Projek Da'i - Menyumbang Suara Untuk Orang Kurang Upaya Penglihatan
Assalammualaikum w.b.t
Semalam merupakan antara pengalaman manis dalam hidup saya apabila pertama kali dapat menyumbangkan suara untuk golongan kurang upaya penglihatan. Da'i singkatan dari dakwah merupakan satu projek bersama dengan buku yang bertajuk "1 Suara, 1 Cerita, 1000 manfaat" dengan Primeworks Media.
Jakun lah jugak sebab dalam hati cakap "WOW! tak kusangka, seperti di JEPUN". Ada eskalator untuk orang yang lenguh kaki nak berjalan jauh-jauh. HAHAH!
I am proud to be MALAYSIAN!
Dalam MRT yang sangat bersih dan luas. Harap sangat, kita semua pengguna mampu menjaga harta awam dengan bijak. Came on Malaysia! we can do this!
Bila berjalan dengan kawan ni, kita tak kan rasa jauh pun sebab sambil jalan ada jer topik dan isu hangat yang menjadi bualan kami. Tengok-tengok ..eh! dah sampai lah!
Tapi sebelum tuh, kita isi perut dulu lah yer. Kami makan style english breakfast. Donut, croissant and kopi sorang satu. Lama tak mengopi caramel ni.
Lepas charge energy, maka kami pun pergi la mencari di manakah tempatnya untuk buat recording suara tuh. Alhamdulillah..dengan bantuan guard dan Puan Ashykin. Kami pun dapatlah menjejak kan kai ke dalam office Primeworks studios ni.
Setelah sekian lama saya tak menjejak kan kaki ke office. Ada satu perasaan yang sangat excited di situ! Seronok sangat tengok office derang ni yang ceria dan lain dari office saya yang dulu. Harus lah begitu kan? niche business nya tak sama. Pasti lah banyak kelainan.
Masa kami sampai tuh, dah penuh bilik recording tuh. Semua pun seronok nak menyumbangkan suara. Dengan tak disangka-sangka, kami terlihat kelibat seseorang yang dikenali. Alaaaahaiii! sorang lagi ex-schoolmate kami juga ada di sana.
Tu dia..Encik Norhaizal a.k.a Pak Lang a.k.a Salleh Yaacob dalam bilik rakaman. Kami tak dapat nak masuk lagi sebab tengah buat rakaman. Takut bising menganggu.
Tak lama selepas tu, kami pun dipanggil masuk. Setiap seorang diberikan dalam sehelai / 2 helai kertas yang ada cerita. Kami diminta untuk membaca dan menghayati dahulu cerita tersebut. Sambil sambil tuh sempat juga tengok orang lain buat rakaman suara.
Kedengaran seperti sangat mudah tetapi hakikatnya agak nervous jugaklah. Perlu baca pada intonasi dan gaya yang betul. Kalau salah, ulang ajer balik. Few times juga saya tergagap-gagap. Heheheh!
Setiap orang diberikan cerita yang berlainan dan perlu cuba sampaikan dengan penuh perasaan. Kerana pada saya, intonasi bacaan yang menarik dan sebutan yang jelas sangat memainkan peranan penting untuk menarik audience mendengarnya.
Korang pernah dengar drama kat radio? Susah tau sebenarnya kalau kita nak menghayati sebuah cerita tuh kalau tak tengok gaya dan mendegar suara orang yang berlakon tuh. Di situlah cabarannya yang sebenar. Kalau boleh dan mampu..kita buat lah sehabis baik yer kawan-kawan.
Apapun, pengalaman yang sangat menyeronokkan dan kalau diberi peluang, saya ingin lakukannya sekali lagi. Bahagia rasa apabila dapat 'memberi' sesuatu kepada orang yang memerlukan. Saya doakan semoga projek ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T
Sempat posing dekat mural dinding office derang ni :) Ceria sangatkan?
Last but not least, Thanks so much Atirah. My former schoolmate yang masih still contact sampai ke hari ini. Walaupun sekarang dah tak bekerja, jadi circle of friends aku dah berkurang. Tapi takper..biarlah yanng sedikit tapi berkualiti. Aku doakan ko sentiasa sihat dan ajaklah aku lagi kalau ada benda-benda macam ni.
That's All and Thanks for reading!
8 comments
InsyaAllah kalau ada lagi dan berpeluang kita sumbangkan yang termampu.
ReplyDeleteInsyaAllah kalau ada lagi dan berpeluang kita sumbangkan yang termampu.
ReplyDeleteHello, hope boleh follow balik blog saya dan lihat produk merawat ekzema. tq! https://tipsrawateczema.blogspot.my/
ReplyDeleteWahh seronoknyaa kak Nany :)
ReplyDeleteOhh NF dulu pernah kerja kat sini ye...patutlah mcm mengimbau kenangan lama je gayanya.
ReplyDeleteKan, hakak pun suka naik MRT. Best...rasa cepat je nak sampai ke sesuatu tempat tu.
Yelah....kalau tak disampaikan dgn penghayatan mesti hasilnya tak akan 'sampai' kepada pendengarkan...
wah experience yang best.
ReplyDeletewahh tak sangka kak nanny sampai ke sri pentas dah. satu pengalaman yang sangat bermakna ni kak :) seronok baca experience akak. hehe
ReplyDeleteheheeh,tengok nany ke sri pentas teringat kenangan buat ujian jadi pembaca berita dulu,siap sakit perut,sempat juga jalan-jalan di sri pentas cari bilik termenung,sempat amik gambar dekat guard ounya pintu dengan seorang pembaca berita tu lupa dah namanya,bila buat rakaman suara,teringat pula irda pernah buat dubbing untuk satu rancangan jepun dulu.hahaha tak terpilih pun sebab gagal kawal nafas..fuh...hihi pengalaman semua tu,apapun2 tahniah nany for a great job...and betul tu ,kawan biar tak ramai tapi berkualiti,insyALLAH...i hope i become ur quality friends..hihi...
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.