Rumusan seminar "Think Big Act Smart "

By Tuesday, January 21, 2020 ,

Assalammualaikum w.b.t

Berkesempatan menghadiri seminar yang disampaikan oleh Hasrizal Abd Jamil seorang guru juga merupakan salah seorang director of education Khalifah Education Foundation. Beliau kini menetap di Oulu Finland kerana melanjutkan pelajaran di sana.


Perkongsian kali berkenaan tentang  seni kreatif yang perlu kita ada sebagaiseorang guru mahupun ibu -bapa dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Samada di sekolah ataupun di rumah.

Acapkali, kita sering menerima aduan tentang pelajar-pelajar dihukum tanpa disoal siasat terlebih dahulu. Hurm...budak darjah satu pun sudah diherdik, dipukul dan dicubit. Jika itu yang kita kerap lakukan, dimanakah perasaan belas atau kasih sayang kita terhadap anak-anak?

Ada sesuatu yang menyebabkan saya terfikir apabila beliau mengatakan bahawa untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. Kita hendaklah mencintai masalah tersebut kerana dari situ, baru akan datang rasa empati dalam diri kita. Apabila, sudah muncul perasaan empati tersebut , barulah kita akan lebih waras dalam mengendalikan sesuatu masalah tersebut.



Seminar yang pada saya, bukannya kita hanya datang untuk mendengar dan melihat . Ini adalah kerana kami juga diminta untuk sama-sama meberi response melalui 'mentimeter' .

Ianya adalah salah satu alat teknologi seperti kahoot yang diguna pakai semasa seminar tempoh hari. Selain itu, kami juga diberi tugasan mengikut kumpulan dan cuba untuk menyelesaikan masalah yang diberikan dengan menggunakan teknik-teknik yang dipelajari.

Flow yang sepatutnya digunapakai untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan

Beliau kreatif dalam menyelesaikan masalah. Bukan itu sahaja, minatnya yang mendalam dalam bidang Pendidikan menyebabkan beliau tidak pernah jemu dalam mengeksplorasi teknologi untuk disesuaikan dengan pedagogi pembelajaran seterusnya disesuaikan dengan kaedah pembelajaran murid-murid di abad ini.

Perbincangan tajuk yang memerlukan kita berfikir tentang bagaimanakah kita sebagai seorang dewasa mahu menyelesaikan sesuatu masalah yang melanda. 

Tanya diri adakah kita terus menghukum tanpa menyelidik sesuatu perkara itu berlaku?

Di sini lah, kita perlu menjadi seorang yang kreatif. Tidak semestinya, kreatif itu hanya pandai melukis, bermadah dan apa sahaja yang berkait dengan bidang seni yang lain.


Kita juga harus kreatif dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Sebagai contoh kisah Stephen Covey iaitu penulis buku ‘7 habits of highly people’ . Ketika isterinya baru pulang dari kerja dan mendapati lantai dapurnya berkecah dengan pinggan mangkuk dan air.

Beliau tidak terus memarahi anaknya. Sebaliknya, beliau dengan tenang bertanya kepada anaknya apa yang dia telah lakukan. Jawapannya adalah kerana dia ingin membantu. 

Lalu, ibunya bertanya lagi.

Kenapa lantai basah dan pinggan mangkuk bersepah jika ingin membantu. Maka jawab si anak, dia tidak sampai kerana sinki agak tinggi. Lantas si ibu memberikan solusi. Menggunakan kerusi jika ingin membasuh pinggan. Beliau juga sempat memuji sikap anaknya yang ingin membantu.

Cuba bayangkan jika tadi, si ibu terus menjerit memarahi anaknya tanpa langsung bertanya kenapa. Tindakan beliau bertanya juga penuh dengan rasa empati.

Perekabentuk berempati

Empati adalah sesuatu keupayaan untuk memahami dan berkongsi masalah / perasaan dengan orang lain. Teori kepelbagaian kecerdikan oleh Gardner mendefinisikan bahawa empati merupakan salah satu daripada lapan jenis kecerdikan yang ada. Ianya dikenali sebagai “Interpersonal Intelligence”.

Antara syarat-syarat yang mesti ada jika kita mahu rasa empati hadir di dalam diri adalah :

·       Tidak menghukum / don’t judge people
·       Dengan pandangan seorang beginner
·       Dengan rasa sifat ingin tahu yang tinggi
·       Secara optimis
·       Menghormati

Menjelaskan permasalahan melalui empati:
Dengan adanya kenalpasti melalui empati, ianya dapat membantu kita untuk mengenalpasti sesuatu masalah itu dengan lebih terperinci. 

Dapatkah kita mengenalpasti sesuatu masalah tersebut jika tiada unsur-unsur empati dimasukkan? Yang mungkin kita tahu adalah dengan hanya membuat andaian yang akhirnya masalah tidak akan selesai,malah kemungkinan ianya akan menjadi bertambah berat.
Sampai sudah, tiada jalan penyelesaian!

Selanjutnya adalah langkah-langkah yang digunakan untuk kita menerangkan permasalahan melalui empati. 

1)    Pengguna
2)     Keperluan
3)     Isi Tersirat

Kita ambil contoh seperti permasalahan berdasarkan kisah benar yang dikongsikan oleh para peserta di seminar Think Big, Act Smart.  

Perlu diingatkan semula untuk kita sebagai orang dewasa yang ingin menyelesaikan masalah mereka supaya berada di dalam situasai mereka. Masukkan unsur-unsur empati seperti yang sudah dijelaskan di atas.

Contoh : Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun. Menurut guru di sekolah , pelajar tersebut kerap tidur di dalam kelas. Apabila disiasat, dia rupanya bermain handphone pada waktu malam sehingga tidak tidur. 

1)     Pengguna ( jelaskan dengan terperinci siapakah orang yang bermasalah itu)
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang ketagihan bermain permainan atas talian sehingga tidak tidur malam.

2)     Keperluan ( Apa yang diperlukan ketika dia membuat sesuatu perkara tersebut)
Mendapat kemenangan dan ramai ‘viewers’ kerana permainan atas talian yang merupakan ‘live streaming’

3)     Isi Tersirat ( Apa sebenarnya yang diingini )
Kepuasan, penghargaan dan perhatian. 

 Kesimpulannya, Kita perlu ‘sayang’ dan ‘suka’ kan masalah jika kita mahu menjadi seorang ‘problem solver’ yang baik. 

Janganlah kita terlalu cepat ketika ingin menyelesaikan sesuatu permasalahan itu. Ambil masa untuk mendengar dengan teliti dan cuba fahamkan dengan bersungguh-sungguh apa yang berlaku sebenarnya. 

Teruskan menyoal kenapa, kenapa dan kenapa. Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru / ibu-bapa di luar sana untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih baik dan berkesan. InshaALLAH.
 


p/s : Teringin sangat nak hantar Hannah ke KMSS ( Khalifah Model Secondary School ). Tetapi, jaraknya agak jauh di Sepang dan yuran nya juga boleh tahan. Saya tetap menyimpan impian ini untuk memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak. InshaALLAH..kita doa yang baik-baik ya~ semoga ada rezeki. 

You Might Also Like

3 comments

  1. terima kasih di atas perkongsian kak, buat kita terpikir supaya lebih banyak bersabar dah empati kepada si aiyan... kita sebagai ibu bapa pun banyak kena belajar ilmu menjadi ibu bapa

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. terima kasih atas perkongsian. dapat ilmu baru harini ^_^

    ReplyDelete
  3. insyaAllah kalo mak ade rejeki leh je hntr anak ke sepang tuuh., ;p

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.