Majlis Sambutan Perjumpaan Kembali MRSM Balik Pulau 97/98 Jubli Perak 25 Tahun
Ianya diberi nama "Jubli Perak" bersempena 25 tahun kami semua meninggalkan MRSM Balik Pulau. Majlis yang diadakan bertempat di Umai Cafe, Putrajaya ini telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 100 orang alumni dan 18 orang guru.
Komitmen kehadiran dari mereka seharusnya diberikan pujian. Mana tidaknya, ada yang sanggup datang menaiki kapal terbang, menempah hotel untuk bermalam, memandu beratus kilometer dari pelbagai negeri di utara, selatan dan timur tanah air. Semoga ALLAH S.W.T mengambil ianya sebagai pahala bagi mengeratkan siraturrahim.
Pada awalnya, selaku AJK saya sendiri rasa susah nak capai target kehadiran 200 orang daripada jumlah alumni seramai 272 orang. Mula-mula nak cecah 50 orang pun sangatlah mencabar. Tetapi, atas usaha bersama AJK dan kawan-kawan yang lain. Dapat pun cecah angka 100!
Persediaan dibuat semenjak bulan Ramadan lagi. Banyaknya perbincangan melalui WhatsApp sahaja. Untuk pengetahuan ada di kalangan kami yang tinggal di luar Selangor / KL. Pembahagian tugas pun kami bahagikan mengikut kemahiran dan keupayaan masing-masing.
Ada yang jadi setiausaha, ada yang buat poster, video , deko raya, hadiah cabutan bertuah, hadiah untuk tetamu.jemput kawan-kawan dan guru-guru dan mencari penyumbang.
Tak sangka semuanya dipermudahkan dan mungkin sebab dah kenal. Jadi tiada sebarang masalah untuk menjalankan tugas masing-masing,walaupun kami ni sebenarnya dah lama sangat tak jumpa. Iya lah, faham-faham sahaja apabila ramai yang sudah berkeluarga dan punyai kerjaya yang perlu diuruskan.
Saya menjadi AJK bahagian hadiah. Bahagian hadiah ini pula kami bahagikan lagi kepada tiga jenis.
1) Cenderahati untuk diberikan kepada tetamu - Kerepek opak, fridge magnet yang ditempah khas, dodol yang dibeli melalui Shopee dan tudung yang ditaja khas oleh Hijab Designer.
2) Hadiah untuk cabutan bertuah
3) Hadiah untuk pertandingan - pakaian terbaik lelaki / perempuan, acara menganyam ketupat dan teka penulis lirik lagu raya.
Fridge Magnet yang ditempah khas. Kalau ada yang berminat boleh sahaja pm penjual ini ya : Ira @019-4767079 |
Hamper untuk cabutan bertuah tajaan salah seorang alumni |
Tajaan tudung Hijab Designer untuk semua alumni perempuan, guru-guru perempuan dan alumni lelaki yang bawa pasangan. |
Selingan - Muka gembira daapat tudung percuma, Yippeee!!! |
Nak tolong yang lain tak terdaya dengan urusan sekolah anak-anak dan pelbagai lagi di rumah ini. Kawan-kawan AJK ada yang pergi cari peralatan hiasan latar belakang di Sungai Besi untuk disewa. Tema nya pula adalah suasana kampung.
Disamping itu, ada yang sudi menaja photobooth juga. Memang sakan lah kami bergambar!
Photobooth ini ditaja oleh suami kepada salah seorang sahabat kami. Nanti kalau ada yang berminat, kalian boleh cuba pergi di FB mereka di sini : https://www.facebook.com/Silver.photobooth/ |
Perkhidmatan photobooth mereka memang terbaik termasuklah pekerja yang ramah tamah dan layan sahaja permintaan kami yang macam-macam ini. Gambar softcopy juga diberikan melalui Google shared drive.
Makanan yang disediakan pun memang sedap-sedap semuanya. Berbaloilah untuk bayaran RM50 setiap seorang. Tak cukup dengan itu, ada yang sudi bawa pelbagai kuih, kerepek dan pencuci mulut.
Acara dimulakan dengan bacaan doa dan juga nyanyian lagu maktab bersama-sama. Wah! masa ini memang mengimbas sangat masa zaman pelajar tingkatan 4 dan 5 tau. Terus terbayang dewan tempat kami berhimpun pada setiap hari Jumaat itu.
Ada yang tak berapa ingat lirik lagu maktab. Jadi, terpaksa la merujuk lirik hasil pencarian di GOOGLE. Heheh~ |
Kek dua tingkat yang juga ditaja oleh beberapa orang alumni. |
Bergambar bersama guru-guru dan rakan-rakan |
Tak sangka bahawa acara potong kek juga menjadi salah satu acara penting ketika majlis berlangsung |
Hasil akhir latar belakang untuk ambil gambar. Terima kasih banyak-banyak AJK Deko! |
Sepanjang majlis berjalan, ada juga beberapa aktiviti selingan yang dijalankan seperti, cabutan bertuah dan hadiah-hadiah ini semuanya ditaja oleh alumni. Ada yang tak dapat hadirkan diri, tetapi mereka bermurah hati untuk menaja hadiah.
Guru-guru yang tekun masing-masing menganyam ketupat |
Pemenang pakaian terbaik - perempuan |
Pemenang pakaian terbaik -lelaki |
Kami juga sempat bergambar bersama-sama. Memang meriah! Terima kasih semua yang sudi menghadirkan diri dan juga semua AJK yang terlibat dalam menjayakan majlis perjumpaan semula ini.
Kawan-kawan batch 97/98 bersama guru-guru yang hadir. |
Terima kasih cikgu kerana sudi hadir untuk bersama kami. Biar jasa jadi kenangan! |
Jaga diri semua!
Bersama rakan-rakan AJK - Lota,Zahari, Hakam,Haizal, Tengku,Dayat, Zaki,Raiza, Adlin, Atirah, Ilma,Umi, Wafa, Halimah dan Adzliza. |
.
0 comments
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.