Fonterra Brands Malaysia dan Chef Florence Tan memperkenalkan tiga resepi istimewa dengan menggunakan mentega Anchor dalam tin
Assalammualaikum dan selamat petang!
Petaling Jaya, 11 Februari 2020 - Anchor Food Professionals, bahagian perkhidmatan makanan Fonterra, bersama chef selebriti Malaysia, Florence Tan, hari ini memperkenalkan tiga resepi yang direka khas untuk para peminat embuat kek dan masakan dengan menggunakan mentega Anchor dalam tin yang diperbuat daripada 100% tenusu asli dari New Zealand.
Chef Florence Tan yang mengetuai demonstrasi masakan ini menyediakan tiga resepi unik iaitu kek coklat supermoist bersadur coklat, tat labu berkeju dan biskut emping jagung emas bermadu dengan badam yang mempunyai aroma yang hebat dan rasa unggul mentega Anchor dalam tin. Mentega ini diperbuat oleh pakar tenusu dari New Zealand sejak beberapa generasi yang menghasilkan antara susu yang paling berkualiti di dunia.
"Para pengguna hari ini inginkan makanan yang enak daripada sumber serta hasil yang semula jadi. Saya berasa amat bangga bahawa mentega Anchor dalam tin dapat memenuhi kedua-dua keperluan serta permintaan ini. Rasa mentega yang beraroma lazat ini tentunya datang daripada 100% susu lebu New Zealand yang diberi rumput sebagai makanan harian" kata Jack Tan, Pengarah Perkhidmatan Makanan Fonterra Brands Malaysia.
Mentega Anchor dalam tin diperbuat daripada krim segar bermutu tinggi yang diperolehi daripada 100% tenusu asli New Zealand yang kaya dengan aroma terpelihara serta kekal di dalam tin bagi memberikan kelazatan dan rasa yang unggul. Pembungkusan berkualiti tinggi memudahkan penyimpanan selain mengekalkan kesegaran rasa mentega bagi meningkatkan keenakan makanan manis dan juga berempah termasuklah kek lapis, biskut, kek paun hinggalah nasi kurma dan ayam kurma.
"Saya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Anchor Food Professionals untuk berkongsi kebaikan menggunakan mentega berkualiti tinggi demi menghasilkan makanan yang lazat. Resepi yang kami kongsikan hari ini menonjolkan rasa dan tekstur mentega bermutu tinggi yang terdapat pada mentega Anchor dalam tin dan saya berharap dapat memberikan inspirasi kepada mereka yang gemar membuat kek dan memasak untuk turut mencuba di rumah", kata Florence Tan.
Wakil media dan influencer media sosial turut menyertai sesi demonstrasi masakan bersama Chef Florence menggunakan mentega Anchor dalam tin. Resepi-resepi istimewa ini boleh didapati di :
https://www.facebook.com/AncorFoorProfessionalsMY .
Anchor Food Professionals sejak sekian lama telah menghasilkan produk tenusu dari New Zealand daripada ternakan lembu yang diberikan rumpur semula jadi. Ia kemudian dibekalkan kepada restoran, kafe dan pembuat kek dan roti bagi membolehkan mereka memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan rasa makanan yang lazat.
Ancor Food Professionals amat berbangga dapat berkongsi produk tenusu berkualiti tinggi ini dengan seluruh warga Malaysia. Produk tenusu terbaik ini adalah hasil daripada faktor cuaca di New Zealand yang sedehana di mana ternakan lembu diberikan rumput sepanjang tahun serta usaha gigih dan ketekunan dari 10,000 peladang pemegang saham Fonterra yang memiliki kepakaran an pengalaman perladangan sejak beberapa generasi bagi menghasilkan produk yang selamat dan berkhasiat.
"Rumput yang baik menghasilkan susu yang berkualiti tinggi. Mentega dari lembu-lembu ladang rumput mengandungi pelbagai vitamin dan nutrien seperti beta carotene, yang memberikan hasil mentega dari New Zealand warna kekuningan semula jadi", Jack Tan menambah.
Setiap tin mentega Anchor mengandungi 454g mentega asli dari New Zealand, dan boleh didapati di Tesco dan kedai-kedai yang menjual barangan kek di seluruh Malaysia. Pilihlah mentega yang bermutu tinggi untuk masakan dan membuat kek dan roti untuk hasil yang lazat hari ini!
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mentega Anchor dalam tin serta resepi dari Chef Florence, sila layari laman Facebook rasmi Anchor Food Professionals di www.facebook.com/pg/AnchorFoodProfessionalsMY/.
Sebagai acara akhir majlis semalam, kami sempat buat biskut menggunakan butter Anchor. Seronok betul dapat pengalaman hands-on begini. Terasa seperti berada di dalam rancangan realiti TV Masterchef 😂. Bancuhan adunan biskut semalam ada lebih, jadi saya bawa pulang dan Uwais dah awal-awal tanya bila dia dapat buat biskut tu? Nanti InshaALLAh, ada masa kita buat sama-sama ya~~
Jujurnya, saya suka rasa pastri tat labu ini. Cuma, lidah saya kurang gemar rasa cinnamon yang ada. |
Sedap, cuma manis sikit. Nanti kalau nak buat sila kurangkan gula yer. |
0 comments
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.