Siri - 9 : Pembukaan Kota Mekah ( Belajar Sirah Online Bersama Doktor Jefri Irwan Haris Anjuran PETRONITA & PETRONAS )

By Monday, November 16, 2020 ,

Pembukaan Kota Mekah – 8H

Salah satu perjanjian Hudaibiyah adalah genjatan senjata selama 10 tahun. Semua orang ada perjanjian antara satu sama lain. Orang Mekah tidak akan menganggu orang Madinah dan begitulah sebaliknya. 

Namun, orang Mekah tidak berpuas hati.  – Bani Bakar ( orang Mekah )  dan Bani Khuzaah ( orang Madinah geng Nab S.A.W )  bergaduh.

Dipendekkan cerita, orang Musyrikin Mekah bantu Bani Bakar untuk serang Bani Khuzaah. Mereka bergaduh dan berbunuhan .

Apabila Nabi S.A.W dengar berita ini, maka Nabi S.AW batalkan perjanjian Hudaibiyah. Nabi S.A.W membawa orang Islam seramai10, 000 orang ke Madinah untuk berperang. ( peperangan Mekah ) .

Tetapi, peperangan tidak jadi. Nabi S.A.W bermalam 1 malam, di luar kota Mekah. Nabi S.A.W menyuruh pengikutnya membakar lampu obor banyak-banyak dan buat bising.

Ini adalah bertujuan untuk menggerunkan orang Musyrikin Mekah dan memberi isyarat bahawa mereka yang datang ini tersangat ramai.

Orang Musyrikin Mekah menjadi pelik, siapa yang ramai-ramai tu? geng Yaman ke? Ini dari mana ni? Masa itu lah, Sayyidina Abbas r.hu bapa saudara Nabi S.A.W  yang ketika itu masih merahsiakan status agama Islamnya. Beliau datang kepada Nabi S.A.W dan dia cakap, boleh tak kalau aku buat something so that no war will happen

Sayyidina Abbas lebih tua 3 tahun daripada Nabi S.A.W, tetapi pangkat bapa saudara. Orang seperti Sayyidiana Abas ni sangat luar biasa, kerana beliau boleh ambil Nabi S.AW sebagai ketua dan boleh terima arahan daripada Nabi S.A.W.

Kederkahaan yg pertama adalah Iblis kepada ALLAH. Punca dia, sombong kenapa dia perlu tunduk kepada junior.

Ada orang pernah bertanya kepada beliau,

Ya Abbas, man Akbar? Anta au Rasullullah? ( Siapa yang lebih tua )

Abbas tersenyum.

Nabi S.A.W itu lebih besar dari aku, Cuma aku ni lebih tua jer dari dia.

Sayyidina Abbas pun pergi berjumpa dengan ketua Musyrikin Quraisy iaitu Abu Suffyan untuk berbincang. Mereka masih ingatkan Abbas belum Islam.

Abbas tanya Abu Suffyan

Kau , tahu tak siapa tu?

Ntah

Itulah geng anak saudara ku . Dia nak serang kita ni. Why not, aku bawa kau jumpa dia.

Abu Sufian terkejut lalu dia dibawa oleh Abbas menaiki keldai kepunyaan Nabi S.A.W . Abu Suffian dibawa masuk ke dalam khemah Nabi.Bayangkan di dalam itu seperti di dalam kawasan yang ramai orang  duduk di sekeliling. Dari 'ring' yang besar sehingga 'ring' yang berada di tengah-tengah semakin menjadi kecil.

Apabila Saiyidina Umar Al-Khattab r.u terdengar nama Abu Sufiyan, terus beliau berkejar ke arah Abu Sufian dan dia nak bunuh Abu Sufiyan. Tetapi Abbas cakap :

 Jangan ....ini perjanjian aku. 

Umar berasa tidak setuju dan mengekori mereka berdua sehingga sampai ke khemah Nabi S.A.W  Apabila sampai sahaja mereka di hadapan Nabi S.A.W, dengan pantas Umar memberitahu Nabi S.A.W yang beliau mahu memancung kepala Abu Sufian.

Nabi S.A.W meminta agar Umar bersabar dan dengar dahulu apa yang ingin disampaikan oleh Abu Sufian.

Jauhnya salasilah keluarga Umar dan Abu Sufian. Abu Sufian dan Abbas adalah dari bani / susur galur yang sama. Iaitu, Hashim Bin Ab Manaf ( Ab Manaf ada anak lain ). Dari keturunan ini akan keluar Bani Umaiyyah iaitu dari Abu Sufian. 

Umar pula adalah Banu Adi’. Adi' Bin Ka'ab. Atas sebab ini Abbas mempersoalkan kenapa Umar terlalu benci dengan Abu Sufian. Adakah kerana Abu Sufian ini bukan dari susur galur Bani Adi'.

Umar berasa sangat sedih apabila Abbas mempersoalkan isu perkaum ini. Kata Umar, The day yang kau masuk Islam tuh , Aku suka and happy sangat dari bapa aku masuk Islam.

                     ( perbalahan antara Sayyidina Abbas dan Sayyidina Umar Ak-Khattab )  

Dalam keadaan yang tegang itu, Nabi S.A.W menyuruh Abbas membawa Abu Sufian ke dalam khemah dan tidur dahulu satu malam. Esok pagi baru berbincang semula. 

Keesokkan harinya, Nabi S.A.W bertanya , Belum masanya ke lagi kau nak terima ALLAH sebagai tuhan kamu?

Abu Suffiyan sayang sangat pada berhala Hubbal yang didapati daripada Syria. Beliau meletakkan atas Ka’bah. Ketika peperangan Uhud, apabila orang Musyrikin Mekah menang, Abu Suffiyan cakap “Hubal is the greatest” – sayang sangat pada berhala nya.

