Siri - 8 : Umrah Nabi S.A.W Bersama Orang-orang Islam ( Belajar Sirah Online Bersama Doktor Jefri Irwan Haris Anjuran PETRONITA & PETRONAS )

By Thursday, November 12, 2020 ,

 

Berlaku pada tahun 7H. Ianya sambungan kepada Perjanjian Hudaibiyah yang menyatakan bahawa Umrah akan dilakukan pada tahun hadapan. Maka Nabi S.A.W bersama 2000 orang Islam menuju ke Mekah

Sebelum itu, ada khabar angin sampai ke Madinah mengatakan bahawa Nabi S.A.W , para sahabat dan orang-orang Islam yang lain dikatakan tidak cukup makan, kurus dan berpenyakit - air tidak sesuai, iklim juga tidak sesuai ( lebih basah di Mekah) Ianya propaganda untuk bagi orang lain takut kepada Islam supaya mereka tidak berhijrah ke Madinah meninggalkan Mekah

Lalu, Nabi S.A.W ubah tiga perkara :

1) Talbiyah - from the word labbaik - menyebut perkataan labbaikallahu secara kuat dan bersemangat

2) Pakaian ihram bahagian atas hendaklah didedahkan pada sebelah kanan. Hal ini sengaja dilakukan oleh Nabi S.A.W untuk menunjukkan yang semua orang Islam di Madinah sihat, tidak kurus dan tidak cukup makan

3) Berlari-lari anak untuk tiga pusingan yang pertama kemudian berjalan seperti biasa di sebalik Kaabah. Hanya untuk menunjukkan kepada orang-orang Musyrikin Mekah yang mereka sebenarnya OK, kuat dan sihat 

Seterusnya yang dilakukan adalah sa'i dan bertahlul. Cumanya para sahabat terkejut dan mengatakan 'Astaghfirullah' apabila Nabi S.A.W mengarahkan mereka semua melakukan ibadah Sa'i 

Kemudian, turunlah ayat “sesungguhnya Bukit Safwa dan Marwah adalah Syiar Allah – siapa yang berhaji atau berumrah maka It’s OK untuk tawaf di antara ke duanya"

Ini adalah kerana, sebelum ini ada satu patung yang besar di Safwa dan Marwah. Kedua-dua patung ini dibuat sempena manusia yang hidup sebelum kedatangan Nabi S.A.W lagi. Kononnya mereka bercinta dan berzina di dalam Ka'abah. Untuk memperingati kesalahan mereka itu, maka kedua patung-patung itu disembah.

Sa'i sebelum Nabi S.A.W adalah perlu menyentuh kedua-dua patung tersebut dan lari balik semula. Kali ini, Nabi S.A.W beritahu sahabat-sahabat – abaikan sahaja patung-patung tersebut.

Dalam perjanjian Hudaibiyah, dinyatakan Nabi S.A.W dan orang-orang Islam boleh tinggal selama 3 hari. Pada malam ke-2/3 itu, Nabi S.A.W bernikah dengan Maimunah Ibn Harith. Lalu, Baginda berniat untuk buat kenduri dan menjamu orang-orang di sana termasuklah orang Musyirikin Mekah . Nabi S.A.W cuba untuk minta tinggal lebih sehari lagi. Namun, mereka tidak membenarkan ianya berlaku

Nabi S.A.W bersama dengan rombongannya berangkat meninggalkan Kota Mekah ke Madinah. Ketika mereka berjalan beramai-ramai, Umamah Bt Hamzah memanggil Nabi S.A.W dan memberitahunya yang dia ingin mengikut baginda ke Madinah. Ketika itu, umurnya baru berusia 7 tahun. Umamah merupakan anak kepada Sayyidina Hamzah Bin Abi Talib iaitu bapa saudara Nabi S.A.W. 

Nabi S.A.W bersetuju untuk membawa beliau pulang ke Madinah tetapi ada satu masalah besar. Iaitu tentang hak penjagaan nya. Siapakah yang mahu menjaganya nanti apabila di Madinah. Lantas tiga orang sahabat Nabi dengan sukarelanya meawarkan diri masing-masing untuk menjaga Umamah. Mereka adalah :

1) Zaid Ibn Harithah ( anak angkat nabi )

2) Ja’afar Bin Abi Talib

3) Ali Bin Abi Talib

Mereka ini bergaduh antara satu sama lain. Kerana ini adalah budaya mereka. Jika, mereka mahukan sesuatu, mereka akan bersungguh-sungguh mahu mendapatkannya. Masing-masing berebut mahu melakukan kebaikan. Ja'far dan Ali adalah bapa saudara Umamah. Mereka adalah adik-beradik kepada Hamzah Bin Abi Talib, yang syahid semasa Peperangan Uhud.

Beberapa ketika untuk meleraikan pergaduhan mulut mereka itu, Nabi S.A.W tiba-tiba bersuara. Kata baginda :

"Hei Ja'afar, rupa kau ini seperti rupa aku. Kau tau tak?

Apabila Ja'afar mendengar apa yang dikatakan oleh Nabi S.A.W itu, terus beliau berasa sangat gembira dan menari-nari. Nabi S.A.W terkejut melihat Ja'afar menari. Lantas bertanya :

"Apa yang kau buat ni Ja'far? tarian apa kah ini?"

Ja'far memberitahu bahawa ianya tarian orang Habsyah. Beliau melihat orang-orang di Habsyah jika gembira, akan melakukan seperti apa yang sedang dilakukannya. 

Ja'far adalah antara sahabat Nabi S.A.W yang turut serta semasa penghijrahan ke Hasbyah suatu ketika dahulu untuk mendapatkan perlindungan Raja Najasyi.

Nabi juga memuji-muji Ali dan Zaid. Mereka pun gembira dan sama-sama menari dengan Ja'far Begitulah sikap para sahabat, ada masa mereka akan juga bergembira. Nabi S.A.W pula sangat berhikmah ketika mahu meleraikan pergaduhan mereka itu.

Dengan mengalihkan perhatian dan tumpuan. Kata-kata baik yang dilontarkan supaya suasana yang agak tegang itu mejadi damai.

Akhirnya, Nabi S.A.W memutuskan Ja'far lah orang yang paling layak untuk menjaga Umamah kerana isteri Ja'far adalah adik beradik kepada ibu Umamah , isteri Hamzah yang bernama Salma Binti Umays. 

Alasan lebih kuat adalah, seorang anak itu akan lebih senang dan rapat dengan ibu saudara sebelah ibunya. Memang benarlah tindakan Nabi S.A.W itu, kerana jika kita ditanya antara ibu saudara sebelah ayah atau ibu yang kita rapat. Kebnayakkannya kita akan menjawab, ibu saudara sebelah ibu. 

Ini adalah kerana, ibu saudara sebelah ibu kita ibarat ibu kandung kita sendiri. Walaupun, ibu saudara sebelah ayah kita juga baik dan tiada apa-apa masalah.

 



 


You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.