Reunion Program Back To Maktab - ANSARA Balik Pulau
Assalammualaikum w.b.t
Tertunai juga hasrat saya untuk join program 'Back To Maktab' yang telah diadakan pada hari Sabtu lepas, 16hn Mac 2019. Tempatnya haruslah di Maktab juga. Kali ini memang nekad nak pergi walaupun clashed dengan Sports Day The Boys. Mujur ada suami yang bertindak sebagai 'mama jadian' di hari itu. HAHAHAH~~~ Kalau husband takdak memang tak pi lah reunion ni.
Saya pergi bersama Atirah, kawan baik saua semasa kami sama-sama bergelar pelajar di MRSM Balik Pulau dahulu. Memandangkan masing-masing kemalasan untuk drive dari KL. Jadi kami ambil keputusan untuk menaiki ETS (KTM). Perasan masa tu excited lah jugak sebab tak pernah lagi guna ETS ni tau.
Jadi kami pun berpakat nak naik dari KL Sentral dengan dua orang lagi guru MRSM kami. Ni kiranya rombongan guru bersama anak-anak murid. Ramai juga yang kepelikan sebab kami pi dengan cikgu. Kawan-kawan cikgu pun kepelikan sebab pi dengan anak murid. Elok lah..sama-sama kepelikan. HAHAH~
Dalam ETS ini juga disediakan kaunter jualan minuman dan makanan. Takder la banyak pilihan pun. Kalau air tuh..semuanya 3 in 1. Ada air nescafe, milo, kopi O dan teh tarik. Ni saja jer nak try minum air kopi O dalam ETS. Heheheh~~~
Perjalanan selama 4 jam di dalam ETS menuju ke Butterworth sangat smooth dan selesa. Seriously, saya recommend sangat ETS ni untuk sesiapa yang first time ingin mencuba. Not bad tau uols!. Nak lawan shinkansen macam kat Jepun tuh memang tak lah. Tapi pada saya dah cukup baik dan saya bangga sebab Malaysia ada public transport macam ni.
Charger smartphone / gadget juga ada disediakn di bawah kerusi yer. Hehehe~~
Toilet pun just nice and taderla kotor ke apa sebab sentiasa akan ada pekerja yang akan bersihkan. Saya memang bawa tisu toilet ke mana-mana. Senang nak lap toilet bowl kalau basah .Kalau tak geli geleman juga nak duduk atas tuh. Cuma bab lantai basah tuh tetap ada sikit-sikit. Toilet bowl ni ala-ala macam dlm flight gitu yer.
Kami sampai di Butterworth lebih kurang jam 2:00am. Kami sewa kereta Myvi yang sehari harganya adalah RM120.00 sehari tapi sebab ada diskaun 10%. Maka dapatlah kami harganya RM108.00 sehari. Ok lah sebab kereta dia bersih dan dalam keadaan yang baik. Kalau sesiapa nak mencari kereta sewa di area Butterworth yang tak kisah boleh hantar sampai pukul 2 pagi. Silalah contact number di sini : +60 13-373 4477. Tapi ada delivery charge RM20 yer.
Gambar paling atas adalah ketika sampai di stesen ETS Butterworth. Gambar ke dua adalah bersama Teacher Rosnah tempat kami berehat dan tidur sementara nak menunggu waktu subuh. Terima kasih banyak-banyak Teacher Rosnah sebab sudi tumpangkan kami sekejap. Dapatlah merehatkan badan dan mata. Dan gambar paling bawah adalah ketika breakfast di kedai Az Azlan Tomyam. Sedap tau korang! saya makan bihun goreng dengan teh ais. Dok rasa sambal paru dia...fuh!!! sempurna rasanya. HAHAH~
Sedap woooo bihun ni. Hampa kena try kalau mai sini. Rasa udang dia manih habaq hang! lagipun dia guna udang kecik-kecik tuh. Senang hampa nak ngap!!!! |
Saya anggap ni rumah pertama saya selepas keluar dari Asrama harian ketika saya berada di sana dari tingkatan 1- 3. Tempat saya menyambung kehidupan dengan rakan-rakan yang lain.
Dewan Seri Gemilang yang banyak menyimpan pelbagai memori |
Suasana awal pagi yang mendamaikan |
Check in di blik Dorm Samudera Blok C. Masa saya jadi DC ( Dorm Captain ) dulu..saya jaga blok C tapi Dorm Suria di bahagian atas. |
Ini wakil batch SPM98 yang hadir untuk program reunion back to Maktab.
