Pengalaman Pertama Kali Mencandat Sotong Di Terengganu.

By Friday, July 17, 2020 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Antara pesanan-pesanan penting dari ketua rombongan sebelum turun ke laut untuk mencandat adalah :

1) Makan sekurang-kurangnya 5 jam sebelum pergi mencandat.
2) Ambil ubat mabuk, 1 jam sebelum mencandat
3) Elakkan makan berlemak atau yang boleh menyebabkan kita menjadi lebih mual

Dan berikut pula merupakan pesanan penting dari saya sendiri.

1) Bawa air kosong untuk tujuan berwuduk ataupun untuk buang air. Kalau nak lebih mudah, ambil wuduk siap-siap dari tempat penginapan.

Malangnya, walaupun saya ikut semua pesanan-pesanan dari ketua rombongan di atas, saya tetap dilanda mabuk laut. Akhirnya, saya hanya tidur dan mengunyah makanan masam serta keropok sahaja di dalam bot. HAHAH!

Saya sudah tidak hairan lagi dengan candat ataupun sotong. Paling penting, otak dan badan perlu direhatkan.

Ini rumah tempat kami menyewa untuk solat, mandi, makan dan berehat.
Ada sesiapa berminat ? sila lah hubungi nombor yang tertera ya.
Bilik ini agak luas, ada air-cond dan memang cukup lah untuk kami bertujuh. Katil saiz King ada dua. Selimut dan tuala disediakan. TV tuh kami tak buka pun, jadi tak pasti lah berfungsi ke tidak. Bilik air ada air heater juga.

Cuma, nyamuk agak banyak. Mungkin, kawasan ini berdekatan dengan kawasan paya. Saya sarankan, nanti bawa ubat nyamuk ataupun mosquito repellent. Ataupun, saya rasa boleh jer minta owner rumah ini sediakan ubat nyamuk.

 Di hadapan rumah kami, ada bangsal besar ini. Ada kerusi, meja, buaian. Syok juga lah berehat di sini. Cuma kacau sebab nyamuk jer. Hehehe...
Dalam pukul 5.30pm kami bersedia untuk bergerak ke Jeti dahulu. Inilah trip mencandat kami. Kawan-kawan saya ada yang sudah pergi. Dua - tiga kali. Me? first timer. Lelaki berbaju merah tuh, pemandu bot dan tekong juga.

Ini bot yang kami gunakan untuk mencandat. Ada bilik air yang kecil . Memang cukup-cukup just nice untuk seorang masuk. Saiz dia lagi kecil dari tandas kapal terbang. Batang paip yang warna putih tu sebenarnya adalah ekzos. Awas jangan pegang situ kalau nak berpaut.Sebab panas ok!

Kawan-kawan semenjak tahun 2004. Saya kenal mereka ketika mula-mula bekerja dahulu. Dua dari mereka adalah housemate lama saya. Memang tak sangka, dapat juga kami berkumpul semula.
 Perjalanan dari Jeti ke tempat mencandat mengambil masa hampir 2 jam juga. Setibanya di sana sudah hampir maghrib. Kami pun terus diajar cara-cara yang betul untuk mencandat.
Ini adalah alat yang kami gunakan. Semuanya disediakan oleh mereka. Ini termasuk dengan pakej yang kami ambil.

Yeayyy!!! hasil pertama dari salah seorang sahabat.
 Kalau ditanya, susah ke senang yer mencadat ni? Hurmmm...untuk orang yang tiada pengalaman ni memang susah lah. Antara tips nya adalah, kena rasa kalau tali candat tuh berat seolah-olah ada yang menarik dari bawah , maka perlu lah ianya ditarik ke atas.

Tapi bukan senang tau..sebab selalu tertipu dengan arus bawah laut tu. Memang kalau dah letak candat ke dalam, akan sentiasa rasa berat dek kerana arus tersebut. Lagi satu, sepanjang mencandat ini, kena duduk sahaja secara sopan di tepi bot tu.

Sila lah bayangkan, betapa mabuknya apabila mata memandang alunan permukaan laut yang kejap naik, kejap turun. Mual perut. Sikit lagi nak termuntah. HAHAH!

Saya cuba untuk pandang ke langit dan tidak melihat langsung permukaan laut tersebut. Tak berapa nak jalan, nak makan ubat lagi saya pula terasa malas. Memang tak da mood terus dibuatnya. Nak berjalan ke tandas juga memerlukan kegigihan disebabkan bot yang bergerak-gerak. Kepala pula pening, jalan pun terhuyung hayang.

Saya hanya sekali sahaja ke belakang untuk ke tandas dan bersolat. Untuk solat, ada bilik kecil di tengah-tengah bot. Solat memang tak dapat berdiri sebab tak muat dan kalau mampu berdiri pun, saya takut tersembam menyembah lantai bot. 😂

Dalam bilik solat tuh, rasa panas, berwap juga berbau asap. Memang menambahkan lagi seksa mabuk laut.

Cuaca sepanjang malam sangat cantik. Tiada hujan dan tiada angin kuat. Cuma sesekali sahaja terasa lambungan air agak kuat. Kalau mengantuk, kami tidur sahaja di situ. Sakit weh badan. HAHAH!

Ada masa, saya tidur dengan lena, ada masa tak dapat nak tidur langsung. Kami beralih tempat sebanyak tiga kali kerana hasil tangkapan yang agak sendu. Rupanya, ramai yang pergi malam yang sama dengan kami juga hasil candat nya tidak meriah seperti selalu.

Inilah dinamaka rezeki. Baru saya faham, jerih perih seorang nelayan. Chewah! baru pergi sekali kan. Tapi memang salute lah pada para nelayan. Kiranya bersabung nyawa jugalah pergi ke laut untuk mencari rezeki buat keluarga.

Kalau diikutkan, kami patut pulang pukul 6.00 pagi. Teatapi, saya sudah tidak sanggup lagi untuk berada di atas bot. Dan sudah menahan untuk membuang air kecil semenjak dari malam. Jadi, saya pun beritahu pakcik tekong tersebut untuk pulang gerak ke darat pukul 4.30am.


Tak banyak pun hasil kami malam itu. Kurang dari 10 ekor.

Keesokkan paginya, selepas subuh dan berehat. Kami pun kerjakan sotong-sotong tu.
Masak sendiri tau! Kami sarapan maggie kari dengan sotong. Sedap sangat! MashaALLAH..sotong tuh memang terasa tau kesegarannya. Cuma, sotong yang saiz besar tu memang liat sikit la.
Sementara menunggu maggie masak, ada di antara kami yang pergi mecari lokan. Hasilnya, kami rebus sahaja.
Rebus lokan jangan lama-lama. Apabila kulit sudah terbuka, matikan api dan sedia dinikmati, Rasa dia, lemak - masin - manis. Walaupun kami tidak meletakkan sebarang bahan perasa mahupun MSG.

Bergambar bersama-sama sebelum kami bertolak ke destinasi yang seterusnya.
Pakej mencandat kami ini harganya RM1300 termasuk makan dan minum disediakan - bihun goreng, air sirap dan keropok goreng.

Itu sahaja untuk kali ini. Nanti sambung cerita jalan-jalan KB pula ya. Terima kasih sudi baca sampai habis.




You Might Also Like

1 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.