Majlis Iftar Integrated Islamic School Puncak Jalil 1437H

By Friday, June 24, 2016 , , ,

Assalammualaikum

Sempena cuti Nuzul Quran baru-baru ini, Sekolah Hannah telah menganjurkan majlis berbuka puasa untuk semua pelajar, guru dan ibu bapa. Kami sampai dalam pukul 7:00pm dan masa tu, meja bulat kebanyakannya dah fully booked. Jadi, kami semua duduk di kerusi tanpa meja. Tak kisah pun..yang penting masih dapat menikmati suasana berbuka puasa beramai-ramai.

                                              Getting ready before off to the school!

Macam-macam jenis kuih-muih, buah-buahan, air oren, sate, nasi jagung dan sebelum pulang pun kami dapat bekalan jugak bihun goreng. Ada lagi sebekas tersimpan elok di dalam peti ais. Hehehe..

Selepas azan maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka puasa di Selangor dan di kawasan yang sewaktu denganya, kami pun menunaikan solat maghrib berjemaah. Tempat bersolat semestinya di dalam bangunan sekolah. Takde la besar mana, tapi Alhamdulillah..masih mampu menampung jumlah jemaah yang hadir. :)

Ada orang tu baru jumpa kuih favourite die. "Bila gigit kluar air manis!! Umair suka laa~~~"
                                              One of the Muallimah ( cikgu perempuan )
                                                        Muallim ( cikgu lelaki )
                                                         Tuan Zaki, Tuan Director
Kelas Hannah cuma ada dalam 7 orang sahaja dan yang datang dalam 4 orang. Ini jer yang dapat amik gambar sama-sama. Hahah~~ Kitaorg pulang ke rumah agak awal. Isyak di rumah.

To all the teachers of Integrated Islamic School Puncak Jalil...Thank you so much for having us. All food were scrumptious and the event went smoothly. May ALLAH S.W.T rewards us for all of our good deeds and shower us with his blessings. InshaALLAH.

That's all and thank you for reading!

You Might Also Like

2 comments

  1. salam Ramadhan nany..smoga dikurniakan ksihatan y baik hendaknya...
    waa..dh sek kt malaysia ye...

    byk kuih tradisional tu

    ReplyDelete
  2. Assalam kak. Miss your entry. Lama x komen. Take care kak

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.