Projek Menjahit Pertama Untuk Bulan Julai 2020

By Monday, July 06, 2020 ,

Assalammualaikum w.b.t

Bulan Julai sudahpun menjelmakan 'diri' nya. Hanya tinggal kurang dari 10 hari sahaja lagi sekolah akan dibuka. Hannah akan bersekolah dahulu memandangkan dia berada di tahun 6. Umair dan Uwais akan menyusul seminggu selepas itu.

Jadual harian saya akan kembali seperti sediakala. Tidak pasti samada hobi menjahit yang kembali berbunga ini akan dapat diteruskan atau pun tidak. Pasti akan dirindui masa 'percutian' yang hampir berakhir ini.

Kali ini, projek menjahit saya diteruskan dengan menghasilkan gaun muslimah kanak-kanak yang berusia dua tahun.

Ada dua pencapaian yang telah berjaya saya lakukan. Pencapaian pertama adalah pertama kali menggunakan 'bias tape' ataupun 'piping' pada pergelangan lengan dan juga bahagian leher. Bias tape ini saya beli ketika menetap di Jepun 4-5 tahun yang lepas.

Rupa-rupanya, ada teknik jika mahu menghasilkan 'bias tape' sendiri. Nampak mudah secara teorinya, tetapi praktikal nya masih belum pasti lagi bagaimana. Perlu lah mencuba sendiri jika ingin tahu tahap kepayahannya. Heheheh...

Bias tape yang readymade sudah siap dilipat dan digosok. Hanya perlu untuk dilipat dua dan dijahit di atas kain.
Pastikan kain di bahagian belakang juga dijahit sekali. Kalau tidak, jenuh kena buka semula jahitan dan jahit kembali.

Hasilnya :)
Seronok melihat hasilnya.Gabungan warna memang kena sangat kan?

Ilmu baru adalah bagaimana untuk menghasilkan kedut-kedut di bahagian atas gaun .

Pencapaian kedua saya adalah menjahit zip sorok. Percayalah, untuk yang pertama kali memang akan rasa susah. Saya sendiri terpaksa buka jahitan sebanyak dua kali. Mencabar dan menuntut kesabaran. Tapi rupanya bila fikir balik, lagi mudah dari jahit zip biasa.

Pastikan guna tapak zip sorok ya kawan-kawan kerana ianya sangat-sangat membantu.

Mula-mula menjahit zip sorok, basi di kiri dan kanan tidak sama. Ok, tarik nafas dalam-dalam then, tetas lepas tuh jahit semula .

Ok, dah sama dah basi kiri dan kanan. Tapi ada masalah lain pula ya kawan-kawan
Sedih dan frust betul lihat hasil akhirnya begini. Kedudukan tengah kiri dan kanan apabila dicantumkan kelihatan tidak sama. Banyak pula tu. Nak tak nak, kena buka balik untuk kali yang ke-2. Haihhhhhhh..Bertabahlah hati.
Akhirnya setelah 2 kali jahitan ditetas dan dijahit semula. Inilah hasilnya. Masih tidak sama juga. Tetapi tidaklah seteruk hasil yang pertama tadi. Memandangkan hari sudah lewat malam, mata pula seperti ada gam, bahu sudah sengal. Kita abaikan sahajalah ya. Lagipun nanti masa pakai ada riben yang akan 'cover' hahaha! Sebenarnya, malas dah nak layan.
Ini adalah alasan kukuh kenapa saya tidak mahu mengambil upah menjahit. Cukuplah menjahit ini untuk dijadikan hobi, menghasilkan baju-baju untuk anak-anak dan diri sendiri. Serta kraf tangan yang lain. Den tak kuaso nak melayan eh!


Tidak sabar mahu melihat si comel bergaya dengan baju hasil jahitan saya ini. Hehehe...

That's all and thank you for reading guys! see you next time InshaALLAH....

You Might Also Like

2 comments

  1. Comelnyaaa. Tahniah atas pencapaian baru dlm menjahit.Hehe

    ReplyDelete
  2. aduhhh cantiknya kak.... suka tengok orang tunjuk cara menjahit, dana suka tengok tapi minat menjahit takde kak, tak berani nak mencuba heheheh... cantik bila dah siap baju tu kak...

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.