Atas keikhlasan itu dia rasakan Hubbal yang membantunya selama ini.

Seterusnya Nabi S.A.W tekankan pada Abu Sufian untuk Kalimah Syahadah yg ke-2 . Isunya kenapa perlu sayang sangat Nabi?

Nabi S.A.W berkata, belum sampai  ke waktu nya utk kau setuju yg aku ni adalah rasul mu?

Jawapannya – Muhammad, bab ini aku tak boleh nak terima. Waktu ini, dia dikelilingi oleh ramai org Islam. Abbas marah sangat siap keluar pedang. Abbas cakap, buat jer la…dah kat sini pun degil, ko nak mati ke?

                  ( babak ketika Abu Sufian ragu-ragu untuk mengucapkan 2 kalimah syahadah )  

Sayyidina Abbas bisik ke telinga Nabi S.AW. Abu Sufian ini sangat suka dengan kemegahan dan pangkat. Bagi la muka sikit kat dia, mana tahu hati dia lembut. 

(Pengajaran : Sunnah panggil Dato’, Tan Sri, etc. Respect them according what they want. If they like to be called that way…it’s sunnah to do that way)

Apabila sampai di Mekah, beliau disuruh untuk beritahu anak-anak buahnya di sana :

 Siapa sahaja yang duduk di rumah Abu Sufian dan rumah masing-masing selamat. Siapa yang duduk di keliling Ka’bah akan selamat.

Akhirnya, Nabi S.AW menuju masuk ke dalam Mekah beramai-ramai. Nabi S.A.W mengarahkan agar mereka masuk mengikut suku kaum masing-masing. (Boleh bayangkan seperti perarakan Hari Kemerdekaan)

Sayyidina Abbas dan Abu Sufian disuruh oleh Nabi S.A.W untuk duduk di tempat yg berbukit bagi melihat the magnitude suasana kemasukan orang-orang Islam ke Mekah. Pada waktu itu, dia tanya pada Abbas, ini kumpulan siapa?...yang itu pula siapa? Abu Sufian puji anak seudara Abbas.

Hebat lah anak buah kau, macam Raja. Sayyidina Abbas betulkan, dia bukan Raja tapi Nabi. Tapi Abu Sufian Cuma cakap.. Ye la..Ye la…( masih belum mahu menerima kenyataan )

Abu Sufian masih Islam separuh dan Nabi S.A.W  menerima separuh keislaman Abu Sufian. Selepas pembukaan kota Mekah, (dalam 2/3 minggu selepas itu) . Berlakunya peperangan Hunain – 

Ianya berlaku antara penduduk Ta'if dan orang Islam di Mekah. Pada pendapat mereka,orang Mekah di bawah pimpina Abu Sufian tidak boleh diharap,tidak boleh jaga Ka'bah sehingga dikuasai oleh orang Islam. Akhirnya,  orang Ta’if kalah dengan harta yang banyak – 24,000 unta .

Nabi S.A.W pulangkan semula harta-harta rampasan persang tersebut kepada Mu’allaf – org yg hati nya memang nak jinak-jinak  dengan Islam. Abu Sufian mendapat 100 ekor. Dia minta lagi 100 ekor unta untuk anak dia lagi, iaitu Yazid. Tetapi, dia masih tamak, nak lagi untuk anak dia iaitu Muawwiyah . Lalu Nabi S.A.W bagi lagi100 ekor unta kepada Abu Sufian. Keluarga Abu Sufian sahaja mendapat sebanyak 300 ekor unta!

Berkatalah Abu Sufian, Aku ingat dia raja, tapi dia bagi sahaja harta nya pada semua orang. Sepatutnya Raja akan simpan harta supaya kukuhnya kerajaan dia. Until I’m sure taht he is not a King.

One month after that Abu Sufian mengaku Nabi S.A.W itu Rasullullah.

Orang-orang Ansar tidak puas hati sebab banyak harta diberi kepada Orang Muaallaf Mekah. Nabi S.A.W berkata, Hei org Ansar, dulu kamu sembah batu dan kayu aku kan yg ajar kamu sembah ALLAH? Hei orang Madinah, dulu kau orang suka bergaduh kan? Aku lah yang jadi pendamai. Dahulu  kau orang kena buli dengan org Yahudi kan? Aku datang untuk selamatkan keadaan.

Semua orang menangis.

Selepas selesai Nabi S.A.W berkata-kata demikian. Baginda pun berkata, sekarang jawablah aku!  

Mereka kata, nak jawab apa?

Lalu, Nabi S.A.W berkata, jawablah begini :

Hei Muhammad, dahulu kau akan dibunuh oleh keluarga  kau. Kami yang selamatkan kau

Hei Muhammad, dahulu kau tiada tempat tinggal. Kami yang berikan kau tempat tinggal.

Hei Muhammad, dahulu kau datang sehelai sepinggang. Kami lah yang beri kau pakaian.

Mereka yang mendegar rasa sedih dan menyesal dengan sikap mereka yang mempersoalkan tindakan Nabi S.A.W yang memberikan banyak harta rampasan perangnya kepada Mu'allaf. 

Nabi S.A.W menambah, apa lah sangat dengan kambing dan unta itu semua. Kamu pasti akan bersama-sama aku semula balik ke Madinah. 

Pengajaran:

Kena banyak ‘memberi’ . Jangan takut sangat. Org Islam dah jadikan Islam sebagai bangsa. Memandang Muallaf sebagai low class. ALLAH bukan kita punya ALLAH milik semua orang.

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.