Review Waffle Maker - Russell Taylors Belgian Waffle Maker with Temperature Control (Stainless Steel) WM-25

By Friday, November 20, 2020

Assalammualaikum w.b.t

Hajat saya sudah lama sebenarnya untuk memiliki waffle maker memandangkan anak-anak suka kan waffle. Kebetulan, ada seorang sahabat berkongsi tentang hasil pembeliannya sempena jualan 11.11 di Shopee baru-baru ini.

Pun begitu, saya terlepas pandang hali ini namun berjaya juga membelinya tetapi di Lazada . Harganya juga sama dengan  jualan sempena 11.11 di Shopee.

Ini harga yang terbaru. Saya membelinya dengan harga RM69.90
Dalam banyak-banyak model, kenapa saya memilih model yang ini? salah satu sebabnya adalah ianya senang dikendalikan memandangkan adanya kawalan suhu. Boleh pilih suhu dari yang rendah sehingga lah yang paling tinggi. 

Saiz pun tidak terlalu besar dan kecil. Masih kategori comel dan paling menarik, apabila siap sekeping memang cuku-cukup untuk seorang makan. 

Mengenyangkan. 

Selain itu, ianya juga ringan dan permukaannya yang tidak melekat ( non-stick pan ). Cuma saya rasa kelemahannya, pemegangnya tetap panas kerana ianya bukan dari penebat.

Penghantaran pun diterima dalam keadaan yang baik. Tetapi, ada juga ulasan yang sebaliknya. Hurm...saya fikir mungkin ianya berlaku ketika banyak proses terlibat. Dari segi cara ianya dikendalikan dari satu pihak ke pihak yang lain.


Resepi ada juga diberikan percuma di dalam manual pengguna. Disebabkan saya terlalu teruja untuk mencuba, jadi petang nya terus la menggembeling tenaga dan mengerah kudrat anak-anak untuk membantu saya membuat waffle.

Alhamdulillah, memang menjadi dan sedap! 

Cara untuk menggunakannya amat mudah. Pusing pemutar kawalan suhu di atas. Saya memilih 'max' dan tetapkan masa selama 3 minit sahaja! selepas itu, tersenyum dan berpuas hati melihat hasilnya.

Langkah pertama, sapu dahulu bahagian dalam dengan butter / minyak. Kemudian, tekan suis plug. Tetapkan suhu ke 'max'. Kedua-dua butang akan menyala. Jangan panik atau tertanya-tanya, teruskan menuang adunan waffle ke atas acuan waffle maker. Kemudian, tutup bagi rapat.

Tetapkan masa 3 minit di jam anda. Butang merah akan sentiasa menyala, tetapi butang hijau sekejap menyala dan sekejap padam. Tidak mengapa, ianya adalah proses untuk memastikan tekstur waffle masak dengan sekata.

Kesimpulannya, butang-butang itu tidak memberi 'makna' yang mendalam. Paling penting adalah tentang kawalan kepanasan.

Jadi, terus sahaja tetapkan ke bahagian 'max' tanpa was-was dan ragu-ragu ya.

Permintaan Uwais - madu dan hirisan pisang

Bentuknya jadi begini kerana aduanan sudah hampir habis. Di tengah nya gebu, di tepi sudah menipis. Cantik pula bentuknya kan?
Ini saya guna resepi Keto di mana tepungnya bukanlah gandum tetapi menggunakan almond flour

           Video penerangan tentang 'lampu merah dan hijau' ketika waffle sedang dimasak


                                               Video ketika  waffle siap dimasak.

Alhamdullillah, sekian sahaja cerita berkenaan ulasan waffle maker saya. Semoga membantu sedikit sebanyak kepada sesiapa yang sedang mencari waffle maker. Terima kasih kerana sudi membaca!


You Might Also Like

0 comments