Pertandingan Virtual Cita-Cita 2020 Anjuran Keluarga

By Thursday, November 26, 2020 , , ,

 Assalammualaikum w.b.t

Musim cuti sekolah ini anak-anak cuba menyertai beberapa pertandingan. Antaranya adalah Little Huffaz peringkat Antarabangsa yang dianjurkan oleh Omar dan Hana. Namun begitu, bukan rezeki Uwais untuk terpilih sebagai 40 peserta terbaik. Penyertaan pun boleh tahan ramai - seribu lebih juga kalau tidak silap saya.

Dan mereka yang terpilih memang subhanallah...bacaan yang sungguh mantap, merdu dan tajwidnya juga terbaik.

Dalam "kesibukan" Umair menghadapi PAT di rumah, sempatkan juga menyiapkan lakonan Uwais untuk pertandingan cita-cita yang dianjurkan oleh 'keluarga'.

Rezeki anak-anak apabila dua hari lepas saya menghantar mesej kepada pihak penganjur bertanyakan kekosongan. Mujur ada tinggal satu sahaja lagi. 

Jadi peluang yang ada kita manfaatkan bersama-sama.

Saya juga tidak ketinggalan untuk menjadi watak tambahan. Bukan mudah rupanya  mahu berlakon. Jalan cerita, skrip, watak, pakaian, gaya dan aksi menjadi perbincangan kami bersama.

Berpeluh juga mahu memastikan segala-galanya berjalan seperti yang dirancang. Ada beberapa babak yang terpaksa saya keluarkan dari jalan cerita kerana memikirkan kesusaiannya.

Disamping itu, jalan cerita juga perlu jelas kerana tidak mahu tema utamanya lari. Lagi risau kalau ceritanya terlalu berdrama dan merepek meraban. Hahahah!

Alhamdulillah, mereka memberikan kerjasama walaupun agak sukar pada mulanya. Mungkin kerana faktor malu dan tidak biasa aksi nya dirakamkan.

Setelah selesai penggambaran, tibalah masa untuk menghadap laptop pula. Menyunting video, 'edit' dan memasukkan lagu.

Terima kasih, Umair kerana banyak juga dia membantu saya memberikan pendapat tentang pemilihan lagu yang sesua dan gambar dia yang kelihatan sebagai 'budak jahat'.

Saya lihat ini juga satu bentuk komunikasi yang sihat antara ibu-bapa dan anak. Berbincang sama-sama, dan membiarkan mereka berangan walaupun saya fikir kadang-kadang tidak masuk dek akal. Tetapi, layankan sahaja..maklumlah musim PKPB ini kita semua penat memerap di rumah. Anak-anak terkongkong tidak dapat berjumpa kawan-kawan.

Maka kita lah manusia yang mereka jumpa setiap hari.

Kalah atau menang, itu lain cerita. Pengalaman itu adalah yang lebih penting. Semoga ianya menjadi kenangan untuk anak-anak apabila mereka dewasa nanti.

Sila tonton lakonan penuh mereka di link bawah ini :


You Might Also Like

2 comments

  1. Comel je tgk diorang heheh btw semoga dimurahkan rezekii

    ReplyDelete
  2. hehe comel.. insyallah nanti besar jadi orang hebat..
    saya da subscribe Channel.
    jemput subscribe channel saya : SitiYangMenaip =)

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.