Resepi Okonomiyaki Oishii!!

By Friday, November 10, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua~~

Nampaknya mood mak ni tengah rajin masuk dapur. Masuk dapur dan memasak yer kawan-kawan. Takat masuk dapur lepas tuh minum air masak semua pun boleh buat. HAHAH!

Oklah..takmo buang masa tulis yang bukan berkaitan dengan tajuk di atas. Kali ni, saya mahu kongsikan resepi okonomiyaki yang marvelous! . Yer...marbeles, sedap dan senang. Haaa...kalau saya memang nak semua senang. Tapi yang paling senang, pegi jer AEON Jusco bahagian makanan. InshaALLAH sedap juga. paling penting..Senang. HAHAH

Mak sengaja memontengkan anak-anak dari persekolahan hari Khamis lepas. Ntahler, rasa nak cuti ajer dari jadi supir hari tuh. Tapi, bersyarat..walaupun tak gi sekolah no TV, no Laptop no gadget. Buat ler apa2..janji tiada kaitan dengan perkara 3 di atas. Muahaha!

Iols bukanlah kejam sangat pun. Kesian juga tengok mereka tiga beradik tuh. Jadinya, bawalah mereka ke AEON Jusco IOI Mall, Puchong untuk misi mencari bahan memasak Okonomiyaki.

Setelah di google resepi nya ke sana ke mari. Saya pun hafal lah semua bahan yang diperlukan.

White board tak cukup besar. HAHAH! ade lagi tuh tak dapat tulis.


Antaranya :

1) Tepung campuran untuk buat Okonomiyaki ataupun boleh juga digunakan untuk membuat Takoyaki. Both merupakan makanan Jepun yang agak famous jugaklah. Kalau masa kat Jepun dulu, derang ada jual kat sepanjang jalan kalau ada apa2 acara keramaian. Cuma, saya takut nak beli sebab ntahler..was-was dengan sos yang digunakan. kalau uols yakin..silakan lah makan. Heheh..

Ini ha nama tepung nyer. Cari bahagian rak makanan Jepun tau! Cara nak guna tepung ni pun ada ditulis di bahagian peket tepung tuh. Halal ke? ada tanda halal kat situ. Kang korang tertanya2 pulak. Saya jawab siap2 lah kat sini yer :)

2) Kubis

Actually, nak hiris camane pun takper. Sebab lepas siap Okomiyaki kitaorg ni. Saya pegi lah cari kat Youtube pula. Halus betul orang Jepun tuh potong kubis. HAHAH! lantaklah..janji kitaorg punya pun sedap juga! yang best ada rase crunchy sket2 bila terkunyah kubis tuh.

3) Daun Bawang

Daun bawang juga dipotong seperti di atas yer. Kalau nak potong nipis-nipis pun boleh jer. Next time kita buat nipis-nipis pulak lah!

4) Isi udang / sotong / tuna / dan sesuka hati

Sebenarnya, korang bebas memilih untuk letak apa sahaja sea food yang disukai. Kalau tak letak pun takper kot. Cuma, kurang meriah lah kejadian nya nanti.

5) Telur

 Tiga biji telur sedia untuk dikorbankan.

Cara-cara membuat :

Minta tolong anak-anak timbang tepung okonomiyaki. Kids love to menyibuk dan buat kerja-kerja macam ni kan? selalu mak jadi pening sebab masing-masing berebut nak buat tugas. Jadi, mama kena lah bahagikan tugas mengikut umur dan kemahiran masing-masing.

Part kelakar kalau tengok yang si kecik cuba pecahkan telur ayam tuh. Haishhh...bikin sesak nafas saja tau. HAHHA!

Sorang sudu tepung masuk dalam bekas dan sorang lagi tengok bacaan pada penimbang tuh.
Telur tadi korang pukul sket lah yer. Lepas tuh tuang semua masuk ke dalam tepung. Then, kacau-kacau lah bancuhan tepung dan telur tuh. Part mengacau mama juga kena settlekan. Somehow, memang kena letak air rupanya. Arahan dia actually, ada dua cara. Satu letak air tanpa telur dan satu lagi letak telur ajer. Tapi tak pulak ditulis berapa ml air kena masuk.

Jadi, di sinilah mama menggunakan hikmat 'agak'agak' kuasa kuda nya. HAHAHAH! buh lah air sampai bancuhan bertukar macam nak buat cekodok tuh. Tapi jangan cair sangat. Pandai-pandai lah korang adjust. Ampunn...

Cubaan kakak untuk menggaul tepung bersama telur. Hehehe...


Campurkan daun kubis, daun bawang dan hidupan laut ke dalam bancuhan tepung. Kacau gaul-gaul adunan ok?

Next, panas sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan sesenduk bancuhan okonomiyaki ke dalam kuali tuh. Gunakan api sederhana sahaja sebab nak make sure yang kat dalam pun masak juga. Selepas beberapa minit or korang tengok permukaan die macam dah start garing. Boleh ubah another side pula. Bila dah masak, boleh lah angkat dan hidang atas pinggan.


 Sapukan mayonaise kewpie ke atas okonomiyaki. Kalau tade kewpie yang biasa-biasa pun boleh jer.
Picitkan sos jenama DOKI DOKI produk bumiputera ini ke atas okomiyaki. Boleh lah buat bentuk apa pun atas tuh. Hehehe..
Lepas tuh, tabur katsuobushi ( bonito flakes ) . Sedap tau bonito flakes..Hannah boleh makan macam tuh jer. Bonito flakes ringan sangat...kalau tak letak dalam plastik nanti die terbang ke sana ke mari. HAHAH!
Last sekali...bolehlah picitkan lagi sekali DOKI DOKI sos tu atas bonito flakes pulak. Sebab tak nak bagi all the flakes tak melayang ditiup kipas.

 Taraaa!!!
Berebut lah makan time semua kebulur.

Selamat mencuba semua!

That's All and Thank You for reading!


You Might Also Like

10 comments

  1. Menarik juga.. Buat sama2 anak2 seronok la depa

    ReplyDelete
  2. Menarik juga.. Buat sama2 anak2 seronok la depa

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap jer . Lg² buat xtvt memasak dgn anak2.. Mmg meriah la

    ReplyDelete
  4. Nampak menarik ni. Boleh lah nak cuba nanti.

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaa. Boleh try jugak ni nanti :)

    ReplyDelete
  6. Aduh, feveret mak ni Nany.... hari tu baru beli kat Aeon Mid Valley siap ada ikan Saba lagi tau...pergh mmg sedap oii. Rm 8 henggit padan muka mak haha....

    Ingatkan dia buat daripada kentang, sebab rasa mcm kentang. rupanya ada tepung dia ek....Bolehlah mencuba nanti kalau terlebih rajin

    ReplyDelete
  7. Bonito flake tu pun ada jual ek. Tak pernah tau weyh selama ni

    ReplyDelete
  8. Sos doki doki tu rasa dia sme mcm sos yg letak atas takoyaki tu ke?ada jual kat mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..sos itu untuk letak atas takoyaki. Ada jual..boleh check kat IG : https://www.instagram.com/dokidoki.okonomi/

      Delete
  9. rajin mak yer.... akak suka juga bendani. senang jer rupanya...

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.