Cara memasak nasi untuk seorang / dua orang menggunakan periuk nasi elektrik

By Sunday, December 15, 2019 ,

Assalammualaikum w.b.t

Dalam rumah ini, saya masih menanak nasi guna rice cooker yang paling kecil tuh lagi. Amazingnya, masih cukup untuk kami 5 sekeluarga. Sangatlah tidak suka apabila nasi yang berlebihan simpan dalam peti ais lepas tuh ended up terbuang juga dalam tong sampah. Kalau di kampung boleh juga diberikan kepada ayam dan itik. Kalau di bandar ini ? Adehh...

Kadang yang tak habis tuh cuma dalam sengenggam jer nasi. Kalau buat nasi goreng pun cukup hanya untuk mengenyangkan perut Hannah. Nampak tak? isu macam ni pun kadang booleh buat daku kadang serabut memikir.

Tapi semalam lepas mencuba guna teknik ni, rasa lebih tenang dan kurang serabut. HAHAHAH~~ kalau mak saya tahu ni apa lah yang derang fikir. Takat masak nasi jer pun kan? derang dulu elok jer tanak nasi guna periuk dapur gas.

Kerak nasi memang jangan cakap lah! banyak kot. But again, during that time we have many hens and roosters to feed them. So, I don't think this issue can trigger my mom with the left over foods issue. 

 Antara sebab-sebab saya suka teknik memasak nasi menggunakan mug ini adalah

1) Tiada kerak yang tertinggal
2) Proses pencucian sangat mudah berbanding cara biasa
3) Apabila tiada kerak nasi, maka tiada pembaziran yang berlaku.

Tapi korang agak-agaklah, kalau mak, ayah, adik beradik, mak sedara, pak sedara dan jiran kampung nak datang. Takkan nak masak dalam mug juga. Nanti ada yang kena pandang atas bawah..atas bawah 😂

Cara nak masak nya pun senang saja. Paling penting kena ada periuk nasi yang sesuai untuk mug korang muat dalam tuh. Kalau periuk nasi bersaiz kecil, maka dapatlah muat satu mug saja. Memang elok untuk sorang makan.

Saya guna periuk nasi elektrik bersaiz 1.8 liter. Maka dapat muat 2 biji mug Portmerion. Kedua penting, pastikan anda menggunakan mug yang tahan panas. Kalau ada yang tulis sesuai untuk microwave. Itu lagi baik. Saya punya tak tulis pun sesuai untuk microwave. Saya guna Portmerion sebab mangkuk and pinggan derang selamat untuk dipanaskan dalam microwave.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti :

1) Sukat beras setengah cawan. Basuh dah tapis seperti biasa. Masukkan ke dalam mug yang bersesuaian. Isikan air hampir penuh ke dalam mug tersebut. ( 3/4 cawan )

 2) Kemudian, isikan air sebanyak separuh dari periuk nasi tersebut.

3) Tekan butang cooking pada rice cooker masing-masing dan tunggu nasi masak dalam tempoh 20-30 minit. ( korang boleh jer buka penutup periuk nasi tuh nak check nasi dah masak ke belum)
Rupa nasi yang dah masak
Kita ambil close-up gambar nasi yang siap dimasak. Rasanya sama jer seperti nasi yang dimasak seperti biasa. Satu mug tuh, saya boleh makan tiga orang. 1 dewasa 2 kanak-kanak. Hahaha~ tapi, kalau korang jenis mencekik atau masa tuh tengah lapo kebulur, tak pasti la cukup ke tidak.

Periuk di belakang adalah saiz yang lebih kecil. Periuk tu jugalah yang setia berkhidmat dengan kami selama 7 tahun. Beli periuk tu pun masa nak ke France dulu-dulu. Alhamdulillah...masih OK sampai sekarang.

Korang pula pernah tak cuba cara ini? atau mungkin ada cara lain juga. Kalau ada, boleh lah kongsikan dengan saya dan pembaca yang lain.

That's all and thank you for reading!


You Might Also Like

1 comments

  1. dana tak pernah try lagi cara ni kak, yelah yang makan nasi kat rumah pun edy dan aiyan cuma kadang kot nk bertambah tu payah sikit... tapi kat rumah dana biasa masak dalam 1 cawan suku je bekas sukatan beras tu... cukup lah utk 2 beranak tuh

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.