Dengan adik-adik form 3 kena kacau masa prep. Lama betui depa ni prep dari pagi sampai pukul 12:30pm. Lepas tuh, waktu prep kena asing laki dengan perempuan. Depa tak leh dok sekelas. |
Lepas round kelas masing-masing, kami pun singgah posing dalam PSP ( Pusat Sumber Pembelajaran ). Serius wehh..lawo sangat library nya. Ceria dan memang tak bosan langsung. Sebab dulu kalau masuk sini confirm nak tidoq. HAHAH! yerla ..sebab dah le sejuk beraircond.
Dalam pukul 12:30pm, kami pun sama-sama menuju ke D.S iaitu Dewan Selera. Semakin cantik dan ceria keadaan D.S sekarang. Makanan di MRSM BP ni tak pernah mengecewakan saya dan rakan-rakan. Zaman 97-98 dulu, kami makan 5 kali sehari. Sarapan, kudapan, lunch, minum petang dan dinner. Mana la badan masa tuh nak naik. Balik kampung jer ramai tegur cakap makin berisi. Yerla, hati senang maaaa~~~
Menu paling best yang saya ingat adalah ketam goreng cili ok! Kat rumah sendiri pun susah nak dapat makan ketam. Jarang-jarang sangat...Kudapan air susu botol Dutch Lady. Masa first time dapat tuh rasa macam WOW! sangat dengan menu derang ni.
Semalam kami makan nasi ayam dan saja nak guna tray. Mengimbas zaman kenangan jadi pelajar dulu-dulu kekdahnya.Nasi ayam pun lazat sungguh! hahaha~ kami siap tambah ayam lagi yer.
Selepas makan,kami berehat di bilik masing-masing. Actually, ada aktiviti bacaan yassin selepas solat zohor sempena memperingati sahabat-sahabat dan juga guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah. Saya hanya berehat di bilik memandangkan saya uzur di hari tu dan nak lelap sekejap sebabnya tak cukup tidur malam sebelumnya.
Dalam pukul 3:00 petang macam tuh. Saya dan kawan-kawan buat aktiviti sendiri iaitu jalan jalan cari makan. Nasib ade kawan yang familiar di kawasan sekitar Pondok Upeh / Balik Pulau.
JJCM kami yang pertama adalah di gerai Laksa Janggus. Kawan saya siap call dulu sebab nak beli pisang goreng punya pasal. Jadi tak perlulah nak beratur panjang nanti. Memang sampai-sampai jer, pisang goreng pun dah ready.
Pisang goreng yang seriusly rangup cuma for me, salutan dia agak masin. Hehehe....
Haha~~ masing-masing makan pisang goreng dengan penuh khusyuk. Sedar-sedar dah habis licin. Laksa nya pun sedap. ABC also not bad sebab kemungkinan cuaca yang panas menyebabkan semuanya sedap dingin masuk ke dalam tekak.
Habis makan Laksa Janggus, kami meneruskan JJCM ke Mee Udang Kak Ani. Nak cari kedai ni Kak Ani ni memang susah sikit. Tapi turn on kan ajer google map or waze. Jangan panik kalau korang masuk dalam jalan kampung yang satu lane tuh jer. Sebab situ memang jalan yang benar.
Ni cucuq udang~~
Zaman sekarang semua pun berebut nak amik gamabq makanan. HAHAH! Boleh la satgi share dengan kawan-kawan and family tempat ni wajib try. |
Kekonon posing la sket lepas makan mee udang Kak Ani. Walaupun takdak kaitan...haha~ |
Apapun, kami kena posing dulu ramai-ramai.
Lawa haaa stage dia. Hiasan ala-ala ada majlis perkahwinan gitu.
Makanan memang ada macam-macam juga yer. Semuanya sedap menjilat jari. Cendol and laksa pun ada. Malam tuh nothing much aktiviti. Cuma ada ucapan dari pengetua MRSM Balik Pulau, Ketua Ansara BP untuk program back to maktab and pertadingan nyayian dari students dan-ex students.
Candid photo with Cikgu Fatini and Cikgu Zabedah
Bersama cikgu-cikgu yang pernah mengajar kami pada tahun 1997-1998
My alma mater...Ada rezeki dan panjang umur InshaALLAH..akan kujejaki lagi .
Sempat breakfast dengan makanan yang dibeli dalam ETS ni jer.
Thank you Atirah for being my partner. Till we meet again tau~~~
3 comments
Thank u my bff
ReplyDeletedasat. dasat mesti seronok bebenoler yer.. pi sekolah lama naik train lagi .. rasa zaman dulu2 yer.... jumpa kawan lama lagi dapat jumpa cikgu lagi.... wah memang sangat best yer.... ..
ReplyDeletenanny bertambah cantik blog awak... nanti bolehler jadi tutor cho zila....
Best.
ReplyDeleteSy batch 87
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.