Projek As-Mau'l Husna saya bersama anak-anak
Assalammualaikum w.b.t
Teringat ketika saya berusia17 - 18 tahun sewaktu belajar di MRSM Balik Pulau dahulu adalah menjadi kewajipan untuk kami semua mengalunkan Nasyid Asmaul Husna atau dikenali sebagai nama-nama ALLAH yang baik.
Sebagai orang Islam, kita semua tahu bilangan nama-nama ALLAH ini adalah sebanyak 99 nama . Mulut hanya terkumat kamit mengikut dari radio yang dipasang. Semasa belajar dari tingkatan 1- tingkatan 3 dahulu, saya memang tak belajar bahasa arab pun. Akibatnya, ada antara nama-nama ALLAH tersebut yang sebutannya tidak betul. Yang asal ada bunyi lebih kurang sama. Uhuk!
Kalau boleh saya putarkan masa, saya ingin sekali mencadangkan agar kami diberi kelas tentang kepentingan dan keperluan mempelajari Asmaul Husna ini. Tapi tak mengapalah, asal sekarang masih ada masa dan waktu. ALLAH bagi ruang untuk bernafas, selagi itu kita boleh mencuba dan berusaha.
Hasil dari berjumpa sahabat-sahabat yang selalu mengingatkan saya tentang ilmu agama, dapat juga saya merealisasikan impian untuk memahami bagaimana saya boleh apply Asmaul Husna ini dengan kehidupan saya dan anak-anak.
Pernah juga saya mendengar ceramah dari Ustaz Tuan Fazrul Ismail, CEO Akdemi Sinergi Ikhlas Sdn.Bhd. Beliau juga menyentuh tentang kepentingan Asmaul Husna ini dengan diri kita. Antara salah satu ayat Al-Quran yang 'meggunakan' Asmaul Husna adalah seperti :
وَلِلّهِ الأَسْمَاء الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُواْ الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَآئِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
Tapi tak bermakna kita tak boleh terima jawapan mereka. Acknowledge them. Puji sikap mereka yang berani mencuba. Kalau kurang tepat, kita betulkan dan cuba kaitkan dengan perkara yang lain.
Ini contoh lain bagaimana kita boleh kaitkan Al-Aziz dengan KPI hidup kita. Sebelum Hannah ada sport day arituh, dia kan ada complaint cakap selalu dapat number last masa training lawan lari. Jadi, mama bagitahu Al-Aziz itu Yang Maha Perkasa. ALLAH Maha Kuat...jadi seru dan berdoalah dengan menyebut Al-Aziz at anytime especially selepas bersolat dan bila ingin memulakan perlawanan / latihan nanti. Lama dia tengok apa yang saya lukis dan cakap kat dia. Mungkin sel-sel otaknya sedang berhubung. Hehehe..
Ayat number 224. Allah As-Sami dan Allah Al-A'lim.
Saya terus excited bila dapat peluang untuk terangkan tentang kepentingan menyeru As-Sami' ini. Biasalah kita, dalam seharian berjumpa kawan-kawan pasti ada perkara yang nak dibualkan. Adakalanya, lidah tersangat cepat dan laju bertutur. Tanpa sempat berfikir... apa yang kita nak cakap ini betul ataupun tidak.
Hasil perbincangan kami tentang As-Sami' :)
Ini cerita lama bila teacher di tadika Uwais beri tugasan untuk pilih satu daripada 99 nama-nama ALLAH dan ceritakan bagaimana kita boleh mencontohi nama tersebut. Jadi, mama pilih As-Syakur dan discuss dengan Uwais. Walaupun macam kartun discussion kitaorg. HAHAHAHA!
Owh! But I really enjoyed it!!!! Mama kena lukis gambar Uwais. Uwais sambung lukis pokok , and pasu bunga. Seronok dia bila lepas few days dia bagitahu saya, lukisan dia ni teacher lekat kat dinding :)
Terakhir, bila dapat buat ni semalam selepas saya terlihat seorang kawan yang merupakan ibu kepada 5 orang cahaya mata berkongsi tentang self affirmation ataupun skrip pagi. Jadi, saya ubah suai sket lah dengan menggunakan modul Asmaul Husna ni.
Saya mulakan dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim dahulu. Setelah menulis maksud nya di atas, saya sambung dengan bagaimana kedua-duanya dapat mempengaruhi jiwa positif dan akhirnya bagaimana kita boleh meneladani dan mencontohi maksud Ar-Rahman dan Ar-Rahim dalam kehidupan.
Malam semalam dah pesan, nanti kita baca before pergi school ok. Haaa...then, pagi tadi kalut apa ntah bila semua orang dah ready nak masuk dalam kereta. Uwais pula ada 'masalah perut'.Mama nak kejar masa sebab tak suka anak-anak terlewat ke sekolah. Jadinya, terlupa terus.
Keluar balik dari kereta..bukak grill masuk rumah amik kertas tuh. Lepas tuh baca sama-sama dalam kereta. Alhamdulillah....what a good day to start!
Apa yang dikeluarkan dari mulut itu adalah satu doa. Biar yang baik-baik sahaja dituturkan supaya meresap ke dalam jiwa dan hati nurani. Semoga sifat kasih dan sayang bersemi dalam jiwa kita semua!
That's all and thank you for reading!
10 comments
bdk2 slalunye kecik2 ni bila biasa dok nynayi as maul husna mmg sentiasa dlm ingatan..bdk2 kn mudah ingt nk2 kalo ada rentak nyanyi2
ReplyDeletewaaaaaaaa.... akak cuba jgk bt ngn aiyan... walaupun mungkin sgt menguji kesabaran... tp tak slh mencuba kan
ReplyDeletecantik btl lukisan yg di tampal tuh.... mmg ada seni
i reading this entry ketika keletohan selepas seharian bekerja
ReplyDelete..and guess what..i can smile readimh ur entry Nany..and setiap bait tulisa ada unsur pelajaran...n i feel sungguh tenang
.im.proud my daughter juga suka baca berlagu nama2 Allah ni.but so sad..im not good enough to teach her
.hemmm...
Setiap yg baik itu ibadat.
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi Nanny. Kadang kadang nak memahami maksud nama nama Allah ni tak terbuat Nanny, bukan sebab tak sempat tapi biasalah..... kalau nak buat benda baik kan memang banyak hujahannya hihi...
Nasiblah ada entri ni, tersekolahlah jugak haha
Bagusnya cara akak mengajar dan mendidik anak-anak. Dari kecil lagi ilmu agama sudah diterapkan. Semoga masing-masing bakal menjadi soleh dan solehah. amin :)
ReplyDeleteMenarik
ReplyDeleteSuka sangat dengan cara akak didik anak-anak akak ni. So, nanti kalau pergi sekolah senang la anak-anak akak pun dah tahu pasal dah diajar :')
ReplyDeleteWahh seronoknyaa Masa usia budak budak nilah senang dilentur Bagus usaha akak .
ReplyDeleteBtw, dah dapat hadiah dari Shopback tak ?
www.lakiterok.com
Akak seorang ibu yg hebat! Bekalkan mereka dgn ilmu agama sebanyak mungkin, sebab dgn agamalah dapat menjaga anak2 di masa akan datang. Dunia dan akhirat. :')
ReplyDeleteKatmana nak dapatkan huraian asmaul husna tu
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.