Resepi Keto Chocolate Chip Muffins
Semasa pergi kedai buku Popular di Sunway Pyramid semalam, kami terjumpa sebuah majalah resepi makanan keto. Antara pilihan yang ada adalah , kek, manisan dan lauk-pauk. Harga majalah tersebut adalah RM29.50. Setelah kami membelek isi kandungannya, kami berpuas hati lantas membelinya.
Dan hari ini, pertama kali kami mencuba salah satu resepi yang ada di dalam majalah tersebut. Pemilihan resepi 'chocolate chips muffins' ini adalah kerana bahan-bahannya yang sudah sedia ada di dapur. Ditambah lagi, penyediaannya yang agak mudah. Tiada melibatkan mesin pengisar atau pengadun. Semuanya dilakukan tanpa mesin.
Bagusnya majalah tersebut diselitkan juga fakta-fakta dan informasi berkenaan bahan-bahan berasaskan keto. Biasanya, bahan utama untuk membuat kek atau muffin atau roti adalah dengan menggunakan tepung gandum. Namun, tidak dengan makanan yang berasaskan resepi keto. Tepung almond / kelapa adalah bahan utama yang digunakan.
Gula pasir pula digantikan dengan pemanis lain yang dikenali sebagai erythritol. Saya lebih menyukai eryhtritol berbanding stevia kerana ianya tiada kesan selepas rasa ataupun 'after taste'. Bahan-bahan keto ini memang agak mahal dan sukar didapati di kedai atau pasaraya yang biasa. Kami membelinya secara online di Shopee.
Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang erythritol, boleh lah pergi ke laman web ini :https://ibucergas.com/erythritol-nampak-macam-gula-rasa-macam-gula-tapi-bukan-gula/
( Terima kasih ibucergas kerana berkongsi maklumat tentang makanan-makanan yang sihat )
Bahan-bahan untuk membuat Keto Chocolate Chips Muffins :
96g - Almond flour
50g- unsweetened cocoa powder
100g - erythritol
1-1/2 tsp - baking powder
1 tsp vanilla extract
3 - eggs
160ml - double cream ( saya guna krim putar - whipping cream )
85g - butter ( melted )
85g - sugar free chocolate chips
Langkah-langkah untuk membuat Keto Chocolate Chips Muffins :
1) Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.
2) Satukan bahan-bahan kering di dalam bekas yang bersesuaian. Kacau bahan-bahan tersebut menjadi sebati.
3) Satukan bahan-bahan basah - telur, perasa vanilla, mentega yang dicairkan dan krim putar di dalam bekas yang berlainan.
4) Tuangkan campuran bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau dan kaup balikkan adunan sehingga tiada ketulan.
5) Masukkan chocolate chips mengikut citarasa masing-masing.
6) Sendukkan sehingga 3/4 penuh ke dalam bekas muffin.
7) Bakar di dalam oven selama 20-30 minit ataupun sehingga masak.
Saya syorkan agar tunggu sehingga muffin betul-betul sejuk baru lah dimakan. Rasa muffin ini pada saya sama sedap seperti muffin yang menggunakan d tepung biasa. Malah, tekstur luaran dan dalamannya lebih lembut dan lembap. Cuma memang kurang manis dan ada rasa pahit sedikit kerana penggunaan jenis chocolate chips.
1 comments
bagus resepinya. menyihatkan sambil menikmati makanan yang sedap
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.