Ladies Trip ke Kuala Terengganu. Jom kita!

By Thursday, July 16, 2020 , ,


Assalammualaikum w.b.t

Kali pertama trip saya bersama kawan-kawan perempuan ke Terengganu dan Kelantan selama tiga hari, dua malam. Tujuan utama kami adalah untuk mencandat sotong di Terenggganu. Tetapi rasanya, lebih kepada jalan-jalan cari makan. 😂
 
Pagi Jumaat saya bertolak lebih kurang 5.00am dari rumah menuju ke KLIA-2 menggunakan grab. Trip kali ini memang tidak disertai oleh anak-anak dan suami. Saya pergi bersama-sama kawan-kawan perempuan saya. Boleh lah dikategorikan sebagai 'me-time' saya.

Cuaca pagi itu mendung dan hujan renyai. Keadaan di dalam lapangan terbang KLIA-2 agak tenang. Mungkin masih awal pagi dan Malaysia masih lagi di dalam situasi PKPB. Semua yang saya lihat memakai face mask. Suhu badan  diambil seperti biasa dan butiran peribadi di isi di dalam App MySejahtera.


Lama sungguh saya tidak menjejak kan kaki ke KLIA-2. Saya self check-in di mesin yang ada. Kemudian, menuju ke surau. Mujur lah bawa telekung sendiri kerana surau tidak menyediakan telekung dan sejadah di musim PKPB ini. Alhamdulillah..selesai urusan bersolat. Saya lantas menelefon salah seorang rakan saya untuk berjumpa di check-point seterusnya.

Seronok sungguh rasa selepas bertahun-tahun lamanya tidak berjumpa. Maka banyaklah cerita yang keluar. Perjalanan yang mengambil hanya sejam itu terasa sangat pantas.

Sampai sahaja di Kuala Terengganu, seorang rakan kami yang lain sudah pun menunggu. Dia lah yang menjadi pemandu pelancong kami sepanjang berada di sana. Destinasi yang pertama semestinya adalah mencari sarapan.
Pertama kali saya mendengar nama kedai makan ini memang lucu. Kreatif la juga mereka beri nama kedai makan ini. Memang melekat terus dalam kepala. Keistimewaan kedai makan ini adalah menu roti canai nya yang dihidangkan bersama dengan kari kambing nya. Memang layan lah! dengan cuaca yang sejuk-sejuk dan dapat makan pula kari kambing bersama roti canai. Terbaik boh! cumanya, hidangan kami tidaklah berapa hot. Sudah dikategorikan suam-suam sahaja.

Antara menu hidangan Kedai Roti Canai Hot -Hot
Antara kuih -muih yang dihidangkan.
Roti canai yang bersedia untuk dimasak
Kari kambing yang sedap! Boleh nak  minta isi ataupun kuah / tulang sahaja
Tosai
Muka happy sebab dapat  makan. Jumlah makan untuk reti telur, kari kambing dan teh tarik adalah RM10.50
Ini pun sedap tau. Putu mayam yang kami kongsi makan bersama-sama.
Sesiapa berhasrat untuk merasai kesedapan makanan di Kedami Roti Canai Hot-Hot, boleh le google map ataupun waze ke alamat di bawah :

Jalan Tengku Ampuan Bariah, 
Kampung Teluk Ketapang, 
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu

Habis makan, kami berhasrat untuk pergi ke beberapa tempat menarik di Kuala Terengganu antaranya adalah :

1) Kedai keropok lekor - B.T. B ( Bukit Tok Beng ) bukan B.S.B ya gaiss . Itu backstreet boys.
2) Masjid Kristal
3) Pasar Payang
 
1) Kedai Keropok Lekor B.T.B
Saya hanya membeli keropok keping yang sudah siap dimasak. Harganya RM13 sepeket. Keropok ni sangat sedap. Kalau makan tak boleh nak berhenti. Pernah sekali saya beli di R&R Awan Besar dan harganya Rm18 sepeket.
Keropok yang saya maksudkan adalah yang berada di baris bawah dan tengah. Sehingga ke hari ini, sepeket keropok tersebut sudah habis kami makan. Tinggal separuh lagi keropok yang tinggal. Terkuburlah hasrat untuk bawa pulang ke kampung semasa Raya Haji nanti. 😅

Kedai baru sangat buka. Kami hanya beli keropok lekor RM3. Sedapnya  makan ketika masih panas.
 2. Masjid Kristal
Waktu kami sampai, kereta tidak banyak. Jadi, memang senang lah nak parking. Memandangkan masih dalam PKPB, masjid tidak dibuka untuk pengunjung melihat di kawasan dalam nya. Jadi, kami hanya berjalan-jalan di sekitar masjid ini. Pada saya, ianya sama seperti masjid yang lain cuma masjid ini nampak menyerlah kerana ianya terletak di atas air dan kemungkinan juga disebabkan oleh bahan binaannya yang bersilau dan berkilauan. Menurut salah seorang rakan saya, kalau bukan musim PKPB, memang penuh sangat dengan pelancong.


One for the album!
3) Pasar Payang
Jika di Kelantan ada Pasar Siti Khadijah, di Terengganu pula ada Pasar Payang. Ramai juga orang. Agak mencabar untuk dapatkan parking. Tapi Alhamdulillah..akhirnya jumpa juga. Pasar ini agak besar, kami pun tidak menjelajah ke semua tempat dan kawasan.

Target nak cari serunding, dan keropok. Sambil-sambil masuk di kawasan kain dan baju. Seronok lah cuci mata. Memang ada yang berkenan, tetapi terkenang kembali kain-kain yang belum berusik lagi di rumah. Terus kupadamka sahaja niat itu. 
Cantik kan batik-batik ini?
Sambil cuci mata, sambil terbayang-bayang baju apa yang sesuai dijahit.
Juga terdapat baju kelawar ( kaftan ) yang dijual dengan pelbagai corak.





Pertama kali saya menjejak kan kaki ke sini. Bersih dan tersusun tetapi, menurut orang-orang di sini pasar yang baharu ini agak kecil berbanding yang lama. Apa pun, saya puas hati kerana berjaya membeli barang - barang yang diidamkan.
Kaki sis sampai hilang 'ditelan' oleh segala jenis barang yang dibeli di Pasar Payang. Ada keropok keping, serunding ikan dan serunding daging.
 
Destinasi yang terakhir adalah check-in di tempat penginapan kami untuk berehat , makan tengahari dan solat sebelum kami meneruskan aktiviti malamnya iaitu mencandat sotong!

Tunggu ya. InshaALLAH..akan bersambung di entri yang lain.

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.