Projek Binaan 3D - Robot dan Kereta Perang dari Barang Kitar Semula
Antara tugasan yang diberikan oleh mua'llim dan mua'llimah kepada para pelajar sepanjang dua - tiga minggu ini adalah pelbagai pertandingan untuk anak-anak mengisi masa lapang mereka di rumah.
Salah satu daripadanya adalah mencipta sesuatu model dari bahan terpakai atau kitar semula yang berkonsepkan 3D. Antaranya adalah seperti kubus, kuboid, silinder, sfera dan kon.
Setelah berbincang, kami bersetuju untuk membuat robot dan juga kereta perang. Bermula lah episod mencari semula 'sampah' yang telah dibuang. Kebiasaannya setelah sesuatu bekas atau cawan kertas digunakan, kami akan membasuh dahulu sebelum dibuang ke dalam tong sampah khas.
Tong sampah ini tidak dicampur dengan sisa-sisa makanan. Jadi, ianya masih bersih, elok dan selamat untuk digunakan.
Seronoknya aktiviti seperti ini bersama anak-anak kerana kita sama-sama bertukar-tukar pendapat. Mereka bebas menzahirkan apa yang dirasakan cantik dan sesuai.
Sebelum kami betul-betul laksanakan projek kami itu. Saya lukis dahulu di atas papan putih secara kasar bagaimana rupa hasil akhir yang kami mahukan. |
Proses menyiapkan robot ini mengambil masa hampir dua jam. Tugasan paling mencabar adalah untuk melekatkan kubus yang terdapat silinder padanya ke atas badan robot tersebut. 'Double sided' tape juga tidak lah sekuat yang diharapkan.
Jadi, saya lekatkan sahaja menggunakan pita pelekat biasa. Baru OK dan kelihatan seperti yang diharapkan. Pada awalnya, kaki robot itu kami mahu menggunakan cawan kertas tetapi setelah menyedari bahawa ada bahan lain yang lebih menarik yang saya jumpai. Maka, idea asal itu digantikan dengan idea yang baharu.
Ianya adalah penapis udara yang sudah hilang keberkesanannya untuk digunakan. Cuma ianya silinder yang perlu dibaringkan, jadi perlulah disandarkan robot itu mencari kestabilan yang sempurna.
Selesai dengan robot, kami cuba menukarkan ianya kepada objek yang lain pula. Kali ini giliran si adik pula memberi idea dan pandangan.
Uwais ingin menghasilkan sebuah kereta perang. Lalu, kami berbincang bagaimana penambahan atau pengurangan yang dapat dilakukan. Hanya tukar kedudukan kubus, silinder, tampal kertas putih pada kedua bahagian sisi kereta tersebut. Penambahan lain adalah meletakkan tayar dan beberapa kotak kecil di bahagian atas kereta perang supaya kelihatan tidak terlalu kosong.Disebabkan pada bahagian hadapan kereta perang cipataan Uwais ini agak berat. Jadi, kedua-dua tayar telah menjadi pancit. Akhirnya, kami hanya meletakkan kedudukan tayar nya seperti gambar di atas.
Sebenarnya tugas sampingan lain adalah murid-murid perlu menyatakan berapa jenis bentuk 3D yang digunakan.Pada pendapat saya, aktiviti seperti ini membolehkan anak-anak berfikir dengan lebih kreatif, memggunakan kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah seperti ketidakseimbangan, kemahiran bekerjasama, komunikasi dua hala dan belajar menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap tugasan dan kebersihan.
Semoga artikel kali ini menjadi panduan dan manfaat kepada pembaca semua.
1 comments
ehee robot tu teringat Wall-E.. ada iras iras hehe..
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.