"Perbezaan" perlu diraikan. Bukan dirungutkan.

By Friday, February 14, 2020

Assalammualaikum w.b.t

Anak-anak merupakan manusia yang ALLAH S.W.T ciptakan dengan pelbagai keistimewaan dan bakat. Apabila mereka disatukan di dalam kumpulan yang besar maka pening jugalah para pendidik atau ibu- bapa apabila mereka tidak mahu ataupun jika mahu, hanya sekadar melepaskan batuk di tangga apabila disuruh untuk melakukakn sesuatu tugasan tersebut.

Pernah dengar Teori Gardner tentang multiple intelligences?

Genius di sini adalah milik semua manusia . Cuma mungkin kita terlalu sibuk untuk  berfikir lebih dalam mengenainya. Ataupun, kita sudah berpuluh tahun terikat dengan sistem yang ada di negara kita. Lebih fokus kepada sagala jenis peperiksaan. Dari UPKK, UPSR, PSRA, PT3, SPM. Anak-anak dipaksa untuk menurut kemahuan orang lain tanpa diberi peluang untuk mereka dinilai dari segi sudut yang lain.

Akibatnya, kita tidak mampu mengenal pasti apa sebenarnya kebijaksanaan anak-anak /  murid-murid kita. Walhal, sudah dinyatakan juga bahawa manusia yang diciptakan oleh Tuhan Yang Maha Esa adalah sebaik-baik kejadian.

Saya juga ingin berkongsi tentang apa yang saya perolehi ketika menghadiri seminar yang disampaikan oleh Dr. Leslie Barrat seorang Professor Emerita dari Indiana State University.

Tajuknya adalah :

 "Challenging and Engaging All of Your Students"

Konsep yang beliau sampaikan adalah lebih kurang sama dengan apa yang telah saya pelajari di CELT-P ( Certificate English Learning in Teaching - Primary ) course module-7. 

Tetapi, kelainananya adalah Dr. Leslie banyak memberikan 'apa' jenis aktiviti yang dapat kita lakukan bersama dengan para pelajar. Bukan satu, tapi ada lebih kurang 3-5 jenis aktiviti.

Namun pada saya, kita sebagai guru atau ibu-bapa perlu faham dalam cara anak-anak ini belajar. Apa jenis aktiviti yang mereka suka lakukan. 

Kaedah yang dicadangkan adalah, pembahagian kumpulan mengikut 'station' yang berpadukan minat / kebolehan anak-anak tersebut.

Contohnya :

Kumpulan 1 - Menggunting dan melekatkan gam
Kumpulan 2 - Mewarna
Kumpulan 3 - Membina sesuatu dengan tanah liat

Lagipun, masa tumpuan penuh anak-anak ini adalah bergantung kepada usia mereka. Jika, umur mereka 7 tahun, tambah 1 jadi jumlahnya adalah 8. Ini bermakna bahawa jumlah masa yang diambil untuk mereka yang berusia 7 tahun untuk duduk di kerusi dan melihat kita megajar di hadapan kelas adalah hanya selama 8-10 minit sahaja. 

Jika, lebih dari itu. Bersedialah anda untuk mendegar dan berhadapan dengan pelbagai aduan dari rakyat kecil ini. Antaranya :

"Teacher, I want to go to the toilet"

"Teacher, I want to go back home now. I want to play game"

"Teacher, tengok rambut saya ni. Dia buat"

Ketika ini, anda harus pandai menjaga emosi, kesabaran dan ketenangan. Sesungguhnya, mata-mata comel yang ada di hadapan sedang memerhatikan reaksi seorang guru yang cuba mengawal keadaan.


Kita perlukan aktiviti kepelbagaian untuk meraikan 'perbezaan'. Perlu bersederhana dalam semua perkara termasuk lah dalam membuat soalan-soalan peperiksaan.

Jika ada para pelajar yang memerlukan sokongan dari kita. Maka, sepatutnya soalan-soalan yang dikemukakan di atas kertas perlulah seiring dengan pemahaman dan aras berfikir mereka.

Ini penting untuk mengelakkan mereka dari berfikir yang selama-lamanya mereka tidak pandai dan rasa tidak bermotivasi untuk belajar.

Akhirnya, emosi mereka terguris. Kecewa. Ibu-bapa pun stress, lantas terus menyalahkan si anak,.

Begitulah sebaliknya yang perlu dilakukan terhadap para pelajar yang lebih ke hadapan dari kumpulan pertama di atas. Soalan-soalan yang ditanya, perlu satu level dengan aras pemikiran mereka. Jika, dimudahkan takut nanti mereka akan rasa tidak mencabar langsung seterusnya mereka akan bosan.

Kecewa
dan
bosan.


Di kelas saya ada seorang pelajar yang tidak gemar melukis.

Saya memang perasan bahawa dia akan berusaha lebih 'keras' dari rakan-rakannya yang lain apabila ada latihan yang memerlukan jawapan itu untuk dilukis. Walhal,  saya tidak memerlukan hasil lukisan yang begitu cantik  pun.

Kerana pada saya, seni itu subjektif dan kadang kala, 'less is more' itu sesutau yang memang kita cari.

Lalu saya beritahu kepada mereka bahawa terdapat dua jenis  akiviti yang akan dilakukan pada hari itu.

Ianya adalah :

1) Melukis
2) Menulis

Seperti yang sudah saya jangkakan, pelajar tersebut tidak mahu melukis dan dia mahu menulis.

Baik,

Saya berikan arahan dahulu kepada kelas untuk mereka yang mahu melukis. Selesai yang itu, saya pergi ke pelajar tersebut dan beritahu yang dia perlu buat 'mind map' bertemakan 'litter'.

Ini adalah topik yang pernah saya bincangkan pada sesi pembelajaran minggu-minggu sebelumnya. Saya berbincang dan memberi beberapa pendapat tentang apakah jenis 'punishment' jika ada di antara ahli keluarga yang tetap membuang sampah di merata tempat walaupun di dalam rumah sendiri.

Saya agak terkejut kerana akhirnya, pelajar tersebut menulis idea nya sendiri dan ianya memang sangat kena dengan tajuk 'litter' tersebut.

Alhamdulillah...kelas saya pada malam itu sangat tenang, mendamaikan dan saya pasti mereka juga gembira apabila dengan hasil-hasil karya mereka yang unik itu.

Semoga saya terus bersemangat, rajin dan dikurniakan ilham untuk membuat sesuatu yang ada kelainan terhadap anak-anak murid saya.

InshaALLAH.







You Might Also Like

2 comments

  1. terima kasih akak atas perkongsian, nanti dana nak cuba buat latihan macmani dengan aiyan juga lah... aiyan ni dia suka membaca, tapi bila di minta menulis dia tak boleh nak mengeja dengan betul... walaupun kadang benda asas, tapi bila kita suruh dia baca, dia akan baca dengan lancar dan kenal semua huruf. Tapi bila kita suruh dia eja sendiri dia jadi blur,...

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.