Kebaikan Dan Kelemahan Bertukar Sekolah Ketika Pertengahan Tahun

By Thursday, August 02, 2018 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu diketahui jika anak-anak bertukar  memasuki sekolah kebangsaan pada pertengahan tahun.

Yerla, kadang tuh atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan anak kita nak tak nak kena juga pindah masuk bukan pada bulan Januari. Saya kongsikan isu-isu di bawah ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Mudah Di PPD ( Pejabat Pendidikan Daerah ) Tapi Agak Mencabar Di Sekolah

Nak bagitahu kalau bukan dalam awal tahun memang senang jer proses pertukaran tuh. Mungkin disebabkan tidak seramai ketika bulan Januari. Tak perlu nak tunggu beratur lama-lama. Ambil saja borang dan bila semua dah ready serahkan kembali borang tersebut.

Cuma part agak mencabar nya adalah di sekolah. Maklumlah, urusan buku , aktiviti kokurikulum sudahpun dijalankan. Jadi anak-anak perlu bertanya dan ambil tahu sendiri.

1) Buku

Samada buku teks , buku kerja dan buku tulis. Memang banyak yang dah habis stok. Untuk buku teks, luckly Hannah ada 90% dah buku-bukunya sebab sekolah swasta memang buku kena beli sendiri dan mereka tiada sistem buku pinjaman. Yang tak ada only few seperti ; pendidikan muzik, pendidikan agama Islam dan bahasa arab.

Guru yang handle bahagian buku teks memang akan edarkan borang dan minta kita tanda buku mana yang belum ada. Dan guru tu ada beritahu, buku-buku teks ini juga akan dipinjam dari sekolah-sekolah yang berhampiran kalau mereka tiada stok di sekolah.
Lebih kurang dalam 3 minggu juga, baru Hannah dapat buku-buku teks yang dia tak ada tuh.

Untuk buku-buku latihan yang anak-anak kita biasa guna untuk menyalin ataupun menulis karangan. Boleh beli di kedai buku sekolah. 

Tapi, ini pun ada masalah sebab ada juga buku garis petak-petak yang untuk matematik tuh dah out of stock dan tunggu stock baru sampai. Kena lah beli kat kedai buku di luar pula. Untuk sekolah Hannah, tak ada masalah if nak beli buku latihan dari luar walaupun tiada nama sekolah dan lencana di muka hadapan buku latihan tersebut.

Buku Kerja pula kena tanya guru yang mengajar subject tersebut. Sebab ada sekolah yang standardized kan semua nak beli buku kerja dari penerbit yang mana. Contohnya, SASBADI or PELANGI. Bergantung kepada sekolah dan cikgu tersebut. Macam Hannah, semua lain-lain penerbitnya.

Saya beli online saja sebab haritu dah cari kat few bookshops including Popular , tapi kebanyakannya dah habis.

Dua kedai ini adalah favourite kedai online yang saya beli buku-buku kerja Hannah :

1) https://mehrajbooks.com.my/
2) https://www.topbooks.my/

2) Kawan-Kawan

Perkara seterusnya adalah kawan-kawan. Ada jenis budak memang senang jer nak dapat kawan. Ada pula yang ambil masa untuk mencari kawan-kawan. Dan mungkin ada juga yang tak kisah pun bab kawan-kawan ni.

Hannah adalah seorang yang introvert dan agak perlukan masa untuk mencari kawan-kawan yang masuk dengan jiwa dia. Bila dah masuk pertengahan tahun dan semua orang dah ade geng masing-masing jadi Hannah rasa macam left out sedikit.

InshaALLAH..tinggal beberapa bulan sahaja untuk Hannah di darjah 4. Tahun depan, dah masuk darjah 5 and dah biasa dengan sistem sekolah kebangsaan ni, hopefully dia akan OK and dapat lah kawan-kawan yang best.

3) Kokurikulum

Minta anak jumpa guru kelas dan tanya kelab or persatuan apa yang masih kosong. Takpun, boleh kot request dan masuk apa. Hannah dapat masuk Puteri Islam, Kelab Bahasa Inggeris dan Persatuan Catur. Sesuai sangat dah dengan dia tuh. Hehehe

Jangan lupa serahkan buku PAJSK kepada guru yang berkenaan dan make sure juga butir-butir peribadi dan segala aktivit yang telah anak kita buat ada di isi.

Harapnya, sedikit sebanyak dapat membantu parents bersedia dari segi mental dan takder lah macam terkejut ke ape nanti. 

Moga-moga semua urusan kita dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T



 

You Might Also Like

4 comments

  1. hai. saya tak pernah pindah sekolah tapi enda ni memang selalu kawan kawan cerita yang pernah pindah sekolah. bukan senang nak sesuaikan diri dengan tempat baru. semoga semua urusan dipermudahkkan. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 130

    ReplyDelete
  2. terima kasih untuk info yang sangat berguna ni. Sgt bermanfaat untuk parents sebagai persediaan untuk anak-anak yang akan ke sekolah rendah kelak

    ReplyDelete
  3. Memang kesian pada anak kitalah kalau pertukaran tu berlaku pertengahan tahun.. tapi kadang-kadang perkara tu tak dapat dielakkan..

    ReplyDelete
  4. moga hannah ok ok je.
    satu pengalaman. agak sukar, tapi kena dilalui, kan.
    anak-anak aida are introverts juga, nany.
    itu yg aida sanggup tunggu 3-4 thn utk pindah rumah.
    rumah baru tu agak jauh dari skola. susah. syuhada next year darjah 6.
    finally lepas tu kami bleh pindah...

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.