ridwan.
Tiba-tiba dari jauh ada seorang lelaki. Nabi lihat dan kenal dia lalu cakap “ sesungguhnya ALLAH S.W.T sudah mudahkan urusan kamu. Suhail – means mudah. Dalam Islam tidak dibenarkan bad oments. Kalau elok OK.
Tetapi, rupanya susah juga untuk berbincang dengan Suhail. Akhirnya, Suhail dan Nabi S.AW dapat kata putus. Antaranya :
1) Umrah tidak boleh dibuat tahun ini. Buat sahaja tahun hadapan. Bila datang sini, duduk tiga hari dua malam sahaja.
2) Genjatan senjata ( tidak berperang selama 10 tahun )
3) Selepas ini sesiapa sahaja yang lari dari Madinah dan datang ke Mekah. Kami boleh simpan dia dan . Tapi kalau orang Mekah lari ke Madinah wajib dihantar balik.
Sebabnya Suhail mampak trend, apabila orang Mekah masuk sahaja Islam. Mereka akan terus lari ke Madinah. Dia cuba untuk hentikan perkara ini. Termasuklah anak nya yang bernama Abdullah. Sebelum perjanjian ditanda tangan, Ali Bin Abi Talib tulis Bismillahirrahmanirrahhim.
Suhail bantah, sebab kami tak
faham maksudnya. Tulis sahaja Bismillah. Ini adalah kerana orang Quraisy ada masalah dengan keyakinan
untuk sifat-sfat Allah S.W.T. NabiS.A.W akur sahaja kehendak Suhail.
Baris seterusnya : Ini adalah perjanjian Suhail dengan Nabi Muhammad Rasullullah. Kena bantah lagi sebab Suhail tidak setuju perkataan Rasul Allah.
Lalu Ali marah, eh..ni buli ke apa? sikit-sikit nak kena padam. Lalu, Nabi S.A.W pun beritahu, tidak mengapa,Ali, padam sahaja.
Sebelum mereka tandatangan sebagai tanda persetujuan di kedua-dua belah pihak. Tiba-tiba ada orang menjerit minta tolong “ tolong aku orang-orang Islam” rupanya Abu Jandal – iaitu, anak Suhail datang.
Dia lari pada orang Islam. Tetapi Nabi S.A.W memandang tempat lain. Apa kata, kau lepaskan sahaja…kali ini sahaja. Kata Suhail "No way, sebab aku dah lepaskan satu anak" ( iaitu Abdullah ) .
Akhirnya, Abu Jandal diseret. Lalu Umar pergi ke Abu Jandal..dia cakap “Kami tidak dapat buat apa-apa, tetapi kamu boleh buat sesuatu, ambil pisau ini dan bunuh sahaja sesiapa, sebab kami di dalam ihram tidak mampu melakukan apa-apa”. Tetapi, Abu Jandal tidak mahu melakukannya. Lantas, Abu Jandal dipenjara.
Antara babak Abu Jandal anak kepada Suhail yang diheret oleh bapanya pulang ke Mekah. ( Sumber dari cerita : Umar Al-Khattab The SeriesTermetrai lah perjanjian Hudaibiyah ini.
Selepas ini kita akan berhenti berperang. Genjatan akan berakhir pada 8H dan ada sebabnya.
Nabi mengajak semua umat Islam di Hudaibiyah untuk bertahalul sebagai penutup. Walaupun, Umrah tidak berjaya dilakukan.Tetapi kawan-kawannya nya seperti merajuk.
Ummu Salamah isterinya yang ada mengikut Nabi ketika itu – Nabi cakap. Tengoklah ummu salamah, kaum-kaum aku tidak sukakan aku. Jawapannya ‘ No, bukan macam tuh,mereka ini marah sekejap sahaja, kau buat dulu nanti semua orang lain akan buat juga “
Memang betul, selepas Nabi S.A.W buat, semua oranglain pun buat. Tetapi ada orang yang bertanya, gunting boleh tak? Sebanyak 3 kali. Nabi jawab…"semoga ALLAH merahmati orang yang mencukuri dan menggunting rambutnya “
Lalu, Nabi S.A.W dan umat Islam pun balik ke Madinah.
Abu Basir r.u
Seorang sahabat Nabi bernama Abu Basir yang ketika itu berada di Mekah telah memeluk Islam. Lalu beliau pun pergi ke Madinah. Beliau yakin bahawa Nabi S.A.W dan sahabat-sahabatnya yang lain akan melindungi beliau. Namun, apabila sampai sahaja di Madinah, Nabi cakap “tidak..aku tidak mampu berbuat apa-apa"
Dan rupa-rupanya ada dua orang Mekah yang mengikutinya. Dia ditangkap di hadapan Nabi S.A.W namun begitu, Nabi tidak mampu berkata apa-apa. Walaupun Abu Basir merayu meminta tolong.
Di dalam perjalan pulang ke Mekah, Abu BAsir telah melakukan suatu helah kepda salah seorang pengawal tersebut. Lalu Abu Basir telah membunuh seorang dari pengawal itu. Lalu, beliau pergi semula ke Madinah. Tapi Nabi cakap “Niat nya baik, tetapi tidak dapat diterima juga”
Nabi S.A.W sangat-sangat berpegang kepada janji. Walaupun janji itu dengan orang musyrikin.
Lalu, Abu Basir pun pergi lah membawa diri ke suatu tempat yang bukan di Madinah dan bukan juga di Mekah. Dia established satu kampung. Dia cakap pada orang-orang yang baru masuk Islam "kalau tidak dapat masuk ke Madinah, kita duduk sahaja di sini kerana mereka tiada tempat tinggal yang sesuai.
Mereka menjadi lanun di sana untuk nak bagi sakit hati pada orang musyrikin Mekah. Jumlah mereka pada ketika itu ialah seramai 30 orang termasuklah Abu Jandal. Mereka akan kacau dan rampas barang dagangan orang yang mahu berdagang ke Mekah.
Akhirnya, pembesar-pembesar musyrikin quraisy tidak tahan. Abu Sufyan sendiri bagi surat pada Nabi S.A.W ambillah mereka semua itu.
Lalu, Nabi S.A.W pun bagi surat pada Abu Basir untuk suruh datang ke Madinah. Tetapi, waktu itu ditakdirkan Abu Basir jatuh sakit lalu mati. Beliau mati dengan surat Nabi iu berada di genggaman tangannya. Sedih betul rasa. Terbayang usaha beliau yang bersungguh mahu duduk dan tinggal bersama Nabi, namun kuasa ALLAH S.W.T mengatasi segala-galanya. Beliau tidak sempat nak berhijrah ke Madinah.
Semoga nanti di akhirat kelak, Abu Basir r.u dapat juga bersama-sama dengan Nabi S.A.W di syurga. Amin ya Rabbal Alamin.
1 comments
subhanallah. Terima kasih
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.